Doa Agar Istiqamah Dalam Solat

Bismillahirrahmanirrahim :)


Got this story from Gen Q magazine :)

Anak perempuan saya umur 13 tahun dan sangat ‘liat’ nak solat.

Satu hari, terlintas di hati nak pantau anak saya solat.

Boleh dia hampar sejadah atas lantai je.. tapi tak solat.

Bila saya tanya dah solat ke belum, katanya ‘dah’.

Saya rasa sangat marah... dah la tak solat...menipu pulak...

Disebabkan perasaan marah, saya pukul anak saya....

Maasyaa Allah, saya tahu saya dah buat silap.

Saya menangis dan saya mohon ampun pada Allah.

Saya dah pukul anak saya, saya dah bebel-bebel, saya dah bagi warning... tapi anak saya tetap tak berubah... susah dan liat nak solat..

Pada suatu hari, ada kawan bagitau saya satu cerita.

Dia ada pergi ke rumah salah seorang kawan lamanya.

Kawannya tu tak la kuat agama sangat, tapi bila azan berkumandang, anak-anaknya terus bergegas bangun untuk solat.

Tak perlu disuruh....

Kawan saya ni tanya la macam mana nak buat anak-anaknya solat tanpa perlu disuruh..

Beliau berkata, “sebelum saya berkahwin saya baca doa ni dan saya masih amalkan sampai sekarang”

Sejak dari hari tu, saya tak putus-putus baca doa ni.

Saya baca dalam sujud..setiap kali solat dan bila-bila je... doa.. doa.. dan doa....
 
Alhamdulillah, sejak mengamalkan doa ni, anak perempuan saya yang dulu liat solat dah mula berubah...

solat tak perlu disuruh dah...solat Subuh pun boleh bangun sendiri, tak payah saya kejutkan.

Dan Alhamdulillah, adik beradik yang lain pun semuanya ikut kakak dioarang.. solat tanpa perlu disuruh..

Doanya adalah dalam Surah Ibrahim [14], ayat # 40

 Selamat beramal, semoga terus istiqamah melakukan ibadah.

Yang belum kawin pon start baca doa ni dari sekarangg supaya anak cucu cicit tidak meninggalkan solat fardhu :)


p/s: Sem 1 is over! Yeahhh !
p/s2: Alhamdulillah bulan ni dapat 2 CPUV from Nuffnang <3


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Exam Mood Diaktifkan ! Misi Kurangkan Berat Badan !

Bismillahirrahmanirrahim :)

Gambar yang kunun2 study harus diletakkan atas sekali LOL

First sekali Alhamdulillah dalam tak bukaknye blog ni ada jugak CPUV from Nuffnang yang melekat kat blog ni :)


Bila tengok blog..Ohh lamanyaa aku membiarkan blog ni. Nak buat camne tuan dia lebih suka online pakai phone yang cabukk tu huehehe

Yang paling besaqq tu saya -,-

Sebenarnya baru minggu ni perasan bahawa betapa selama ini aku telah membesarkan badan aku dengan baik. Memang terkejut gila babeng bila timbang berat badan sendiri. Tergamam setengah jam. Mata dibulatkan. Macam comel je?Hahahakpuihhhaha..

BMI Obesiti 27.5. My BMI 27.4 0.o

Camera 360 pun tak mampu menyembunyikan semua jerawat =p

Ok takpe. Sekarang ni cuma mau fokus kepada exam STPM SEM 1 yang semakin hampir iaitu pada 
20/21/25 NOVEMBER 2013. Wish me luck :)

And then baru kita meneruskan misi kurangkan berat badan supaya jadi Normal dan menyucikan wajah dari sebarang bendasing. Badan sihat Otak Cergas ! Ececeh. Sebelumni takde nak pikir otak ke badan sihat ke tak -,-



So apa lagi Meh share bagaimana untuk menjadikan berat badan normal :) Nak sebut diet. Tapi macam geli pulak nak sebut haha 

Kalau orang yang kenal aku ni bila cakap Farhanah nak diet Mesti kena tanya balik 'Farhanah diet?' 'Aku yakin ini kali pertama Farhanah sebut perkataan diet' hahaha


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Tingkatan Enam Ohsem | Redha Dan Syukur Dengan Ketentuannya

Bismillahirrahmanirrahim :)


Agak lama sebenarnya untuk terima kenyataan bahawa kita tak dapat apa yang kita nak. Apatah lagi bila tengokk orang lain sudah berada di 'tempat' yang kita mahukan. 

Disaat orang lain terima tawaran Ipta/Politeknik dan dah berada di overseas aku pulak kena terima kenyataan bahawa tiada pilihan lain selain Tingkatan Enam.

Tapi itu dulu. Sekarang Farhanah dah okey. Saya dah besar. haha. Aku anggap ini adalah akibat dari kemalasan belajar time SPM tahun lepas hihi


Be grateful with what you do have. Stop torturing yourself with all the things that you don't have. If you want something, then try your best to get it. If you don't get it, be grateful that you tried, look at what you already have in your hands, and move on. -Aiman Azlan-

-Gila-gila-

Kunci kejayaan apabila berada di Tingkatan Enam ialah RAJIN :) 

Trial STPM makin hampir. Tapi makin dekat makin banyakk pulak kem and event sekolah yang membuatkan kelas cancel.
Kelas cancel itu sangat best..Sape tak suka kan? Tapi kini tidak lagi sebab banyak benda tinggal -,-

So wish me luck :)


| Soalan |
Hrmmm..Matapelajaran yang diambil ialah Pengajian Am,B.Melayu, Sejarah dan Ekonomi. Who knows lepasni if sambung degree aliran/course/jalan/bidang apakah yang sesuai? Law..Lagi?


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG ADA DI DALAM BLOG INI MILIK FARHANAH ADZLAN KECUALI DINYATAKAN @ 2010-2015