Bismillahirrahmanirrahim =)
Hari ini merupakan hari ketiga bercuti selepas 4 hari berhempas pulas bertungkus lumus jawab SPM..Cehh ayatt..
So harini merupakan hari kedua pi melawat blog2 orang lain setelah sekian lama tidak berbuat demikian akibat daripada ke-busy-an menghimpit diri serta memaksa diri ini Belajar Belajar Belajar!
Lalu terjumpa la idea untuk hupdate blog^^Jom ketahui ciri2 anak ketiga^^Pemilik blog ini merupakan anak ke-3 daripada 5 beradik^^
1) Yakin diri
Sesetengah pendapat memberikan ciri-ciri anak ketiga sebagai
seorang yang yakin diri walaupun jika dilihat pada fizikalnya, korang macam tak
mampu, tapi kredibiliti korang adalah sebaliknya. Korang mudah bergaul dengan
siapa sahaja dan korang tampil yakin dengan diri korang. Pembawakan diri korang
amat disenangi kawan-kawan.
KOMEN SAYA: kawan pernah cakap aku ni muka blur sengal2 tapi tak disangka ada kebolehan yang tersembunyi..Part disenangi kawan2 tu tak tau..Tanya dorang..haha..
2) Sukar bertolak ansur
Mungkin dipengaruhi oleh persaingan antara adik beradik,
korang dikatakan paling sukar untuk bertolak ansur. Korang tak mudah mengalah
dan kadang kala sikap keras kepala boleh terbawak sama. Dalam sesebuah
perbincangan, korang akan mempertahankan hujah korang dan kadang kala boleh
menyebabkan orang lain terasa hati.
KOMEN SAYA: Yeahh..Part mempertahankan hujah sampai orang lain terasa hati tu pernah terjadi..Lepas tu belajar dari kesilapan:)
3) Mudah kasihan
Sikap anak nombor tiga adalah kaya dengan pemurah dan
perasaan kasih sayang. Korang sangat mudah dipengaruhi oleh perasaan ini dan
kadang kala sikap mudah kasihan korang menyebabkan korang mudah terpedaya.
Jadi, hati-hatilah yer!
KOMEN SAYA: Pernah diperdaya dengan budak FORM 3! Ciss!
4) Boleh menyerlah tapi menyembunyikannya
Melihat kepada potensi, korang boleh menjadi seorang yang sangat
menyerlah. Tapi disebabkan sikap pemalu korang, adakalanya korang hanya berdiam
diri dan melepaskan peluang yang ada. Korang perlu bijak untuk memilih platform
untuk menyerlah kerana platform korang boleh membantu korang untuk lebih
berjaya.
KOMEN SAYA: Sama seperti no. 1..Sembunyi sebab malu..hahaha..
5) Sikap malas dan manja
Anak ketiga dikategorikan sebagai seorang yang manja
sehingga kadang kala membawa kepada malas. Korang perlu di'push' oleh sesorang
atau sesuatu untuk korang terus ke hadapan. Sedangkan potensi diri korang
sememangnya ada. Malahan kadang-kadang sikap malas korang ni boleh membawa
kepada kejatuhan diri sendiri.
KOMEN SAYA: Agak setuju..HAHAHAHA!
6) Tidak suka menimbulkan masalah
Korang sangat optimis dalam menangani masalah. Sering
melihat masalah dalam sudut yang positif dan cuba sedaya upaya untuk
menyelesaikannya. Korang juga akan cuba membantu seberapa yang korang
boleh dan akan menyenangkan orang lain seadanya. Sikap korang ni sangat
disenangi kawan-kawan. Sebab tulah korang ada ramai kawan!
KOMEN SAYA: Prinsipku SELALU THINK POSITIVE! Part disenangi tak tau!
KARAKTER ANAK TENGAH
- lebih pelik sedikit dari anak-anak yang lain.
- gemar membuat hal sendiri.
- Seringkali terasa terpinggir.
- cuba untuk melakukan yang terbaik bagi diri mereka tanpa mengharapkan bantuan orang lain.
CIRI-CIRI ANAK TENGAH
- lebih berdikari.
- lebih percaya dengan keyakinan sendiri.
- suka mencuri perhatian dengan cara tersendiri.
- terlalu mengalah
KOMEN SAYA: Malehh nak comment..hehehe~
Info dari SINI dan SINI ! Nak tau ciri2 anak lelaki yang sesuai anda kahwini DISINI !Ciri2 anak pertama, anak kedua dan keempat DISINI! hehehe~
Siapa anak ketiga?Sep mehh!hahaha~
Korang pulak anak keberapa?
Dah Baca? Like dan Comment la =)