Kesilapan yang Dilakukan Dalam Bulan Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim :)



1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam).
2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam.
3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain.
4) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa.
5) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih.
6) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah.




7) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. 
8) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat.
9) Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah' bagi sahur.
10) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat.
11) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram.
12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka.

Lebih lanjut RUJUK SINI.

Moga kita tak melakukan kesilapan sebegini. Moga2 juga Ramadha tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya dan mendapat redhaNYA ^^

TERJAHH SINI<--click



Dah Baca? Like dan Comment la =)

Strategi Melunaskan Hutang

Bismillahirrahmanirrahim :)


Terjumpa satu artikel yang menarik kat FB. Walaupun baru 19 tahun, ilmu ni amat berguna untuk masa depan InsyaAllah :) Copy from HERE.

Sejak tahun 2003 lagi saya azam nak bebas daripada segala hutang. Masa tu, kami terbeban dengan 5 hutang iaitu PTPTN saya, PTPTN isteri saya, Study Loan Yayasan Johor saya, Computer Loan, dan Car Loan. Lepas berhempas pulas selama 4 tahun, alhamdulillah, 4 Januari 2007 kami bebas dari segala hutang! Sejak hari tu, tak ada lagi hutang berbaki walaupun satu sen. Dan kami suami isteri kekal sebagai orang yang bebas hutang hingga ke saat saya menulis artikel ni.
Ada juga kawan yang mintak saya kongsikan cara untuk bebas hutang, tapi saya bukanlah orang layak untuk ajar cara bebas hutang. Cuma sekadar berkongsi tu, insyaAllah. Langkah pertama, saya boleh cadangkan sahabat semua baca buku Petunjuk Jalan Kekayaan, tulisan Chef Li. Buku tu banyak bagi motivasi dan membuatkan saya insaf untuk jauhkan diri dari hutang. Lepas menyelami betapa susah hatinya Chef Li masa dikelilingi hutang, saya sendiri pun rasa fobia dengan hutang.
gambar ni ada kaitan ke?haha

4 Prinsip Asas Kewangan Peribadi
Bila dah betul-betul ada kesedaran dan semangat bebas dari segala hutang, mungkin sahabat semua boleh pakai PRINSIP KEWANGAN yang saya amalkan ni.
Prinsip #1: Beli secara tunai.
Henti dan jauhkan segala urusniaga yang dinamakan ansuran, installment, beli dulu bayar kemudian, skim bayaran mudah dsb. Kalau terpaksa berhutang, itu maksudnya kita belum mampu beli barang tu lagi. So, simpan dulu duit sampai cukup, baru beli.
Prinsip #2: Hidup di bawah kemampuan, bukan ikut kemampuan.

Beli ikut keperluan, bukan ikut kemampuan, apatah lagi ikut kemahuan. Kalau mampu pakai kereta Proton Inspira, pakai Proton Saga jer lah dulu. Lupakanlah dulu perkataan “bergaya” dalam hidup tu buat sementara waktu sampai kita benar-benar mampu untuk bergaya. Biar tak bergaya, asalkan poket kita kaya.
Kalau ada barang yang bukan keperluan di rumah, lebih baik jual. Downgrade life style buat sementara waktu. Kalau sekarang ni subcribe Astro full channel, apa kata kurangkan channel-channel tu atau terus hentikan langganan Astro! Kalau sekarang pakai kereta besar, down grade kepada kereta yang cukup untuk keperluan jer. Kalau sekarang suka beli makan di luar, apa kata masak di rumah jer atau bawa bekal jer ke pejabat. Pointnya, hidup di bawah kemampuan.
Prinsip #3: Mulakan tabiat menyimpan walaupun sedikit.
Sikit tak apa, asalkan simpan. Saya dulu pun mula menyimpan RM20 jer sebulan. Buat potongan gaji ke akaun Tabung Haji (bukan tunggu duit lebih hujung bulan). Setiap kali naik gaji, saya akan tambah potongan gaji ke Tabung Haji. Kalau tak mampu simpan RM20 sebulan, simpan la RM2 sehari, masuk dalam tabung khas. Nanti hujung bulan masukkan RM2 sehari (RM60 sebulan) tu ke akaun bank. Yang penting mesti menyimpan.
Prinsip #4: Bina pendapatan kedua.
Libatkan diri dalam bisnes, tapi bukan skim-skim ‘bisnes’. Anggap gaji tu sebagai duit untuk hidup bulan-bulan, dan bisnes sebagai sumber untuk tambahkan simpanan. Simpan hasil bisnes 100%. Kalau nak guna pun, jangan lebih 50%! Duit hasil bisnes memang terbukti mempercepatkan kami bebas dari hutang, alhamdulillah.
Second income penting sebagai ‘backup’ income utama, dan untuk tambahkan simpanan. Azizi Ali, Pakar Kewangan Peribadi sarankan setiap orang perlu ada second income.
Itu jer lah rahsianya. Cari sampai hujung dunia sekalipun, inilah rahsianya. Beza antara orang berjaya dengan orang biasa-biasa ialah mereka TAKE ACTION!
Orang Bujang, Suami Isteri Bekerja, Lagi La Mudah
Kalau orang macam saya boleh menyimpan dan bebas dari segala hutang, saya rasa orang bujang sepatutnya lagi senang nak bebas hutang. Betul tak? Susu pampers anak-anak tak kena beli, duit hantar anak sekolah pun tak ada, pakaian anak-anak yang mahal-mahal tu pun tak perlu risau. Cuma fikir diri sendiri dan kebajikan mak ayah jer…
Kalau orang macam saya yang isteri tak bekerja pun boleh, orang yang dua-dua suami isteri bekerja sepatutnya lagi lah mudah untuk bebas hutang! Betul tak? Hidup ni satu pilihan…
Ok, sampailah masanya untuk saya dedahkan strategi yang saya pakai untuk bebas hutang dalam masa 4 tahun.
7 Strategi Bebas Hutang Dalam Masa 4 Tahun
Ini prinsip-prinsip yang saya gunakan untuk langsaikan semua hutang dalam masa singkat:
Strategi #1: Jangan buat hutang lagi.
Selagi boleh hidup tanpa hutang tu, jangan sekali-kali berhutang. Beli apa sahaja secara tunai. Kalau terpaksa berhutang, itu bermaksud kita belum mampu. So, kumpul duit dulu. Bila dah cukup baru beli. Banyakkan bersabar, bersabar, bersabar.
Strategi #2: Langsaikan hutang yang interest ratenya paling tinggi dulu.
Contohnya, hutang kad kredit (18% setahun) kena settlekan dulu sebelum car loan (3% – 5% setahun). So, cuba list down semua hutang-hutang yang ada mengikut interest ratenya. Interest rate paling tinggi tu kena settlekan dulu.
Hutang ‘berkat’ seperti housing loan perlu disettlekan paling last sekali sebabnya ia dikategorikan sebagai “good debt” iaitu hutang yang membuatkan kita bertambah kaya! Baca artikel “Hutang Berkat, Hutang Mudarat” untuk fahami topik ni.
Strategi #3: Buka Dana “Full-settlement Hutang”.
Buka akaun khas di bank untuk simpan duit yang akan digunakan untuk full-settlement hutang-hutang yang ada. Bayar ansuran pinjaman macam biasa, dalam masa sama kumpul duit lain ke dalam dana tersebut. Bila duit tu dah cukup, buat full-settlement terus. Dengan full-settlement, kita jimat dari bayar interest berbanding dengan tambah nilai ansuran bulan-bulan. Full-settlement maksudnya kita bayar nilai “pokok” jer, ansuran bulan-bulan maksudnya kita bayar nilai “pokok” + “interest”!
Antara sebab saya suka settlekan semua hutang jauh lebih awal dari tempoh sepatutnya ialah nak kurangkan bayar interest. Tak bazirkan duit bayar interest!

Strategi #4: Gunakan duit ‘durian runtuh’ seperti bonus tahunan untuk langsaikan hutang dulu.
Dalam tempoh 4 tahun tu, saya gunakan sebahagian besar duit bonus untuk bayar hutang! Memang tak merasa sangat duit bonus masa tu. Kena mujahadah la sikit.
Strategi #5: Simpan duit kenaikan gaji tahunan 100% ke dalam Dana Full-settlement Hutang.
Jangan gatal tangan usik dana tu! Setiap kali kenaikan gaji, saya akan kira berapa kenaikan kos sara hidup untuk setahun akan datang. Contohnya, gaji naik RM200, kos sara hidup bertambah RM120 sebulan sebab seorang lagi anak masuk sekolah. So saya masukkan lebihan RM80 (RM200 – RM120) sebulan ke dalam Dana Full-settlement Hutang.
Strategi #6: Bila dah settle satu hutang, simpan duit installment bulan-bulan seterusnya ke dalam Dana Full-settlement Hutang.
Contohnya, bila dah buat full-settlement car loan yang installmentnya RM600 sebulan, simpanlah RM600 tu masuk ke Dana Full-settlement Hutang tadi. Jangan sekali-kali anggap duit tu sebagai ‘kenaikan gaji’, apatah lagi untuk tukar kereta baru!
Strategi #7: Bayar hutang secara automatik!
Buat potongan gaji atau standing instruction di bank supaya kita tak lupa bayar. Bila terlupa bayar, itu yang jadi tertunggak tu.
Nota Jutawan Nota Kewangan Irfan Khairi
Tip terakhir, baca banyak buku-buku kewangan. Buku seperti “Jutawan Dari Planet Jupiter” (Azizi Ali), “Nota Jutawan, Nota Kewangan” (Irfan Khairi) tu wajib baca. Mana-mana buku yang saya baca, mereka akan cakap benda dan tip yang sama dengan apa yang saya kongsikan ni. Bezanya cuma samada kita AMAL ataupun tidak. Itu jer.
Sharing is caring ;) Selamat membaca dan selamat beramal. Jauhi Hutang Hati Senang ^^ 
Post yang panjang tapi ilmu yang sangat berharga kan?


Dah Baca? Like dan Comment la =)

'Dari tengok World Cup Baik Tahajud'

Bismillahirrahmanirrahim :)


Bila tiba World Cup pasti akan ada status/tweet lebih kurang begini.

'Dari tengok World Cup Baik Tahajud'
'Tengok World Cup sanggup berjaga Tahajud liat nak bangun'


Saya setuju dengan kenyataan tersebut. Tetapi kita tak tau ibadah orang lain. Kot2 orang yang dok tengok World Cup tiap hari tu laa Tahajud dia lebih bagus dari orang yang kononnya Tahajud tiap malam.


Takkan nak buat status/tweet sebegini 'Nak Tahajud dulu baru tengok World Cup' . Kang ada pulak lagi status/tweet.
'Orang cina nak cucuk colok*kalau silap betulkan* takde pon nak tweet2 bagai. Orang Melayu solat Isyak pon nak Done Isyak. Riak.'


Nak ingatkan orang tak salah serius tak salah tapi ayat tu betullah sikit. 
Betul tak?


Btw Esok dah bermula Sem 3. Siapa yang bersekolah ada class or watever Gud Luck. May Allah ease ^^


Dah Baca? Like dan Comment la =)

CPUV Nuffnang #Huawei Ascend P7 #Tune Money - Big Travel Wish

Bismillahirrahmanirrahim :)


Alhamdulillah. 2 CPUV from Nuffnang melekat kat blog. Dan ada cpuv yang masih On Going. Melekat punya lama. Alhamdulillah.



First sekali Huawei Ascend P7. Perghh leleh air liur tengok handphone ni =P Iklan dia berupa seperti gambar dibawah. Kalau jumpa terjah ye ;)


Tengok features dia ponn gerammm jee tengok. Nasib baik poket tengah kering =p Nak tengok lebih lanjut boleh click pada iklan tersebut ;)


Kedua, Tune Money - Big Travel Wish

Anda pernah dengar tentang Tune Money?  Tune Money ni adalah dari Air Asia. Bagi yang selalu travel memang patut la grab it. Nak tahu kenapa? Ada 10 juta AirAsia BIG Point untuk anda menangi. Di samping itu segala points terkumpul tu boleh anda redeem dalam bentuk ticket penerbangan, wang tunai, hadiah-hadiah, penginapan diTune Hotel dan banyak lagi tau. Tak rugi la kalau anda dapatkannya. Memang berbaloi.
-Copy from HERE-



p/s: Lagi berapa hari cuti nak habis. Semakin lama cuti semakin lemau otak manusia. Hyphotesis Accepted.


Dah Baca? Like dan Comment la =)

WW#21 'Warming Up' Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim :)




 "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )


p/s: World Cup Fever!! Tengok video ini. Serius lawak. Ada Zizan Razak hahaha. Tengok kat siini--> YouTube

Dah Baca? Like dan Comment la =)

Segmen Happy Blogwalking Together-Gether By Miss Fatyn | Statistik Kes Rogol

Bismillahirrahmanirrahim :)


Entri 2 dalam 1 hihi ;)
First sekali pasal Segmen Happy Blogwalking Together-gether By Miss Fatyn. Join sebab tertarik kat dienyer banner dan blog dia walaupun tak suka pink.

Nak Join?Klik Banner itupun kalau sempat sebelum tarikh luput.


Kedua, tentang Statistik Kes Rogol. Jumpa picture ni hasil dari RT orang lain di twitter. Sekarang kan banyak kejadian yang dahsyat berlaku yang tidak ada sifat manusia langsung atau nama sulitnya Tidak berperikemanusiaan.


So girls*termasukdiriini* dan kaum lelaki juga *mungkin* berhati-hati dalam pergaulan. Jaga ikhtilat*PENTING!*. Teman lelaki kedua tertinggi paling banyak mengambil kesempatan. This is prove why boyfriend is also dangerous to us.

Of course tak semua lelaki begitu en =p Time bercinta memang paling indah dan dialah yang terbaik tiada cacat cela. So that girls sentiasalahh berhati2 walau dimana jua anda berada dan pastikan anda ada seni mempertahankan diri hihi




#Like my FACEBOOK. Follow my TWITTER. TQ ;)

Dah Baca? Like dan Comment la =)

#UnimapConfession3847 Masa Itu Emas

Bismillahirrahmanirrahim :)



#STPMSTUDENT*tetibe*


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG ADA DI DALAM BLOG INI MILIK FARHANAH ADZLAN KECUALI DINYATAKAN @ 2010-2015