Johan As’ari Lupakan ABPBH Demi Umrah

Bismillahirrahmanirrahim :)


Pelakon, Johan As’ari memberitahu GUA dia tidak akan menghadiri malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012) pada 7 April ini kerana menunaikan Umrah pada tarikh tersebut. Jelas pelakon berusia 27 tahun ini, dia akan berangkat ke Tanah Suci Mekah pada 27 Mac hadapan dan hanya berangkat pulang ke tanah air pada 8 April.

“Saya buat keputusan untuk menunaikan Umrah apabila terbaca Twitter Abang Hafiz Hamidun tentang perancangannya untuk pergi Umrah. Entah macamana, hati saya terdetik untuk turut serta dan saya terus hubungi Abang Hafiz untuk dapatkan maklumat lanjut. Selepas beberapa hari hubungi dia, Abang Hafiz hubungi saya semula pada Isnin (18 Februari) dan berikan tarikh keberangkatan ke sana. Tanpa banyak berfikir, saya setuju untuk sama-sama kerjakan Umrah. Hati saya memang kuat hendak ke sana selepas menjalani penggambaran ‘Kau Yang Terindah’ di sana tidak beberapa lama dahulu,” ujar Johan ketika ditemui baru-baru ini.

Tambah Johan lagi, dia sedikit pun tidak berasa rugi atau jauh sekali berasa terkilan kerana tidak dapat menghadiri malam kemuncak ABPBH 2012. Baginya menunaikan Umrah adalah lebih penting.


“Untuk ABPBH kali ini saya tercalon dalam kategori Pelakon TV Lelaki Popular bersama-sama Aaron Aziz, Adi Putra, Beto Khusairy dan Fahrin Ahmad. Sejujurnya, saya tidak terlalu mengharapkan kemenangan kerana saya sedar saingan saya bukan calang-calang orang. Bagaimanapun, seandainya saya menang, sudah pasti saya gembira dan menghargai sokongan peminat yang memilih saya. Saya tak rasa rugi pun tidak dapat naik ke pentas untuk mengambil trofi kemenangan. Bagi saya, peluang mencium Hajar Aswad membawa pengertian lebih besar berbanding mengambil trofi di pentas ABPBH,” ujar Johan lagi.

Dalam perkembangan lain, Johan akan muncul dengan drama bersiri terbaru, ‘Karlos’ bermula 4 Mac ini. Drama mengisahkan perjalanan hidup seorang remaja bernama Irwan Zaid atau Karlos ini akan bersiaran di TV3 pada jam 9.00 malam.
__________________________________________________


Dalam hati kenapa laa tak pergi 15 Februari dulu dengan aku sekali LOL. Alhamdulillah la die nak pergi. Harap2 balik dah takdelah nak berlakon pegang2 pempuan lagi dahh. Itu baru balik dengan perubahan. 
Ceyyy diri sendiri pon belum betul sangat ponnn hakpuihh kepada diri sendiri:P


NOTA KAT BAWAH: SANGAT2 RINDUKAN MEKAH DENGAN MADINAH. Kalau kawin dengan anak tan sri bolehlah tiap2 tahun pegi Ceyyy
*masalahnya anak tan sri tak nak kat aku lol*


Dah Baca? Like dan Comment la =)

5 Kata-Kata Pujangga:

NinaAz said...

Alhamdulillahhh. I like johan ♥

EkaTikah said...

alhamdulillah, bagus la mcm tu kan? menunaikan umrah lebih penting dri menghadiri majlis anugerah tu :)

cydayf said...

wah,, baru baca berita ni. Terbaiklah Johan.. :)

puteri kasih said...

sememangnya menunaikan umrah lebih penting dari dunia hiburan :)

Anonymous said...

Memang betul tu Johan. Mencium Hajar Aswad lebih mulia. Moga Johan lebih tenteram & aman bila berada di Tanah Suci nanti :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG ADA DI DALAM BLOG INI MILIK FARHANAH ADZLAN KECUALI DINYATAKAN @ 2010-2015