Apa Akan Jadi Melambatkan Jika Solat Fardhu?


SOLAT SUBUH

Kaler alam masa ni dalam spektrum Biru Muda, yang mana sama dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna Biru Muda atau Waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar, rezeki dan komunikasi.

Orang yang selalu tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Sebab tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum, maksudnya masa jaga daripada tidur.

SOLAT ZOHOR

Lepas Biru Muda, warna alam berubah ke Warna Hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian Warna Kuning menandakan masuknya Waktu Zohor. Masa ni, kaler alam tu sama dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.

Warna Kuning ni ada kaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zohornya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.

SOLAT ASAR

Warna alam bertukar menjadi Warna Oren. Masa ni, spektrum warna alam sama dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.

Rahsia Warna Oren ni kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya. Lebih malang lagi kalau waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (TIDUR). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

SOLAT MAGHRIB

Untuk Waktu Maghrib, alam berubah ke Warna Merah. Pada waktu ni kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tak duduk luar rumah. Sebabnya, spektrum warna pada waktu ni menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red). Ini bermakna jin dan iblis pada waktu ni amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

SOLAT ISYAK

Gelap Isyak Warna alamnya Indigo. Waktu Isyak ni menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya sama dengan sistem kawalan otak. Orang yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan Warna Putih, Merah Jambu dan seterusnya Ungu di mana ianya sama dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Manusia sedar tentang hakikat tenaga alam ni, itu yang wujudnya meditasi, taichi, qi gong dan sebagainya. Semuanya atas tujuan nak serap tenaga alam ke dalam tubuh kita.

Bagi kita yamg Muslim ni, Allah dah syariatkan untuk solat tanpa perlu berfikir untuk menyerap kuasa alam ni =)

sumber:SINI dan SINI dan SINI


So lepas ni solat di awal waktu ye(pesan untuk diri sendiri) =)

Kerana ibadah yang 'tip top' melahirkan individu yang cemerlang:D




---LIHAT SINI---


Dah Baca? Like dan Comment la =)

OST Dejavu Di Kinabalu-Butterfly


Walaupun Drama Akasia Dejavu Di Kinabalu macam dah dapat
agak2 jalan cerita die tapi tengokk jee laa sikit2..hahaha~

Tapi bila tengok drama melayu mesti rasa cam sakit hati jee tengok walaupun cuma berlakon jee..Overr gileerr aku klau tengok drama melayu..
Tapi perangai overr gilerr tu katt rumahh jee laa..Dah sakit hati sangat kan?

Tapi ad satu yang menarik pasal drama dia iaitu OST die..
Lagu Butterfly yang dinyanyikan oleh Melly Goeslow ft Andhika sangat best=)

Tapi bagi aku bila Aqasha yang nyanyi lagi ohsemm dari penyanyi asal die kan?
Bolehh cair jadi liquid bila dengar banyak kali..hahaha=P


Lagi pun ini first time Tiz Zaqyah dengan Aqasha berlakon sebagai kekasih~
Tapi cunn laa jugakk tu kan?


Jalan cerita die mesti adik ngan kakak berebut laki yang sama seorang lagi harus berkorban dan lain2 la..Korang sependapat tak dengan aku?






Dah Baca? Like dan Comment la =)

Jangan Hina Permulaan Yang Tidak Baik !


Hari ini dia mungkin tidak bertudung,
Esok lusa mungkin dia adalah yang paling IKHLAS menutup auratnya.

Hari ini dia mungkin seorang yang kaki mencarut,
Esok lusa mungkin dia adalah yang paling LEMBUT bicaranya.

Hari ini dia mungkin seorang yang ingkar kepada Allah SWT,
Esok lusa mungkin dia adalah yang paling istiqomah melaksanakan
QIYAMULLAIL kala kita semua sedang lena.

Jangan HINA permulaan seseorang.
kerana kita
TIDAK tahu bagaimana pengakhirannya.

Bagaimana jika tiada ESOK LUSA? Ajal maut memang ditangan tuhan tetapi
kita tidak boleh menangguh taubat.


p/s: Makin lagi makin terasa tak cukup masa nak study sebab
trial SPM nak dekat..huhuhu~




Dah Baca? Like dan Comment la =)

Penurunan Ilmu Pada Budak Junior



Gambar kat atas ni time menurunkan segala ilmu yang ada
pasal Pusat Sumber kepada librian2 yang junior=)

Bukan senang nak cakap depan orang walaupun dorang ni junior je pongg~
Terketar2 jantungku cakap depan dorang..Tapi haruslahh berlagakk berani kan?
Senior laa katakan?Kalau tidak jatuhlahh air mukaku
yang sedia ada lawa ni..hahahaha~


Tapi alhamdullilah selama 4hari berturut2 air liur aku sampai tersembur2 cakap ngan dorang berjalan dengan baik..hahahaha~Dan amat berpuas hati sebab ilmu tu dapat disampaikan kepada generasi masa depan..Ceyhh=,=


Tapi satu jee yang dorang cakap kat aku iaitu bila aku nak cakap kalau boleh nak cakap dengan satu nafass je..Then lepas tu tak cukupp nafas nak cakap ayat seterusnya..hahaha~


Okeyhh tu jee nak story2=)Quick update ni..Makin lama makin busy~
Trial SPM makin dekat~
Ramadhan juga makin hampir kan=)


p/s: Korang TERJAH SINI<--(click) pleaseee=)


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Peristiwa Israk Dan Mikraj Nabi Muhammad SAW-27 Rejab


1) Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.
2) Sepanjang perjalanan Israk Rasullulah SAW

- Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. Apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

- Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).

- Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

- Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

- Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

- Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

- Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

- Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

- Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

- Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

- Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

- Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

- Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

RUJUKAN: ILUVISLAM | MYADHA

Dari sini saja kita dah dapat banyak pengajarannye kan?
Sama2 kita amik pengajaran dari kisah perjalanan Rasullulah ini=)
Jom Share2 Kisah ni..Semoga sama2 dapat manfaatnye=)

Di lain hari saya akan sambung kisah mikraj pula..
Masa tak mengizinkan buat entri panjang2..




Dah Baca? Like dan Comment la =)

Macam2 Cerita Dari Saya =)


Oh yeahh lama gila x hupdate blog ni kan?
Tapi memang busy gilerr lepas balik kem haritu..
Sibuk menguruskan hal2 adik2 pusat sumber sebelum nak fokus giler2
kat SPM sahaja..Ecewahhh~hahahaha~

Siapa pernah jadi Pengawas Pusat Sumber?
Mesti ada ala2 faham kan?hahaha~

Minggu ni banyak dapat paper exam..
Markah yang naik memang naik gilerr..
Markah yang jatuh memang jatuhhh gilerr merudumm~

Tapi InsyaAllah yakinkan diri boleh dapat yang terbaik untuk SPM=)


Ada kawan yang dapat 96 ADD MATH..Terkedu sebentar..



Siapa yang terer add math tu silalah kongsi tips dan semangat
kat saya ni..hahahaha~



p/s:Korang lebih prefer yang mana?Asasi ke?Matrik ke?or STPM?
Give me reason=)Jom share pendapat~


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Story Untuk 3 Hari Yang Panjang !


Benda kat atas ni harus diletak kali kedua kat blog..
Kalau boleh nak letak lagi dan lagi..
Sebab setiap kali nak bukak blog akan ingat benda ni akan nampak benda ni and pikir dah belajar ke belum sebelum bukak blog..hahaha~
And one more thing tulisan tu bukan tulisan saya..hehehee~

Kadang2 terfikir jugak macam tinggi sangat je kalau nak capai
sebab aku kan pendek=P
Takdelaahh aku ni pelajar biasa2 je taklah pandai sangat macam
Nik Nur Madihah and taklah jugak bodoh sangat Fail memanjang~
Ekceli pandai itu subjektif rite?
But bila dipikirkan kembali ini takkan jadi mustahil kalau berusaha rite?
So Farhanah pleasee jangan berangan dalam kelas=P

Second story..Ekceli ini kali terakhir hupdate blog ini untuk
tiga hari kemudian..Sebab Sabtu,Ahad dan Isnin ini pergi kem
kat Tanjung Malim selama tiga hari dua malam..

Ikutkan hati tak mau pergi bukan tak nak tapi trauma..fobia..ketakutan masih dirasai sampai sekarang ni akibat kem banjir haritu..Walaupun dah berbulan lamanya berlalu tapi siapa yang lupa kenangan yang mengerikan rite?
Tapi gilerr kalau aku tak pergi?Mau cikgu tak mengamuk kalau aku tak pergi..

Tapi takpe think postip..InsyaAllah selamat pergi..Selamat menjalankan aktiviti dan selamat balik=)

Semua aktiviti time kem tu telah dibagitau awal2 ialah outdoor 100%
Takde maknernyer nak dengar segala ceramah kepimpinan dalam dewan selama berejam lamanya sampai terasa.........(make your own answer..huehehe)

And kan sampai hari Isnin kan?Sepatutnye haritu kitaorang sekolah..
And esoknya Selasa..Rasanya aku pergi sekolah tak?
Ok Tengok kepada keadaan..hahaha~



Pehal panjang sangat cerita hangpa ni?Wajiblaa panjang kan?
3 hari 2 malam kodd tak hadap blog ni~
Ok DONE! Bye korang sumer=)



Dah Baca? Like dan Comment la =)

WW#13 Problem?




#Busy main game Plant vs Zombie~ngeh3~


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Untungnya Ada Kawan Yang Baik


Minah sebelah rumah aka jiran sebelah..

"Farhanah,pagi2 dari kau duk diam dalam bilik jomm laa study ngan aku"

"Petang ni study!Jangan nak buat2 tidur plak"

"Kau tak paham jangan buat dekk je..Tanya aku la.."


Kawan satu taman berkata yang berbunyi begini:

"Farhanah nak datang study awal?huh!(muka kerek)

Aku:Jangan nak cabar aku weyhh..Sebelum subuhh aku sampai..
Aku paling FIRST bukak buku=P

Ekceli ini lebih dipanggil STUDY GROUP..And ekceli aku tak suka study group~
Kenapa?Sebab bila study group aku lahh orang yang LAST nak paham and aku yang LAST siap exercise~That's 'OHSEM' rite?
Lebih suka study dua2 or sorang2 je=)

Itula aku selalu datang orang paling FIRST dari akhir yang datang
or tak datang langsung..hohoho~

Tapi tu bukan matlamat cerita ni..Cerita sebenar aku beruntung punya kawan macam mereka..Bukan senang tau ada kawan yang nak mengajak study
pada MASA CUTI SEKOLAH!
And2 segala nota subjek semua bagi aku..Aku siap kena binding lagi
and sedia satu fail besar lagi~Tak mintak pongg~hahaha~



Untungg tak?Bak kata kawan aku benefittlaa~
So itu functionnyer ada kawan yang baik=)


Aku kawan yang baik ke tak?
No comment(jawapan macam retis)Kbye~


Dah Baca? Like dan Comment la =)

9 Perkara Perlu Diubah Jika Solehah Yang Didamba



Jalan ke arah solehah itu bukan mudah. Tapi jikalau kita berjaya
ganjarannya sangat Indah.

Allah berfirman : Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum hingga mereka mengubah diri mereka sendiri” (Q.S. Ar-Ra’d:11)

Berubah sikit demi sedikit dan istiqamah lebih baik daripada
berubah banyak tetapi tidak kekal~



p/s:Penyakit malas nak hupdate blog kembali~huhuhu~



Dah Baca? Like dan Comment la =)

Bagaimana Hendak Memastikan Solat Kita Sempurna ?


Seperti yang kita tahu amalan yang pertama yang akan Dihisab diakhirat ialah SOLAT..Walaupun kita solat 5 waktu cukup sehari semalam adakah kita pasti ia sempurna atau tidak?

Kenapa begitu pula?

Sebab selalunya bila time solatlah kita teringatkan itu dan ini termasuklahh saya.Itu bermakna kita tak khusyuk rite?Jadi ini sudah pasti akan ada pahala solat kita yang berkurangan..

Bagaimana nak menampung kekurangan tersebut?

Kita menampung kekurangan solat fardu tersebut dengan SOLAT RAWATIB iaitu solat sunat yang dilakukan sebelum atau selepas solat fardu sebagai pelengkap atau tambahan untuk menampung sebarang kekurangan
ketika solat fardu.

Dari Ibnu Umar bahawa; “Rasulullah SAW tidak meninggalkan solat (sunat) 10 rakaat iaitu 2 rakaat sebelum Zuhur, 2 rakaat sesudahnya Zohor, 2 rakaat selepas Maghrib, 2 rakaatseusai Isyak (juga di rumah) dan 2 rakaat sebelum solat Subuh.” (HR Bukhari-Muslim, Bukhari)
Dari Aisyah r.a., Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang sentiasa (berterusan) mengerjakan solat (sunat) 12 rakaat, Allah SWT akan membina rumah baginya di syurga, iaitu; 4 rakaat sebelum solat Zuhur dan 2 rakaat selepas Zuhur, serta 2 rakaat sesudahMaghrib, 2 rakaat selepas Isyak dan 2 rakaat lagi sebelum solat Subuh.” (Hadis riwayat Turmizi r.a.)


NIAT SOLAT SUNAT RAWATIB=)

Aku menunaikan solat sunat sebelum (Zuhur / Asar / Isyak / Subuh) dua raka’at, kerana Allah Ta’ala.
Aku menunaikan solat sunat selepas (Zuhur / Maghrib / Isyak) dua raka’at,
kerana Allah Ta’ala.
RUJUKAN: SINI dan SINI..

Dulu kat hostel selalu laa buat yang ni..Bila dah duk rumahh dah makin berkurangan..Tapi insyaAllah akan aku cuba untuk istiqamahkan=)

Kita pasti nak yang terbaik kat akhirat kan?Jadi kita mestilah buat yang
terbaikk juga kat dunia ni=)

#Entri ni untuk ingata diri ini juga=)

Jom2 berubah jadi lebih baik:D


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Segmen : Up Followers Bulan June-Julai


NAK JOIN?KLIK BANNER~


TAG : AWAK dan AWAK dan AWAK


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Rutin Pada Waktu Cuti !



6.00 AM: Bangun, Solat, Baca Quran, Makan(benda ringan), Baring2..
Memerapkan diri dalam bilik

8.00 AM: Study Chemistry..Kimia..Chemistry

10.00 AM: Tolong apa yang patut kat rumah..

11.00 AM: Memerapkan diri dalam bilik..

12.00 PM: Tengok MyGirl kat TV..hehehe~

1.00 PM: Makan..Solat..Tengok BERITA kat TV..Kacau adik2 aku~

2.00 PM: Chemistry AGAIN!

4.30PM-6.00 PM: Solat..Main badminton

6.00 PM-9.00PM:Solat..Makan..Bukak buku chemistry jap..
Memerapkan diri dalam bilik..

9.00 PM-12.00PM: Time for FB and Blogger~hohoho~


Yeahh..Rutin ini berjaya dikekalkan dalam 3hari setakat ni..hohoho~
Bukan senang tau!
And why asyik dengan Chemistry..Because I love it=)

Bosan kann rutin ni?Cuti dua minggu ni duk rumah je ke?
Yeahh!!Duk rumahhh jee..Orang rumah dalam rumah aku Kerja maa~


Korang time cuti panjang2 macam ni buat ape?Sama jugakk ke dengan saya?
Ke lagi superb?


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG ADA DI DALAM BLOG INI MILIK FARHANAH ADZLAN KECUALI DINYATAKAN @ 2010-2015