Bagitau Saya Bagaimana Untuk Berjaya?

Tolong bagitau saya bagaimana mau menguasai subjek

physics
>chemistry<
biology
english
mathematics
add math

Macam mana ek kalau cikgu ajar memang tak paham..
serious..dah la chemistry plak tu..
*nasib baek nak jadi doktor..chemist tu xpayah nak amik berat sangat..haha*
Tapi kena gak dapat A+..untuk dapatkan tempat belajar kat luar negara..so chemist pun penting..

Mahu mengejar 9A+ SPM..!!Yeah..!!
So kongsi2kanlah rahsi anda bersama saya..
please..!!terdesak ni..

Terima kasih kepada sesiapa yag sudi berkongsi rahsia anda..!!



Dah Baca? Like dan Comment la =)

Riak Dan Takbur Ada Dalam Diri?

Aku wat post niyh setelah aq menyedari rupernyer aku ader kedua2 sifat tu...

itupun setelah ada orang cakap....haha...
tapi memang aku xsengaja lah nak riak..xde niat pun..kadang2 aku niyh tertaksedar diri plak..hehehe...

Mari kita lihat Apa Itu Riak..??

Perkataan RIAK maksudnya ialah seseorang yang berlagak atau angkuh dalam sesuatu perkara dan dalam sesuatu keadaan. Maka jelaslah disini sifat riak itu tadi ialah salah satu sifat yang memang tidak disukai dan ianya bukanlah menjadi ajaran dalam agama ISLAM. spertimana yang hamba paparkan di bawah ini melalui beberapa sumber yang boleh dipercayai termasuk kitab hadis::

Menurut Rasulullah SAW, ada tiga penyakit yang akan menghancurkan AMALAN seseorang iaitu antaranya ialahtakbur atau sombong(RIAK)

Imam al-Ghazali dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' berkata, takbur akan menjadi batas pemisah antara seseorang dengan kemuliaan akhlak. Orang takbur akan selalu mendustakan kebenaran, menganggap rendah orang lain dan meninggikan dirinya. Sedikit saja di hati ada sikap takbur, maka syurga akan menjauh, AMALAN tidak
mempunyai erti.



Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak akan masuk syurga seseorang yang dalam hatinya ada sikap takbur walaupun sebesar debu.” (Hadis riwayat Muslim)

Riak atau beramal kerana mengharap pujian orang lain. Riak adalah tingkatan terendah daripada AMALAN. Rasulullah SAW menyebutnya syirik kecil yang juga boleh menghapuskan kebaikan
.
Allah tidak akan menerima suatu AMALAN yang dalamnya ada seberat debu saja perasaan riak. Hadis qudsi mengungkapkan bagaimana murkanya Allah kepada orang yang riak dalam amalannya.

Pada hari kiamat Allah berfirman, ketika semua manusia melihat catatan amalannya, “Pergilah kamu semua kepada apa yang kamu jadikan harapan (riak) di dunia. Lihatlah apakah kamu semua memperoleh balasan daripada mereka.” (Hadis riwayat Ahmad dan Baihaqi)


Firman Allah yang bermaksud: “Maka kecelakaanlah bagi orang yang solat (iaitu) orang yang lalai dari solatnya dan orang berbuat riak.” (Surah al-Maa'um, ayat 4 - 6)


Bagaimana nak hilangkan sifat takbur..??
Menurut Iman Ghazali, terdapat beberapa panduan untuk mengelakkan sifat takbur:


1. Apabila berjumpa kanak- kanak, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana kanak- kanak belum dibebani dosa.
_____________________________

2. Apabila berhadapan dengan orang tua pula, anggaplah juga mereka lebih mulia kerana lebihberibadah daripada kita.
________________________________
3. Ketika berjumpa orang alim, anggaplah beliau lebih mulia kerana banyak ilmunya.
_______________________________
4. Apabila berjumpa dengan orang jahil, anggaplah juga mereka lebih mulia kerana berbuat dosa disebabkan kejahilan, sedangkan kita berbuat dosa dalam keadaan kita mengetahuinya.
___________________________
5. Ketika berjumpa orang jahat, jangan anggap kita mulia. Tetapi, katakanlah mungkin orang jahat itu akan bertaubat pada masa tuanya, sedangkan kita belum tahu akhirnya.
________________________________

6. Begitu juga ketika bertemu orang kafir. Katakan,belum tentu dia akan kafir selama- lamanya.
________________________________


Lawan sifat sombong adalah sifat tawadhuk ataurendah diri.
sama-sama muhasabah diri.
semoga mendapat manfaat.
Pesanan ini untuk diri ini juga yg sering terlupa..
apepun terima kasih kpada yg menegur tu...
okeyh..klau ader salah silap..sorry...










Dah Baca? Like dan Comment la =)

Bonggol Itu Haram?


Sangat gembira apabila cikgu disiplin di sekolah aku
dah tak membenarkan lagi memakai tudung tapi bersanggul-sanggul...
Seriously aku sangat tak suka memandang orang yang memakai tudung ni bersanggul..
Seperti di atas..

Ini memang trend orang sekarang..
Dimana-mana boleh dilihat..



Gambar diambil di facebook..
Kempen Menutup Aurat

Hadis Nabi Muhammad yang bermaksud :

Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian.” (Riwayat Muslim).


Kenapa tidak boleh..??

Sanggul tersebut dibuat adalah untuk kecantikkan dan diperlihatkan oleh orang yang bukan mahram, maka ia haram kerana ia menimbulkan fitnah dan menarik perhatian lelaki yang bukan mahram.

Kalau rambut panjang..??

Pastikan rambut yang hendak diikat berada pada paras paling bawah.
Gunakan getah rambut yg kecil. Getah rambut yang besar kemungkinan akan menampakn bonggol apabila memakai tudung nanti.
Jangan gunakan penyepit rambut,ini akn menyebabkan bonggol besar nampak.
Jangan ikat rambut pada paras yang tinggi kerana akan menyebabkan sanggul tinggi itu akan terbentuk.

p/s:ada yang memakai tudung tapi ada kekurangannya..

Ini untuk peringatan diri sendiri yang selalu alpa..
juga kawan-kawan saya yang kadang2 tersilap..
dan juga untuk orang yang membaca entry ini..

Moga Allah sentiasa memberi kita peluang untuk menjadi yang lebih baik..
dan diberi hidayah untuk membetulkan diri..


p/s: tadi ada usha blog orang..best giler blog die..
tapi yang menjadikan aku tak jadi folow blog die..die ada lagu yang tak boleh nak distopkan..so sorry..^_^

Dah Baca? Like dan Comment la =)

Perut Gajah Telan Semua Benda


Makan..Makan..Makan...
Tak ingat dunia..Itulah aku...haha..
Hisan saja yer..!!

Setelah bermuhasabah diri..
Aku telah makan TERSANGAT banyak pada semalam...
Serious tak sengaja..tanpa disedari..

Dari jam 2.00pm-5.00pm

Balik dari sekolah..makan nasi yang dimasak oleh mak aku..
Disebabkan sedap..aku pun tambah la..
dua kali..hehe..

Pastu gi shopping complex...
Makan roti canai..2 keping...




Disebabkan adik aku tak habis makan mee gorengnyer..
maka aku la tukang habiskannyerr..





Then..beli chocolate waffles..


Balik rumah plak..makan Cadburry Chocettes..



Bila malam..nak buat roti bakar...
Baru terfikir..yang siang tadi dah makan banyak giler...

Orang sepatutnyer berhenti sebelum kenyang..
Aku ni plak..
Dah kenyang tiada henti nak makan...haha..





Tak tau kenapa aku makan banyak tanpa aku sedari...
Tapi yang peliknyer..aku tak rasa kenyang langsung...huhu...


Lepasni kena berwaspada nak makan..
Tu lah malas nak belajar..
*tapi perut saya masih lagi tidak seperti perut gajah ye*


So konklusinyer..
Berhenti sebelum kenyang..
kerana ia baik untuk kesihatan..
dan Allah tidak suka berlebih-lebihan...


>untuk peringatan diri sendiri dan orang lain<


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Pabila Mulut Murai Ada Di Dalam Kelas~

Bercakap..Bercakap..Bercakap...
Adoii..!!Frust otak aku..macam nak hentak jerr kepala otak aku ni..


Dari awal cikgu mengajar sampai tamat waktu pun masih bercakap..
Yang tidak aku fahamnyer...Dah pandai sangat ke sampai dah tak nak dengar apa yang cikgu ajarkan..??


Korang SANGAT-SANGAT menganggu aq nak concentrate apa yang
cikgu sedang ajar...
Dah bagi isyarat dah yang korang tu MEMEKAK...
tapi tak paham la..plak...

Dalam sehari tu ada empat orang cikgu dah cakap yang korang tu asyik bercakap jerr...
Tapi bukan nak berhenti..tapi sambung balik la plak...

Pastu boleh plak korang cakap...
"Kitaorang dah punya fokus dah cikgu ajar tu...Tiba2 cikgu cakap kitaorang berborak plak......."

Perghh...!!Boleh plak korang cakap camtu ek..
Takkan la..cikgu tu buta..sampai tidak boleh nampak mana mulut yang sedang terbuka...
dan yang tertutup...


Walaupun korang dapat keputusan yang cemerlang semasa PMR..
Tidak semestinya akan cemerlang juga dalam SPM...
Lagi korang amik Sains Tulen...
Pikir dengan buka mulut korang tu dah boleh dapat A+ ke..??

Adakah boleh dapat A+ dengan setiap kali duduk belakang sekali
di dalam kelas dan juga di dalam makmal..??
Adakah boleh dapat A+ dengan setiap kali cikgu mengajar..korang bercakap..??
Adakah boleh dapat A+ dengan anda skip kelas tu atau pun ponteng kelas..??

RENUNG+FIKIR+HAYATI+SELAMI+FAHAMI=AMALKAN..!!!!!



Dah Baca? Like dan Comment la =)

Belajar Menghargai Orang Lain!


SAMSMEL..Disitulah aku belajar pelbagai benda selama tiga tahun...
Perkara yang aku tidak ketahui itu juga diketahui di sekolah itu..
Termasuk rakan-rakan ku yang sring menasihati aku ketika aku melakukan kesilapan..

Kini semua dah Tingkatan 4...
Semua kawan2 aku dah berjaya lalu meninggalkan sekolah itu...
(termasuklah aku)

Semua sudah mempunyai haluan masing-masing...
KISAS, SAMBEST, SAMBBST, SBP, MRSM dan lain-lain...

hiasan..

Aku pun memilih haluan aku sendiri iaitu ke SMK memandangkan keputusan PMR ke tidak secemerlang mereka..

Tinggal mimpi sajalah..!!


Makin hari semua dah tinggalkan aku di sekolah tersebut bersendirian...
Aku tidak kisah sekolah dimana, kerana di mana sekolah yang aku pijak itu di situlah tempat aku belajar...

Disebabkan aku ke SMK..maka banyaklah dugaan disana..
Kadang-kadang aku terlupa perkara itu salah..
kerana terikut-ikut dengan budaya di sana...
kena sedar sendirilah diri sendiri tu bersalah...

Maka tika itulah aku akan teringatkan kawan2 aku..
Dulu pasti ada kawan2ku akan tegur..
Sekarang tiada orang yang menegur aku lagi...

Kalau aku nak beli megi...sebulan sebelum pmr pasti ada orang yang menghalang...


Terlipat lengan baju..pasti ada orang yang akan menarik lengan baju aku tu agar tidak terlipat...
Kadang-kadang terasa sangat sangat tertekan sebab tidak memahami sesuatu subjek terutamanya Mathematics...
pasti ada orang yang menenangkan dan ajarkan...


Dan lain-lain..


Semua perkara itu aku rindui di SAMSMEL dulu..
Aku berharap di sekolah baru ni adalahlah orang yang sering mengingatkan aku kepada kebenaran..
hiasan...

Kesimpulannya...Terdapat sesetengah orang tu tidak dapat menerima nasihat rakannya dan kadang-kadang ia menyebabkan pergaduhan
*kadang2 saya pun sama..hehe*

Jadi hargailah nasihat dan rakan anda sebelum dia sudah tiada disebelah
anda untuk menegur anda..
Ada dua jenis kawan disini..kawan kita yang mengajak kita ke syurga..
dan kawan yang menarik kita ke neraka..

Pandai-pandailah pilih kawan yang baik untuk diri sendiri agar
tidak terpesong..


Jalan lurus..!!
Post kali ini terlebih panjang la..plak...haha..
Ambil pengajaran...^_^




Dah Baca? Like dan Comment la =)

Jom Study =)


Tertarik pada kata-kata ini...


Belajar susah, kerja senang jika belajar senang maknanya susah lah nak dapatkan pekerjaan.






Kata-kata itu membuatkan aku baru teringatkan homework yang belum disentuh lagi...


Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ketepian,
Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian...




Dah Baca? Like dan Comment la =)

Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Imsomnia?

Adakah aku imsomnia..??
Owh..aku merasakan tidak kowt..hehe..
Aku pernah mencari tentang imsomnia ni pada ketika dahulu..
dan terjumpa file tersebut dalam komputer..haha..


Apa itu insomnia?

Ia merupakan sejenis gangguan tidur di mana kualiti tidur seseorang terjejas atau menghadapi masalah tidur.
Tahap insomnia
* Ringan - Berlaku dalam tempoh beberapa hari, fungsi harian hanya sedikit atau langsung tidak terjejas.
* Sederhana - Ia berlanjutan kurang dari sebulan, menjejaskan fungsi harian, disertai rasa letih dan mudah tersinggung.
* Kronik - Masalah sukar tidur yang berlanjutan lebih sebulan, sekali gus menjejaskan fungsi harian. Individu terbabit akan berasa gelisah, mudah tersinggung, letih dan bimbang.


Saya seperti yg dibold kan itu..
Bila akan berlaku saya berjaga malam..??

Tika bercuti panjang..haha..
Dari pukul 12 sampai 4 pagi..Jangan harap aku akan tidur..haha..

Buat ape..??

Online Facebook..
Hiasan..


Maen game...


Usha blog orang



Dan lain-lain..

Tapi kena ingat...!!
Saya bangun awal..Tidak seperti apa yg anda sedang fikirkan...
Tidur saya tetap juga cukup 7 jam sehari..
Pandai2 cari time untuk cukupkannya..haha.hehe..






Dah Baca? Like dan Comment la =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG ADA DI DALAM BLOG INI MILIK FARHANAH ADZLAN KECUALI DINYATAKAN @ 2010-2015