LOL Bermaksud Lucifer Our Lord ?

Bismillahirrahmanirrahim :)


Hrmmm sekarang ni banyak bendaa yang orang sebarkan sekadar copy paste tanpa mengetahui kesahihannyaa. Contohnya penggunaan perkataan 'BYE' .



Pengomen yang terakhir itu pemilik gambar ni :)

Terbaikk laa cara pengomen yang kat atas tu tegur. haha. At least orang 'bukak mata' sikit. haha. Tapi macam kasar pon ada jugakk haha

Dan yang terbaru ni aku jumpa pasal 'LOL' pulak dahh..


For me, It just an achronym. Jelas2 mostly orang yang guna LOL *including me* ni maksudkan Laugh Out Loud. Tiada maksud lain. 'LOL' juga boleh membawa maksud lain. Because It just an ACHRONYM. Bila kita menulis atau menaip sesuatu perkataan mesti kita tau apa maksud kita tulis kan?


Sebelum menulis/copy paste sesuatu cari dulu kesasihan yang betul2 sahih. Think not just before talk. Think before u want to copy paste :)


Whats your opinion about this issue?


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Jika Aku Menyertai Masterchef?

Bismillahirrahmanirrahim :)


Bila tengok Masterchef kat TV..Mesti terfikir..


Apa yang boleh aku fikir untuk masak apa dalam masa yang singkat?

Siput buluh? Apakah itu? Camner nak masak?

Apa? Bagaimana? Mengapa?



Tapi apa yang pasti !

Aku orang pertama yang akan tersingkir. HAHA.


Lastly nak share quote : Never give up on something you really want. 
Its difficult to wait, but more difficult to regret.



Korang pulak? Jika menyertai masterchef?
Bagi yang menonton Mastercef All Star siapa peserta feveret korang?Why?



Dah Baca? Like dan Comment la =)

Doa Agar Istiqamah Dalam Solat

Bismillahirrahmanirrahim :)


Got this story from Gen Q magazine :)

Anak perempuan saya umur 13 tahun dan sangat ‘liat’ nak solat.

Satu hari, terlintas di hati nak pantau anak saya solat.

Boleh dia hampar sejadah atas lantai je.. tapi tak solat.

Bila saya tanya dah solat ke belum, katanya ‘dah’.

Saya rasa sangat marah... dah la tak solat...menipu pulak...

Disebabkan perasaan marah, saya pukul anak saya....

Maasyaa Allah, saya tahu saya dah buat silap.

Saya menangis dan saya mohon ampun pada Allah.

Saya dah pukul anak saya, saya dah bebel-bebel, saya dah bagi warning... tapi anak saya tetap tak berubah... susah dan liat nak solat..

Pada suatu hari, ada kawan bagitau saya satu cerita.

Dia ada pergi ke rumah salah seorang kawan lamanya.

Kawannya tu tak la kuat agama sangat, tapi bila azan berkumandang, anak-anaknya terus bergegas bangun untuk solat.

Tak perlu disuruh....

Kawan saya ni tanya la macam mana nak buat anak-anaknya solat tanpa perlu disuruh..

Beliau berkata, “sebelum saya berkahwin saya baca doa ni dan saya masih amalkan sampai sekarang”

Sejak dari hari tu, saya tak putus-putus baca doa ni.

Saya baca dalam sujud..setiap kali solat dan bila-bila je... doa.. doa.. dan doa....
 
Alhamdulillah, sejak mengamalkan doa ni, anak perempuan saya yang dulu liat solat dah mula berubah...

solat tak perlu disuruh dah...solat Subuh pun boleh bangun sendiri, tak payah saya kejutkan.

Dan Alhamdulillah, adik beradik yang lain pun semuanya ikut kakak dioarang.. solat tanpa perlu disuruh..

Doanya adalah dalam Surah Ibrahim [14], ayat # 40

 Selamat beramal, semoga terus istiqamah melakukan ibadah.

Yang belum kawin pon start baca doa ni dari sekarangg supaya anak cucu cicit tidak meninggalkan solat fardhu :)


p/s: Sem 1 is over! Yeahhh !
p/s2: Alhamdulillah bulan ni dapat 2 CPUV from Nuffnang <3


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Exam Mood Diaktifkan ! Misi Kurangkan Berat Badan !

Bismillahirrahmanirrahim :)

Gambar yang kunun2 study harus diletakkan atas sekali LOL

First sekali Alhamdulillah dalam tak bukaknye blog ni ada jugak CPUV from Nuffnang yang melekat kat blog ni :)


Bila tengok blog..Ohh lamanyaa aku membiarkan blog ni. Nak buat camne tuan dia lebih suka online pakai phone yang cabukk tu huehehe

Yang paling besaqq tu saya -,-

Sebenarnya baru minggu ni perasan bahawa betapa selama ini aku telah membesarkan badan aku dengan baik. Memang terkejut gila babeng bila timbang berat badan sendiri. Tergamam setengah jam. Mata dibulatkan. Macam comel je?Hahahakpuihhhaha..

BMI Obesiti 27.5. My BMI 27.4 0.o

Camera 360 pun tak mampu menyembunyikan semua jerawat =p

Ok takpe. Sekarang ni cuma mau fokus kepada exam STPM SEM 1 yang semakin hampir iaitu pada 
20/21/25 NOVEMBER 2013. Wish me luck :)

And then baru kita meneruskan misi kurangkan berat badan supaya jadi Normal dan menyucikan wajah dari sebarang bendasing. Badan sihat Otak Cergas ! Ececeh. Sebelumni takde nak pikir otak ke badan sihat ke tak -,-



So apa lagi Meh share bagaimana untuk menjadikan berat badan normal :) Nak sebut diet. Tapi macam geli pulak nak sebut haha 

Kalau orang yang kenal aku ni bila cakap Farhanah nak diet Mesti kena tanya balik 'Farhanah diet?' 'Aku yakin ini kali pertama Farhanah sebut perkataan diet' hahaha


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Tingkatan Enam Ohsem | Redha Dan Syukur Dengan Ketentuannya

Bismillahirrahmanirrahim :)


Agak lama sebenarnya untuk terima kenyataan bahawa kita tak dapat apa yang kita nak. Apatah lagi bila tengokk orang lain sudah berada di 'tempat' yang kita mahukan. 

Disaat orang lain terima tawaran Ipta/Politeknik dan dah berada di overseas aku pulak kena terima kenyataan bahawa tiada pilihan lain selain Tingkatan Enam.

Tapi itu dulu. Sekarang Farhanah dah okey. Saya dah besar. haha. Aku anggap ini adalah akibat dari kemalasan belajar time SPM tahun lepas hihi


Be grateful with what you do have. Stop torturing yourself with all the things that you don't have. If you want something, then try your best to get it. If you don't get it, be grateful that you tried, look at what you already have in your hands, and move on. -Aiman Azlan-

-Gila-gila-

Kunci kejayaan apabila berada di Tingkatan Enam ialah RAJIN :) 

Trial STPM makin hampir. Tapi makin dekat makin banyakk pulak kem and event sekolah yang membuatkan kelas cancel.
Kelas cancel itu sangat best..Sape tak suka kan? Tapi kini tidak lagi sebab banyak benda tinggal -,-

So wish me luck :)


| Soalan |
Hrmmm..Matapelajaran yang diambil ialah Pengajian Am,B.Melayu, Sejarah dan Ekonomi. Who knows lepasni if sambung degree aliran/course/jalan/bidang apakah yang sesuai? Law..Lagi?


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Misteri! Kenapa Pelajar Perempuan Melayu Selalu Dirasuk?

Bismillahirrahmanirrahim :) 


Misteri!!

Kenapa pelajar perempuan Melayu selalu dirasuk?
Kes ini berlaku betul diruang pelajar perempuan membasuh kain. Berlaku diasrama puteri.
Kebanyakan yang terkena rasukan adalah gadis Melayu dan tidak pernah ada kes berlaku pada
pelajar kaum Cina dan India.
Di mana salahnya… Kita ikuti percakapan antara bomoh Melayu dan syaitan.



Misteri di Asrama Puteri terjawab!


Suatu hari, ada seorang ketua bomoh yang begitu berani hendak berjumpa dengan sekumpulan jin yang berlegar2 di asrama hinggakan mereka merasuk sebilangan pelajar di sek itu. Ketika sampai di sebuah bilik, ketua bomoh pun membaca sejenis mantera. Selepas

membaca mantera, ketua bomoh pun memanggil ketua jin itu.
Lalu ketua jin itu pun datang.




Dengan menunjukkan wajah rupanya yang begitu hodoh
dan jijik. Hinggakan ketua bomoh yang begitu berpengalaman itu pun hampir2 pengsan dibuatnya! Hinggakan mayat reput pun lebih
baik dari wajah si ketua jin itu!!!
Tapi si ketua bomoh tetap kuatkan semangatnya yang jitu.
Lalu si ketua bomoh pun bertanya dengan kuat dan nyaring, menampakkan semangatnya yang
tidak kendur walaupun terlihat sesuatu yg begitu menakutkan itu.


“Mengapa kau rasuk pelajar sekolah di sini hah?
Jawab..!!”“Kenapa gadis melayu jadi sasaran kau wahai syaitan yang direjam”

Dengan menarik nafas panjang, si ketua jin pun menjawab…

“Siapa Bilang Gadis Melayu
Tak Menawan...
Tak Menarik Hati, Tiada Memikat...
Kalaulah Mmg Tak Mungkin aku Tertarik....
Kalaulah Sungguh, Tak Mungkin Aku MERASUK…”

“”Aduhai… hahaha

Copy from here :)



*Saya pun terkena*
*Gurau di Hari Minggu*



Dah Baca? Like dan Comment la =)

Exam : Be Original | Keep Calm And Study For Exam

Bismillahirrahmanirrahim :)


Trial exam STPM for SEM 1 tinggal dua paper jee lagi Isnin(30/9/2013) depan hihi. Wish me luck :)
 Ok. Sekarang kita akan berbicara tentang sesuatu yang sentiasa terjadi dalam exam? Apa dia? Semua orang mesti tau kan2?

Meniru | Bawak Jembalang/Toyol?Pontianak


Aku dok lee cakap aku ni baik bebeno. Tak pernah terpikir buat semua benda alah tu. Tapi alhamdulillah tak pernah buat pon kayy :) Tapi bagi aku bila seseorang tu dah berumur 18 tahun keatas sepatutnya boleh berfikir dengan waras sewarasnya.

Bukan bermakna yang 18 tahun boleh berbuat sebegitu =p
Kadang kita selalu cakap Lebih baik orang beritahu kita kebenaran yang pahit dan menyakitkan dari memberitahu penipuan yang menggembirakan.

Begitu juga dengan exam.

Takkan kita nak bagitau parents kita result yang palsu kan? Sanggup ke?

Biasanya kalau result aku teruk aku takyah bagitau terus hahaha.

Then ada orang cakap 'Kau dah study Pandai boleh laa cakap macamtu' 'Kitaorang nak elakkan markah 0 je'

Bagiku kita ni dahh besarr. Orang yang cakap sebegitu seperti menunjukkan ketidakpandaian sendiri. Masa sekolah menengah bolehlaa jugak cakap camtu. 

Aku ni dokk leehh pandai sangat. Tapi aku tak pernah tak study LANGSUNGG sampai boleh dapat 0.

Apa2 yang kita buat satu bendaa jee yang kena pikir dulu 'Adakah parents kita happy dengan apa yang kita lakukan?'
Takpun pikir 'aku suka ke kalau anak aku buat camni?'

Tawakal hadir selepas kita berusaha. Bukannya tidak berusaha then tawakal.



Apa pendapat korang tentang Tak sempat study yang menyebabkan markah seseorang itu SIFAR?



Dah Baca? Like dan Comment la =)

Gunakan Psikologi Untuk Sentiasa Menjaga Solat

Bismillahirrahmanirrahim :)


Dibaca dan dicopy dari SINI. Moga kita mendapat manfaatnya bersama :)


Ini tips menarik dari blog Redskyim, bagaimana ayahnya menggunakan psikologi untuk dia sentiasa menjaga solat.

Al - kisah. Ceritanya bermula begini.

Ibarat Batang Mancis


Ilmu ini saya belajar semasa saya berumur 6 tahun. Ayah saya menyuruh saya solat sekiranya ingin jadi manusia. Asuhannya ialah dengan mengunakan batang mancis. 17 batang mancis bersamaan 17 rakaat.

Caranya seperti gambar dibawah :



1.Jika tidak solat subuh buang 2 batang mancis dikepala. Ayah saya cakap kalau subuh saya tidak solat, saya jalan tiada kepala.

2.Jika tidak solat zohor, buang 4 batang mancis di bahagian lengan. Seolah saya berjalan tiada tangan.

3.Jika tidak solat asar, buang 4 batang mancis di bahagian dada. Ayah saya cakap saya kalau tidak solat asar jalan tiada dada. 

4.Jika tidak solat magrib, buang 3 batang mancis di bahagian perut. Jadi jalan tiada perut serupa hantu dah.

5.Jika tidak solat isyak, buang 4 batang pada kaki. Jalan tiada kaki ibarat cacat anggota.


Kesimpulannya :

Ayah saya cakap kalau saya tidak solat terus menerus maka saya ni bukan lagi manusia. Diri saya tidak sempurna jika tidak mendirikan solat. Contoh maghrib dan subuh. Jadi saya seolah berjalan tiada kepala dan tiada perut. Orang tengok pun akan lari. Jadi, renung-renungkanlah jika solat kita tidak sempurna, maka cacatlah kita ini. 

Dan jikalau tidak solat kumpul la batang2 mancis tersebut dan nyalakan api dan letak la tangan anda di mancis yang dinyalakan api tadi,rasa kepanasannya....baru api dunia kita tak tertahan ini kan lagi api neraka 

Rasulullah s.a.w bersabda, “Apabila telah mati anak Adam itu maka terputuslah semua amal ibadatnya kecuali 3 perkara iaitu:1.Sedekah jariah.2.Ilmu yang berguna dan dimanfaatkan oleh pengamalnya.3.Anak yang soleh yang tidak melupakan mendoakan ibu bapanya.


Renung2kan dan selamat beramal :) Ingatan untuk diri ini juga yang sering lalai.

p/s: LIKE PAGE saya DISINI.


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Filem Ustaz Mu Tunggu Aku Datang | Ustaz Azhar Idrus

Bismillahirrahmanirrahim :)

Sebelum baca Tengok cerita terbaru DISINI :)



SINOPSIS USTAZ, MU TUNGGU AKU DATANG :)

Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang mengisahkan seorang pemuda iaitu Dadu (Shahrol) yang tidak mempunyai hala tuju hidup. Dia sering dibuang kerja dan tidak pernah serius dalam hidup.

Tinggal serumah pula dengan Muiz (Ajak Shiro) yang turut bergantung hidup kepadanya sedangkan Dadu juga penganggur. Apatah lagi pegangan agama mereka berdua, memang terpesong dan tidak pernah solat.


Bagaikan satu sinar, suatu hari sepupu Dadu iaitu Hamzah (Along) datang bermalam di rumah sewa mereka dan kedua sahabat itu terpukul dengan perubahan baru Hamzah. Dia semakin mendalami agama dan bercerita mengenai aktivitinya sering mendengar ceramah ustaz di masjid kepada mereka.

Insiden itu terus membuka mata Dadu dan Muiz lantas sepakat untuk kembali ke pangkuan agama. Bagaimanapun, tidak semudah itu apabila dalam perjalanan untuk mendengar ceramah di masjid, mereka diduga dengan pelbagai musibah. -Sumber Sinopsis-

-Soalan lawak haha-

Filem ni ditayangkan betul2 selepas tamatnya exam STPM PENGGAL 1 iaitu pada 28 November 2013. hehe. 


Mesti ramai kann peminat UAI? Lai lai tengok filem ni reramai nanti haha Marilah kita menyokong filem tempatan ceyy Ayat poyoss gilaass..

Akhiri dengan serangkap ayat Quran :)
“.....Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” ( QS. Al Baqarah: 216 ).


Movie apakah yang korang suka tengok? Meh share sikit :)


Like PAGE saya :) 


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Aku Seorang Pelupa. Nyanyuk kah?

Bismillahirrahmanirrahim :)


Mehh dengar citer hihi..

Pada suatu hari, ketika sedang duduk di kantin,seorang pelajar bernama Farhanah sedang dan telah memasukkan RM1 kedalam pursenya. 

*3minit kemudian*

Pelajar tersebut bertanya kepada kawannya 'Weyh nampak tak singgit aku atas meja ni' sambil buat muka sedih.

Lalu kawannya berkata 'kau masukkan duit tu dalam purse depan mata aku baru tadi. Ada yang kena nanti kang'

Tetibe pada harini berjumpa pulak dengan kawan yang dah 7 tahun tak jumpa. Agaknya pelajar tersebut boleh ingat lagi tak?



Ohh noo! Aku tak tau bagaimana mahu mengatasi masalah lupa ni sedangkan benda  yang lupa tu baru jee buat huhu
Baru 18 tahun..58 tahun?

Jangan lupa diri sudah. Kan? haha




Dah Baca? Like dan Comment la =)

Tangkap Gambar Kucing Pendek Umur?

Bismillahirrahmanirrahim :)



Dalam phonee memang banyakk gilaasss gambar aksi kucing yang comeell gilaass..Lebih dari gambar tuan punya phone :)


Ini baru separuhh hihi :)


So what do u think about what they thinking about this?

Apa2pun Jodoh Rezeki Ajal Maut ditangan Allah :)




#Pencinta Kucing#


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Trend Terkini: 'Jom Fake Relay?'

Bismillahirrahmanirrahim :)


Copy from Malaysia! Networks :)

"Nak fake relay satu boleh?" 
"Siapa nak couple dengan saya?"
"Nak pakwe satu! Anyone?"" 
Still single. Who want to be my couple?"

Setiap kali baca status adik-adik, abang selalu buat mimik muka abang sewaktu abang buka penutup jamban di tandas awam.

Bila orang cakap adik murah, adik selalu cakap, "kau bukan Tuhan nak judge2 orang."

Bila orang cakap adik gedik, adik selalu cakap, "setiap orang buat dosa. kau pun bukan perfect sangat."

Bila orang burukkan adik, adik selalu cakap, "please don't bash me. setiap orang ada cerita masing-masing. aku tak pernah sebarkan aib orang. kau tahu tak berdosa bila sebarkan aib orang?"

Hakikatnya, walau apa jua pun ceritanya, adik tetap bersalah dalam hal ini. Adik tawarkan diri untok couple dengan orang lain? Tahukah adik pekerjaan apa yang serupa dengan perbuatan adik itu?

PELACUR.

Pelacur sahaja yang meminta-minta maruahnya dirobek. Malah, adik buat lebih teruk daripada pelacur. Pelacur tak meminta-minta di Facebook. Kalau adik ada 2000 friends di Facebook,maknanya adik meminta-minta kepada 2000 orang untok maruah adik digadai. Adik ingat,bila adik buat benda tu, orang akan kata adik hot ke? Atau adik rasa, adik akan dapat pasangan terbaik ke? TIDAK. Orang akan mengata adik dan orang akan sentiasa memandang rendah terhadap adik.

Pasangan yang akan couple dengan adik bukan orang yang baik, kerana orang yang baik takkan suka perempuan murah. Sedangkan orang yang kurang baik pun tak nak perempuan murah, apatah lagilah orang baik ye tak?

Orang akan memandang rendah terhadap adik. Orang cakap adik murah, orang cakap adik desperate, orang cakap adik poyo, orang cakap adik jahat. Lepas tu adik kata mereka suka judge orang kan? Padahal dik, adik sendiri yang buat orang judge adik. Kalau adik tak buat, orang tak judge. Kalau adik tak buat, orang takkan keji. Adik jangan salahkan orang. Salahkan diri sendiri.

Buruk sangat perangai tu, dik. Bila adik sunyi, couple bukan penyelesaian. Adik ada mak ayah. Kalau tiada, adik ada kawan-kawan. Kalau tiada, adik ada orang sekeliling. Kalau adik tiada sesiapa, adik jadilah orang yang soleh dan solehah kerana Allah sentiasa ada untuk adik.

Perangai yang buruk, ibarat tahi. Meminta-minta couple kepada orang itu adalah perbuatan buruk. Meminta-minta couple kepada orang dikhalayak ramai, maka berlonggok-longgok tahi dicampak ke seluruh badan adik. Bila orang kata adik busuk, adik marah orang tu. Apa yang adik buat, sebenarnya adik perlu bersihkan semula tahi itu. Cara membersihkannya adalah dengan taubat dan tidak mengulangi perbuatan itu.

Adik, perjalanan maseh jauh. Di universiti,di tempat kerja, di mana-mana yang adik akan berada, ramai lagi peneman sunyi adik. Kita nak couple, kena pastikan kita dah confirm nak kahwin dengan orang tu. Kalau setakat nak couple dua tiga bulan lepas tu clash, buang masa sahaja. Dahlah duit topup mak ayah bagi. Ingat sebelum terkena.


Copy from Malaysia! Networks :)


Biasanya orang dah dewasa takdeenyerr buat benda ni semua..Remajaa yang baru nak meningkat remaja dan seorang remaja yang buat ni.
#Eh aku ni bukan remaja ke-,-

Selamat Membaca Renung2kan dan Selamat beramal :)


Dah Baca? Like dan Comment la =)

WW#20 Mesir Kini | Pray For Egypt | Qunut Nazilah

Bismillahirrahmanirrahim :)







The only source that can be relied upon is Mesir Kini (fb). InsyaAllah sahih. kalau berita tv 3 dan media Malaysia, cant be trusted at all.

#PrayForThem


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Cahaya Ramadhan | Budi-Budi Pekerti | Selamat Hari Raya

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM :)


Entri 2 in 1. Pasal video best :) 
And2 baru nak ucap Selamat Hari Raya uolss ^^




Cahaya Ramadhan | Cover Disaat Aku Mencintaimu-Dadali


Budi-Budi Pekerti | Cover Putih-Putih Melati-ST12



Kannnnn....???




Makan2 jugak, Kesihatan jangan lupa dijaga. Study jangan dilupakan.
|| Ingatan untuk diri sendiri ||


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Kenangan Raya Yang Hanya Tinggal Kenangan

Bismillahirrahmanirrahim :)



Tadi LAST terawih, pagi nanti LAST sahur, esok LAST puasa dan maghrib esok LAST berbuka.. Harap Ramadhan bukan LAST untuk kita semua.. AMINN

Hrmmm. Sebenarnya masih mencari mood nak raya yang belum tiba lagi. Rasanya raya aku start jadi hambar dan bosanggg sejak Tingkatan 1 hingga sekarang Tingkatan 6.


Kenapa hambar?Bosangg?

Nenek belah mak dah tiada :'(

Dulu masa nenek ada malam raya mesti choose mana pinggan mangkuk nak pakai untuk raya tahun tu dan basuh dan bilas. Pinggan mangkuk arwah nenek I banyak gilaasss uolss. Belum masuk mak gue punya. hahaha

-gambar hiasan-

Masih ingat last raya tahun 2007 darjah 6..Time nak basuh pinggan mangkuk bagai tu I was grumbled to my grandmother because every year aku buat kerja samaaa je bila tiap nak raya. Then my grandmother said 'Lepasni semua pinggan mangkuk tu jadi milik kakak(me). Sukati kakak laa nak basuh ke tak'

Rupernyer itu raya terakhir aku dengan nenek :'(

Arwah nenek jugak mesti kasi DUIT RAYA LEBIH kat aku sebab puasa penuh secara senyap2 hihi *masa kecik2 puasa penuh laa=p*

Bab2 isi duit raya itu yang kita paling suka sejak baby lagi hihi

And2 arwah nenek mesti masak 2 kali rendang ayam dalam seminggu sebab nenek I tau I memang suka GILAAA makan rendangayam+nasi impit. Sebab tu dulu masa kecik2 gue tembam. hihi

And2 lepat pisang nenek sangat sedap! Sekarang ni PAYAHH BEBENO nak cari lepat pisang yang sedap. Nak buat sendiri hareemm laa. Dulu masa kecik2 tau kacau2 adunan tu je hihi.

Last but not least Rumah kat Kajang kampung kat Sungai Besi.
Teringin nak merasa kampung jauh2 kat Kelantan ke Kedah ke..Hrmmm..

Bila seseorang tu dah takde baru kita nak menghargai kan?


Rasulullah SAW dan para sahabat menangis kerana Ramadhan sudah ke penghujungnya. Betapa mereka menghargai Ramadhan yang datang :')


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Meninggal Dunia pada Bulan Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim :)



Last update bulan May itupun seketul jee hee. Malam ini dan harini bulan Ogos dimulakan dengan entri sedih. Pada tengahari yang tidak panas dan juga tidak mendung dan tidak hujan aku dikejutkan dengan pemergian exsenior. Sedih dengan kepergian ex-senior SAMSMEL pada tahun 2008.

Pada ketika itu aku Form 1 dan Allahyarham Tingkatan 4. Aku kenal beliau seorang ketua pengawas pusat sumber yang aku hormati :)



Siapa sangka..dikala usia kita yg muda, Tiba2 Allah mencabut nyawa kita tanpa kita ketahui..arwah memang seorang yg peramah & suka bertegur sapa tidak kira kepada golongan muda mahupun yg lebih tua daripadanya..arwah memang berdedikasi dalam mnjalankan amanah yg ditugaskan kepadanya selaku ketua pengawas pusat sumber dan selalu membantu junior2 menyelesaikan masalah yg nmpak berat di mata manusia namun Allah tahu kemampuan hambaNya yg tidak seberapa..

Senyuman yg tidak pernah lekang dari wajahnya pasti akan dirindui ramai..Al-fatihah buat Allahyarham Ely Izran b.Jahari, pelajar Diploma dakwah di Unisza dan merupakan bekas pelajar samsmel tahun 2005-2008. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya & moga arwah ditempatkn dalam kalangan hamba-hambaNya yang soleh & beriman..Amiinnn...





NOTA KAT BAWAH: Lengan kena minyak pinas dan kini berbekas..Ini juga satu musibah:(

Dah Baca? Like dan Comment la =)

Segmen Blogwalking Raya by Emas Putih

Bismillahirrahmanirrahim :)

NAK JOIN? KLIK BANNER :)


Start 17 Ogos jam 12.00 PM - 23:59PM (12 jam sahaja)


“Amalkan selalu qunut nazilah, mereka tembak umat Islam dengan peluru hidup, kita tembak mereka balik dengan qunut nazilah” - Ustaz Zamihan

#PrayForEgypt


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Rezeki Allah Ada Dimana-Mana :)

Bismillahirrhmanirrahim :)


Wow! Agak lama blog tak berhupdate. Yelaa internet kan macam hidup taknak mati tak mau pulak die-,-

Ok! Sekarang ni mood budak2 batch 95 melangkah setapak lagi untuk menyambung pelajarannya*cewahh ayaaaatt*


Sangat2 gembira tahap tenuk dengar mereka yang mau ke UK US JEPUN MESIR JORDAN..Sampai meleleh hingus*over*

Walaupun itu bukanlah aku..Happy laa kan :)

Tapi ada jugak terselit dalam hati ni menyesal gila vaveng tak belajaq betoi2 time SPM.. Tengok sekarang nak dapat U kat Malaysia pun susah-,-

Tapi takpelahh insyaAllah rezeki Allah ada dimana2 :)

Kadang2 rasa macam nak menangis bila kawan2 makin jauh..Jauh sebab sambung belajar:'(

Tadi call BFF borak kat phone sampai 1 jam 24 minit 27 saat..Itu baru berpisah dari Bangi ke Kajang. Bila dia dah sambung belajar ke Jordan tak tau lahh...........

Muka makin BAM BAM ! Masing2 dah sambung ke matrics.

Intipati yang dapat borak ka phone sampai satu jam tu ialah Jangan putus asa dengan rahmat Allah kerana kita hidup sekarang kerana rahmat Allah. Kita masih bernafas dan masih mampu makan choki2 juga kerana rahmat Allah :)


Nota kat bawah: Apabila masuknya bulan 6 maka genaplah 7 bulan ternak lemak di rumah dan otak makin berkarat-,-


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG ADA DI DALAM BLOG INI MILIK FARHANAH ADZLAN KECUALI DINYATAKAN @ 2010-2015