Kek Batik Yang Keras Lebih Keras Dari Batu =P

Bismillahirrahmanirrahim :)


Ingat tak entri lepas yang aku nak buat kek batik tu?Kalau tak usha lagi TEKAN SINI. Maka aku tekadkan hati aku bulatkan pendirian aku untuk buat kek batik tu sorang2. Sebab selama kalau apa2 jenis masakan first time aku buat mesti ada orang ajarkan.huhu. Sekarang ni gantung kat gugel je. Kalau salah bedukk je-,-

So seperti tajuk tu yang korang nampak begitulah jadinya kek batik aku yang dibuat 2hari lepas-,-Memang nak makan 'bendaalah' tu sampai tercabut pisau dari pemegangnya bengok sudu. hahaha.

Gambar atas  si RURU*sukatijepanggilnamadiecamtu=P* buat. Bawah yang 'lawa' tu taktau sape yang buat-,-Macam tak senonoh anak dara makan dalam bekas tu teruskan taapi nak buat camne die taknak keluar dari situ.hahaha.
*sengaja kecikkan die punya jeles=P*

Tapi demi tak membazir kan tak elok bazir amalan syaitan jadi aku cuba untuk menghabiskan satu loyang tu. Tapi apakan daya kekerasan tu membuatkanku fedap nak habiskan.Buang tenaga nak cungkil 'bendaalah' tu-,-

So nak sedapkan hati jugak aku masak laa untuk lunch nasib baik menjadi=P Walaupun simple jee tapi puas hati hahaha.

Then harini alhamdulillah dapat Kek lapis I think but nama kat packet tu kek batik dari Sarawak from Mulawa Fashion. FREEE! Sekali dengan tudung and tupperware tu kaler oren*feveretkaler*. Seriusly thankyousomuch :)
Naktau MULAWA FASHION tu ape?TERJAH SINI dan TEKAN SINI :)

Walauapapun berlaku jadi ke tak masakan aku, aku tak kisahh :) Serik tak nak buat lagi?Tengok dulu lepasni kena ada teman hahaha.

Ini muka tak kisah aku=P I'm the black one hahaha. This is my face after two month ternak kat rumah=P


NOTA KAT BAWAH: Masak untuk lunch/dinner for family cuma sekali seminggu je sebab idea takde nak masak hari2-,-



Dah Baca? Like dan Comment la =)

Allah Lindungi Kita :)

Bismillahirrahmanirrahim :)



Jumaat lepas balik rumah macam biasa naik bas rapid tapi kalini bas rapid tu penuh dan mampat lebih mampat dari tin sardin. Sebelum naik tu dah pikir nak baik taknak naik. Kalau tak naik nanti balik rumah lambat pulak Kalau naik penuh dengan para PATI dan para budak sekolah-,-
Last2 naikjelahh kan sebab malas nak tunggu bas lain.



Tapi bila masuk tu makaih kirikanandepanbelakang laki. Nak angkat tangan pon tak boleh. Yang tak bestnye bila bus tu stop tiba2 mulalah terlanggar bahu laahh apelahh.

Part yang gile ialah bila ada seorang laki maybe PATI kot dok nak cakap2 dengan aku Lepastu sengih2 tiba2. Dahlahh aku tak paham apa yang dia cakap. Lepastu bila aku tak layan sengaja lahh buat nak text orang die boleh gi usha aku dekat2 kat bahu aku. Memang nak kena tumbuk dengan aku lahh.
So aku cakaplahh. Dah mula speaking terabur.
Me: Please dont disturb me!
Him: I like Malaysia girl

Hah! Bila dia cakap macamtu terus muka aku dah pucat. Dalam hati 'Ya Allah Lindungilahh aku dari 'bencana alam' ini. 'Then Alhamdulillah ada aunty Indian tanya aku 'Adik kenal ke die ni?' Aku pun geleng Then dia terus tarik tangan aku supaya aku ke belakang kat belakang dia

Then die tepuk bahu aku. Wahh terasa dilindungi kott. Tapi aku lebih terasa Allah sedang lindungi aku:)

Memang lepastu until now aku doakan aunty tu diberi keselamatan dan kesihatan yang baik sepanjang hidup dia disamping diberikan hidayah =) Walaupun berlainan agama berlainan bangsa dia memahami aku dan beri bantuan. 1 Malaysia kan-,-


Alhamdulillah sepanjang aku keluar gi sana gi sinun aku menetapkan keyakinan aku bahawa Allah akan lindungi aku jika aku pergi ke tempat yang betul dan dari tempat yang betul :)

Pengajaran die: Yang pempuan kalau boleh elakkan dari naik bas yang dah penuh macam tin sardin kerana peratus untuk berlaku 'bencana alam' ialah tinggi.


NOTA KAT BAWAH: Tajuk ringkas citer panjang-,-


Dah Baca? Like dan Comment la =)

BerMasalah ke Domain .MY ?

Bismillahirrahmanirrahim :)



Sejak kebelakangan aku memey rajin singgah blog orang and comment blog orang. Tapi kekadang mood itu boleh terhapus bila asyik2 tak dapat nak masuk blog seseorang tu secara terus. I mean seperti gambar bawah ni.



Yang jadi macamni biasanya blog yang domainya .MY . Tekan cached copy tu baru boleh masuk. Tapi ada sesetengan blog tak dapat masuk langsung-.-
Apa2jelahh hehehe

Penyelesaian bagi poblem ni ada kat SINI.

Other story pulak, sekarang ni tetiba teringin nak makan kek Batik LOL. Dah kawan sibuk pi post gambar kek tu kat aku then buat aku terliur bila tengok orang lain buat lagilahh. Walaweyy sedapp tau kek batik tu Last makan last year=(

Nak buat sendiri tapi takut tak jadi. Bazir jee nanti-,-Tapi kalini dah tekad dalam hati esok jugak nak pi buat kek batik tu YEAHHHH! Biaq pi laa sedap ke tak melantak je bedukk jee lahh hahaha
Gambar ni dicurik kat SINI.


Menaip entri sambil terliur membayangkan kesedapan dan rupa paras kek batik tu hohoho. Belum lagi gambar yg sengaja di MMS kan kat phone aku-,-

Arghh semua ini membuatkanku tertekan sebab untuk mendapatkannya kena buat sendiri-,-

Dah Baca? Like dan Comment la =)

Hari-Hari Terakhir Siti Hajar | Pelajar UTEM Meninggal Dunia

Bismillahirrahmanirrahim :)


Terbaca satu share post dari kawan aku kat Facebook tentang Siti Hajar ni. Serius walaupun panjang tapi ia tetap menarik perhatian aku untuk membacanya. Banyak pengajaran yang kita dapat dari membaca kisah Siti Hajar ni tentang kebesaran Allah dan kekuasaan Allah :)
Maybe ada yang dah tau kan-,-


Ceritanya dipendekkan. Siti Hajar yang kemalangan bersama 3 orang rakannya. Tapi hanya Siti Hajar yang parah. Bawah ni antara saat2 yang dilalui Siti Hajar ketika sakit.

Pesannya, dia tidak mahu apa-apa rawatan yang menggunakan perantaraan jin dan hanya mahukan perubatan Islam. Dia rela lumpuh seumur hidup atau sanggup mati, asalkan tidak mensyirikkan Allah.
Secara tiba2 dia sendawa berkali kali. Dan setiap kali angin sendawa itu keluar, terasa hidung yg tersumbat tidak tersumbat lagi dan dia boleh bernafas dgn selesa. Kemudian, dia terasa mukanya dipercikkan air 3 kali. Air yang sgt sejuk dan selesa. Dia yang sedang demam panas dan terasa muka berbahang, tetiba rasa sangat selesa dan demam mula menurun.SUBHANALLAH.
Bila dia sebut teringin makan pisang…tetiba ada saja tetamu yang bawakan. Dia duduk tapi kepalanya agak senget - masih tak boleh kawal gerakan kepala. Spontan dia kata, “Kalau ade bantal kecil, boleh letak kat leher”  lalu Allah perkenankan hajatnya. Bantal yang diidamkan dibawa oleh sahabat yang prihatin pada hari yang sama hajatnya diutarakan. (KUN FAYAKUN)
Tanpa gentar, dia menelan ubat pahit tu dan tinggalkan sedikit untuk saya. Nekad untuk menyampaikan dakwah, saya telan baki ubat itu. Memang pahit. Dan bila air zam zam diminum, rasa pahit itu hilang tak berbekas. Seperti lumpur di lantai yang tertanggal semuanya bila air disiram kepadanya.
Menjelang maghrib, dia suruh ayahnya solat. Kemudian saya pula disuruh solat. Saya katakan, “nanti siapa nak tolong bersihkan muntah? Mak solat lewat sikitlah…Dia jawab  “Allah ada, Allah boleh bantu akak.” Terkedu. Saya pun tinggalkn dia untuk solat. Ayahnya pula pergi menjemput adiknya di Malacca Central. Selesai solat, saya dapati nurse sedang membersihkan Hajar. Bajunya yg terkena muntah digantikan. Kemudian dia kata, “Haa..kan betul akak cakap, Allah ada bantu akak. Mak pergi je, akak muntah, tapi nurse yg sedang rawat makcik kat sebelah tu ternampak akak muntah dan dia datang bantu.
Kami tanya lagi. “ susah ke rasanya nak muntah tu tadi?” Jawabnya, “Taklah, senang je, Allah tolong.” “Tolong macamana?” tambahnya “Dah badan akak tak boleh keluarkan air2 kotor tu dgn cara biasa, Allah tolong keluarkan melalui muntah. Tak susah pun, rasa macam meludah je” MASYA ALLAH. Hajar sentiasa kaitkan apa saja yang dialaminya dengan Allah. Sentiasa berbaik sangka  Allah menolongnya.
Sempat juga Siti Hajar pesan ka adik2 die:

Untuk adik2nya, dipesankan agar ubah penampilan berpakaian. Untuk rakan2, dia minta maaf dan memberikan kemaafannya kepada mereka. Adik2 dipujuk agar pakai jubah2 dan tudung dia yang banyak.

Baca penuh DISINI.


Allah bertindak mengikut sangkaan hamba terhadapNYA. Jika kita yakin Allah menolong kita, maka Allah akan tolong :) Setiap apa yang kita lalui kat dunia ni perlulah kita bergantung hanya pada Allah
Bukan pada pakwe kita or sesiapa-,-Ingatan untuk diri sendiri juga.

AlFatihah. Moga2 Al-marhumah Siti Hajar ditempatkan bersama2 orang yang beriman :)



Dah Baca? Like dan Comment la =)

Cerekarama Anak Sampah TV3 | Aeril Zafril

Bismillahirrahmanirrahim :)



Tengok telemovie ni sebab ada Aeril Zafril je Ceyyy hahaha.
Ehh lupa Afiq Muiz dengan Erin Malik pun ada-,- 


Pengajaran yang dapat dari tak mungkin seorang ibu akan membuang anaknya tapi yang selalu terjadi anak yang membuang anaknya huhu.

Yang buang anak tu ape citer kan?Itu yang hati gelap hati dah konkrit sebab hati jadi gelap bila dah buat dosa besar. huhu.

Nama Sufian masa kecik tuu lupa pulakk nak usha hahaha. Tapi sadis gile bila dah kena dera camtu huhu.

Mak angkat die yang dera tu nampak macam lain dulu kat Vanilla Coklat baik giler ni jadi jahat gile hahaha.


Search gambar anak sampah jumpa gambar atas ni. 'Anak Kucing' yang dibuang dalam tong sampah. Kesian-,-


Firman Allah, Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua ibu bapanya. Ibunya mengandungkannya dengan susah payah dan melahirkannya dengan susah payah pula.. (al-Ahqaf : 15 )

Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”
-Riwayat al-Hakim-

Moga2 kita dapat jadi anak yang soleh dan solehah :)


p/s:Macamana agaknya bile kita ter-bercinta dengan abang sendiri tapi kita baru tau yg tu abang kita-,-


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Karnival Pengajian Tinggi Negara | Jom Masuk U 2013

Bismillahirrahmanirrahim :)


Ahad ni 27 Januari 2013 nak pergi Karnival IPTA kat UM. Terasa ke-excited-kan die sebab tak sabar2 nak masuk U bagai. Ceyyy


Then2 nak pergi tapi ngakk tau jalan pulak dehh. So punyalah susah payah aku dengan kawan2 aku cari arah kat internet last2 Alhamdulillah jumpa.
Naik dari stesen KTM UKM ke Universiti Malaya.

Tengok kat SINI.

Takut sesat bagai pulak dah nanti kan?Cari awal2 hahaha. Semangat tahap tenuk nak pergi Ahad ni hahaha.

Semoga Allah permudahkan aku dan kawan2 aku untuk masuk ke IPTA :)

Yang dah masuk U tu untunglahhh kan*tangankatbahu*..Disini*sayalahtu* belum tentu lagi dapat masuk U. Mesti best kan kehidupan kat U?



Dah Baca? Like dan Comment la =)

Titik-Titik Penghijrahan Diana Amir

Bismillahirrahmanirrahim :)



Time tengok Bicara Selebriti 6 yang kat Kelantan tu kat Youtube lalu terjumpa laa video ini. Disebabkan aku memey suka tengok muka Diana Amir tak tau kenapa maka aku tepekklahh kat blog ni. hee*sengih*



Tengok yee video ni :) Tak tau kenapa suka bebeno tengok muka dia ni hahaha. Tertarik kat part die kata dulu kalau ada masalah mengadu kat BFF Tapi sekarang Kalau ada masalah mengadu kat Allah hati jadi lebih tenang.


Korang lebih suka Heliza Helmi kah Diana Amir kah?


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Segmen Tambah Follower!! ~~KasihLestariAbadi~~

Bismillahirrahmanirrahim :)


NAK JOIN?KLIK BANNER ATAS NI :)


FOLLOWER TERKINI: 

Jom join beramai2 :)


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Tak Nak Pakai Tudung Kalau Tak Ikhlas | Pandangan Ustaz Azhar Idrus

Bismillahirrahmanirrahim :)

Soalan:
Ustaz, saya ni TAK BERTUDUNG. Ada orang tanya, bila nak pakai tudung? Saya kata saya tak nak pakai kalau TAK IKHLAS. Apa pandangan ustaz?

Ustaz Azhar Idrus:
Bertudunglah walau TERPAKSA. Solatlah walau TERPAKSA. Puasalah walau TERPAKSA. Kerana kewajipan itu memang kadangkala sifatnya terpaksa.

Dari keterpaksaan itu, perlahan2 kita akan menemukan hikmah dan akhirnya hati kita menjadi ikhlas keranaNya.

Kalau nak tunggu ikhlas, sampai bila nak tunggu baru nak beribadah?

Hidayah perlu dicari, bukan tunggu.

Macam makanan, kalau tak suap, ia tak masuk ke dalam mulut.





Teringat drama Adam Hawa.Tertarik perubahan Ain Hawani dari tidak bertudung, lepastu berselendang macam Siti Nurhaliza dulu then baru pakai tudung sepenuhnya :) Bagi aku itu lebih baik dari tak buat langsung. Walaupun drama je tapi itu contoh terbaik untuk berubah :)

Akak seniorku pernah cakap kalau nak berubah jangan berubah drastik terus dari freehair ke terus bertudung terus sebab biasanya cara begitu tak istiqamah.Berubah perlahan2 asalkan harini lebih baik dari semalam :)
 
Terjah entri Apa Gunanya Solat Itu Kalau Ada Unsur Paksaan!

NOTA DI BAWAH: Rindu suasana sekolah. Duk rumah ni kerja ternak lemak kehormat di rumah sendirian berhad.
Like Fanpage USTAZ AZHAR IDRUS.

Dah Baca? Like dan Comment la =)

Cerekarama Cinta Gila TV3 | Aidil Aziz & Diana Amir

Bismillahirrahmanirrahim :)


Disebabkan Telemovie tadi best kat TV3 tadi jadi harini update dua entri sekaligus. hahaha :) Entri First-TakNak Pakai Tudung Kalau Tak Ikhlas | Pandangan Ustaz Azhar Idrus.
Siap jadi Trending kat twitter maknernyer best lahh tu hahaha :) Suka tengok sebab ada Diana Amir. Sedap mata memandang walau ditengok berkali2 :)



Telemovie lakonan Aidil Aziz, Diana Amir, Adam Shahz, Zalfie Raoul, Aznah Hamid dan Dato’ Tarmimi Siregar citer pasal anak bujang iaitu Zaman yang tak kahwin2 walaupun umur dah 35 tahun. Bapak die banyak reject calon2 pilihan zaman sebab tak menepati kriteria yang dikehendaki.
Sampailah terjumpa Dr Humairah lakonan Diana Amir. Sanggup jadi gila sebab nak ngorat Dr Humaira hahaha.Part lawak time Gangnam Style tu :)



Setakat ini jee lah nak story2 bagai jarang tengok tv kat rumah walaupun kerja part time sekarang ialah Ternak Lemak kat rumah. And2 lagi satu drama yang aku tengok Setia Hujung Nyawa :) hehehe.

Sebenarnye sekarang tengah jeles kawan kelas BBQ. Aku takdapat join huhuhu. Sedih tahap tenukk dahh ni. Dah laa rindu kat korang=P



Dah Baca? Like dan Comment la =)

WW#17 Tak Solat Tak Berakal

Bismillahirrahmanirrahim :)




#IngatanUntukDiriSendiri#


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Cuci Mata Kat Mulawa Fashion

Bismillahirrahmanirrahim :)


Sekarang ni kan banyak online shopping kat dunia ni and selama ni pun kerja aku duk usha je online shopping ni setakat untuk cuci mata. Nak beli?Paham2 jee lah hahaha.

Dalam banyak2 online shopping yang ada sekarang ni ada satu yang sentiasa menarik perhatian aku dan membuatkan aku tertunggu2 update terbaru mereka..Cewaahh. Online shopping tu iala MULAWA FASHION!


Gambar kat ni yang sebelah kiri Mulawa Shawl 2 Layer and sebelah kanan Mulawa Shawl Mill. Serius bagi aku lawa sangat. Ikutkan hati aku borong habis shawl2 ni. hahaha.

Selain shawl ada jugak tudung bawal. Aku jenis layan dua2.Shawl layan Tudung Bawal pon layan :) Yang sebelah kiri tu Mulawa Bawal-Sulam Melati and sebelah kanan pulak Mulawa Bawal-Polkadot Sulam. Lawa kan?

Tengok Gambar atas ni! Ainan Tasneem pon pakai tudung ni. Jadi itu maknernyer tudung ni diminati ramai :)

Mulawa Fashion ni pun dah masuk Majalah. Kat page Mulawa Fashion pon ada tutorial untuk menggayakan tudung bawal/shawl. Step by step lagi :)

Akan datang Mulawa Fashion akan memperkenalkan tudung bawal bidang 55 :) So nantikan ye :) Eh yang kat atas ni baru beberapa je jenis tudung. Kat Mulawa Fashion ada pelbagai jenis tudung bawal yang menarik :) Harga pon berpatutan ape ^^






NOTA DI BAWAH: Share laa juga online shopping or blogshop yang korang suka kat sini :) Selain Zalora tu bagi aku tak best hehehe.


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Hukum Makan Makanan Syubhah / Ragu Status Halalnya

Bismillahirrahmanirrahim :)


Harinikan kita nak cakap topik makanan*sengih* Ceyh. Ok start. Makanan syubhah tu ialah makanan yang diragui status Halalnya. Dalam hati terdetik Eh makanan tu halal ke tidak.


Sekarang ni kan banyak produk2 kat Malaysia ada yang mengatakan itu Halal suci dan bersih lagi segar untuk dimakan. Ada jugak yang kata Ehh makanan tu HARAM laa ada unsur2 haram dalam tu.

So for me laa kalau terjadi hal itu maka aku tidak akan makan lagi makanan tu selagi tak tahu status Halalnya dari Pihak yang Sebenarnya. Bukan dari mulut2 orang or dari status2 kat FB ke Twitter ke hape.

“ Daripada Abdullah bin An-Nukman bin Basyir r.a katanya "Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya yang halal itu telah nyata (jelas hukumnya) dan yang haram itu juga telah nyata (jelas hukumnya) dan di antara kedua-duanya (halal dan haram itu) terdapat perkara perkara syubhah (yang tidak jelas akan kehalalan dan keharamannya) yang tidak diketahui oleh ramai manusia, maka barangsiapa yang memelihara dirinya dari perkara-perkara yang syubhah itu samalah seperti orang yang telah melindungi agamanya dan kehormatannya, barangsiapa yang terjatuh ke dalam perkara-perkara yang syubhah maka sesungguhnya ia telah terjatuh ke dalam perkara-perkara yang haram....
(HR BUKHARI MUSLIM)

Sama jugak bila pergi restoran mana2 ke If kita ragu2 tukang masak dia Islam ke tak Ayam die sembelih ke tak Just Leave It. Takpayah nak duk argue dengan kawan sendiri pasal restoran tu.

Ustazah saya pernah cakap Kalau orang tu tak tutup auratnya Then dia masak Then kita makan Itu boleh menyebabkan hati kita gelap. Kalau hati kita gelap itulah yang terjadinya payahnya nak solat Quran jarang dibaca dll. Then apatah lagi makanan yang diragukan status Halalnya.

So konklusinya Elakkan makan syubhah untuk mengelakkan hati kita jadi gelap and makanan yang menjadi darah daging kita tu akan mempengaruhi setiap tindak tanduk kita.

Kisah pasal Restoran DISINI!

Ok DONE! Nak bagi makan kucing dah sibuk Mengiaww macam tak makan setahun. Haishh!


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Nama Kucing Meyonis dan Planta?

Bismillahirrahmanirrahim :)

Tahun lepas pindah rumah and after dua hari pindah ada dua ketul kucing datang rumah aku. Disebabkan aku ni baik*lahhsangat* tahap tenuk aku terus pergi kedai beli makanan kucing. Then terus kucing tu stay rumah aku until now. Bersesuaian kehendak ayah yang nak kucing jantan dua ekor last2 dapat free je entah kucing sape ntah bedall je hahaha.

Tapi kucing aku tu ada pelbagai nama sampai mak aku marah sebab takut kucing tu kecelaruan identiti.hahaha

Ayah panggil TOM, Adik panggil PUTIH, Abang panggil KUCING, Angah panggil HITAM, and aku panggil MEYONIS.Nama singkatan MEYO. HAHAHAHA!

Nama kucing ni OREN,PLANTA DLL*banyaksangatnamadietakingat*

Kegemaran aku sebelum tido ialah memastikan kucing ni tidur dalam rumah, main kejar2 lepastu tengok kucing2 aku tidur and lastly usap kepala dia baru aku masuk tidur. hahaha.

Aku tak risau pasal berak kencing die sebab kawasan rumah ni luas tanah luas tak macam rumah dulu semua dah diTAR kan hahaha. So angah aku dah warning dorang 'Nak berak Pi jauh sana Kalau tak aku tanam kau hidup2' hahaha.Sengal je. 

Story kucingku dulu KAT SINI.


Dahlama tak bela kucing lepastu dah dapat tu yang letak nama pelik2 hahaha. Korang ada bela apa2 haiwan tak kat rumah?Kucing ada?Berapa ekor?


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Sayangi Aset Tersayang Anda Sebelum Terlambat!

Bismillahirahmanirrahim :)


Hari Ahad/6.01.2013 lepas kan aku ditimpa musibah yang melibatkan luka di muka dan tangan. Siapa boleh teka musibah ape?hahaha.


Tapi Alhamdulillah masih dipanjangkan umur. Cuma tu laa parut kat muka tu laa yang tak boleh blahh. Time muka berparutlahh nak amik gambar visa laa gambar pasportlah. Wathefish-,-


Tapi yang lagi perit ialah makan ubat pil dan kapsul. Ya Allah hanya Allah sahaja yang paham aku! Yang lain duk sibuk 'Pehal kau ni ngade sangat makan ubat pun payah!'. Ehh Hello panadol pon aku tak pernah telan sehingga kini! Bila nak makan ubat mesti ada scene aku telan ubat keluar balik sampai kali ketiga camtu baru dapat telan air tumpah satu botol air habis tu biasa-,-
Die suruh makan 3 kali sehari. Tapi gile hape?Makan sebijik macam separuh mati! Aku bedal je makan sekali je sehari hahahaha


Yang ni kat wrist. Petang tadi kawan aku yang sapu ubat luka yang aku gelarkan ubat kunyit aka Iodine kat tangan aku and die yang tampalkan bandage tu. Sehweet tak?hahaha

And2 one more thing disebabkan kena berpantang itu ini macamlepasbersalin dah lima hari just makan bubur kosong+fishcake.Sadis tak? Aku yang suka makan banyak tiba2 kena pantang itu ini.
Tapi aku think positip disebabkan itulah aku makan cuma sekali je sehari and2 maybe dapat turunkan berat badan aku ke.hahaha



Last but not least pengajaran disini ialah Sayangi aset tersayang anda iaitu MUKA!Jangan sampai dah berparut baru nak menyesal macam aku ni-,-

#Lepasni kena pikir pulak camner nak hilangkan parut.Huh!


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Terkedek-Kedek Bawak Motor =P

Bismillahirrahmanirrahim :)


Tadi ada bawak motor kejap. Yelahh kan lepas ni nak amik lesen motor. So nak tak nak kena tru bawak jugak. Actually dah pernah bawak tapi tu 4 tahun yang lepas itupunsekali je dan berapa meter je. hahaha.

Last2 tadi ibu cakap : "Nanti memang ada yang nak ajar.Kalau laki ajar takkan die nak duk belakang kot."

Gear 1 pun tak lepas tapi tadi bawak Gear 2. Mulalah segala kegedikan tahap tenuk dah keluar sampai kena marah dengan adik sendiri-.-

But before this aku ada ajar adik laki aku naik motor sampai die dah hampir nak expert dah sekarang ni. Tapi bila difikirkan balik aku ni seperti parents ketam yang mengajak anaknya berjalan.hahaha=P Sebab aku sendiri pon tak gheti nak bawak hahahahaha.


So after this hope sangat dapatlahh bawak motor dengan jayanya before kena test bawak motor nanti hahahaha~



Dah Baca? Like dan Comment la =)

Buku Baru Tahun 2013 - Moga Jadi Lebih Baik

Bismillahirrahmanirrahim :)


Alhamdullilah masih diberi kesempatan hidup lagi sehingga harini dengan nikmat Iman dan Islam InsyaAllah :)

Sekarang ni selain ternak lemak kat rumah sibuk layan kucing2 aku yang gila, nak khatamkan buku KPP bagai tu demi nak lulus ujian, and2 hobi terbaru baru nak layan drama Adam Dan Hawa Tengok Online jee-,-

And now dalam tahun 2013 aku mempunyai MATLAMAT YANG JELAS berbanding tahun lepas cuma samar2 dan tak berapa nak matang-,- LOL
 InsyaAllah. Lima perkara ni akan diusahakan pada tahun ini InsyaAllah :)


Yang pasti tahun 2013 takkan jadi macam 2012.Walaupun tahun lepas ialah tahun SPM aku tapi macam hareemm je-,-
InsyaAllah tahun ni nak lebih dekat dengan Allah :) Bukan tahun lepas jauh dengan Allah tapi manusia kan?Lebih tertarik kepada yang kelalaian :)
Moga2 tahun ni jadi yang lebih baik daripada tahun lepas.Aminn^^
Doakan yang terbaik untuk diri ini ye :)
Ehh korang pasti ada matlamat or azam yang utama tu kan?Ape die? 
Share2 la. Kahwin kah?hahaha.


Dah Baca? Like dan Comment la =)

CONTEST ' NAK SKIRT DARI NORZI BEAUTILICIOUS HOUSE

Bismillahirrahmanirrahim :)

Nak join?Klik Banner :)

Tarikh tutup  : 25 Jan 2013; 12 malam
Keputusan    : 28 Jan 2013

Follow blog Norzi Beautilicious House yang ke 575 :)
Liker yang ke 18,823 :)

Tag : AWAK dan AWAK..

Dah Baca? Like dan Comment la =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG ADA DI DALAM BLOG INI MILIK FARHANAH ADZLAN KECUALI DINYATAKAN @ 2010-2015