FarhanahAdzlan06Blogspot

NOTA PENTING

Maaf kalau kali kedua korang singgah blog ni masih ada entri yang sama..Disebabkan tahun ini adalah tahun SPM saya jadi masa untuk blog tu dah dikurangkan..Nanti korang bacalah entri yang lama2 tu ye=)

Cerekarama Peluang Kedua TV3


Sinopsis Peluang Kedua:

Pada awal perkahwinan, Marina mengambil keputusan untuk berhenti kerja demi memberi perhatian penuh kepada rumah tangga, anak dan suami. Setiap hari dia sibuk menguruskan tiga anaknya, NabilL (14 tahun), Lisa (13 tahun) dan Adio (6 tahun) sambil memastikan rumah sentiasa bersih dan cukup makan minum. Marina sukakan peranannya sebagai suri rumah, tetapi lama kelamaan dia merasakan dirinya tidak dihargai. Perasaan itu bertambah teruk dalam keadaan emosinya yang tidak menentu kerana sedang mengandung dan menunggu hari untuk bersalin.

Suaminya, Halim adalah seorang arkitek yang berjaya tetapi apabila tiba soal menjaga anak dan menguruskan rumah tangga, dia seperti suami yang tradisional, hanya tahu melepaskan segala-galanya ke bahu isteri. Halim juga selalu mengharapkan yang ‘lebih’ daripada Marina kerana dia merasakan isterinya itu ‘hanya duduk rumah’ sepanjang hari. Dia suka membandingkan Marina dengan ibunya yang juga seorang suri rumah.

Pada suatu malam, berlaku satu insiden menyebabkan Halim dan Marina bergaduh. Mereka saling menuduh, tidak mahu mengalah serta membongkarkan segala yang terpendam di hati.

Pergaduhan yang bermula dengan satu perselisihan faham kecil bertukar menjadi perbalahan yang semakin teruk. Ketika itu, anak mereka berada di bilik bersebelahan dan mendengar pergaduhan ibu bapa mereka. Dalam kerisauan yang teramat sangat, mereka berdoa bersungguh-sungguh agar ibu bapa mereka kembali menyayangi seperti dulu.


Tuhan Maha Kaya, dengan berkat keikhlasan hati anak-anak itu, doa mereka dimakbulkan. Keesokan harinya, Halim dan Marina bangun pagi dan mendapati badan mereka bertukar. Marina melihat dirinya dalam badan suaminya dan Halim terjaga dalam badan isterinya yang sarat mengandung. Keadaan kecoh pada mulanya kerana mereka sukar untuk percaya dengan apa yang berlaku.

Bagaimanapun, akhirnya mereka bersetuju untuk berlakon dan meneruskan kehidupan seperti biasa. Marina dengan tugas Halim yang menanti di pejabat dan Halim menguruskan rumah serta anak-anak mereka. Dalam kecelaruan itu, mereka terpaksa berlakon sebaik mungkin kerana tidak mahu sesiapa pun tahu perkara pelik yang sedang berlaku.
‘Halim’ terpaksa menyesuaikan diri menjalankan semua tugas isterinya dalam keadaan badan yang mengandung. Keadaan lebih teruk ketika ibunya datang untuk bermalam di rumah mereka. Sehari berada dalam badan Marina, barulah dia nampak sifat sebenar ibunya. Berada di tempat Marina juga, barulah ‘Halim’ menyedari betapa selama ini dia tidak menghargai pengorbanan dan kerja keras yang dilakukan oleh isterinya.

‘Marina’ pula terpaksa melalui hari yang mencabar di pejabat suaminya. Dia juga berjaya berdepan dengan wanita yang mula mengganggu suaminya dan akhirnya memahami betapa suaminya amat menyayanginya dan anak-anak.

Pertukaran itu berlaku selama 2 hari, tetapi waktu yang singkat dapat mengajar dan menyedarkan mereka mengenai diri masing-masing. Pertukaran itu juga membuatkan mereka menemukan semula kasih sayang yang sudah pudar. Dua hari itu bukan hanya satu keajaiban yang penuh kecelaruan dan kekecohan, tetapi memberi mereka peluang kedua mengeratkan kasih sayang mereka semula.




Lakonan Azhan Rani dengan Yasmin Hani memang ohsemm=)
Walaupun citer tak logik tapi tetap best dan kelakar~




p/s: MASAK+TENGOK TV=KUALI TERBAKAR
OHSEMM BEBEHH..hahahaha~


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Jalan-Jalan Lepas Exam =)


Tanggal 24 Mei 2012 aku dengan kawan2ku gi moonhoney*terbalikkan*
sementara..hahaha~Almaklumlaa lepas exam kan?
Actually ni lawatan sekolah pergi tiga tempat dalam sehari=)


First gi perpustakaan negara..Honestly first time..Semua tempat gi haritu first time sebenarnye..hahaha~Besar library tu*jakun*..

Then lepas tu gi Sunway Piramid..Main Ice Skating selama 2 jam..
Tapi kan selama dua jam tu SATU JAM Beli tiket,Amik kasut,Pakai kasut,Jalan nak masuk pintu ice skating tu..Lama kan?

Satu jam lagi banyak masa berdiri tepi pintu hampir one hour..Lebih kurang
5 minit baru dapat angkat kaki jalan beberapa CM dari pintu..hahaha~
Yang dah pro semua main kat tengah2..Aku plak berangan nak keliling sekali pon jadilahh tapi suku ponn xlepas..haha~


Then2 lastly gi I-city duk situ sampai malam..Mula masuk snowwalk*rasanyanyelatunamadie*..Jalan2 kat situ sejuk gile memang sejuk..
Hingus pon beku dalam tu..hahaha~Dalam tu memang giler2 main gelongsor macam budak2 kecik..

Then lepas kul 7 solat then merayau keliling I-city makan KFC
then baru jalan2..First2 aku main super swing giler macam budak2 kan?
Then main yg macam eye on malaysia*xtaunamadie* dalam tu memang panas giler duk lagi dengan cikgu aku satu cable lagi giler2 aku ni..hahaha~



Malam tu memang penat giler berjalan and esoknya iaitu hari Jumaat
korang rasanya aku gi tak sekolah?hahaha~


Yang ice skating tu apa yang pasti ialah bukan kali terakhir aku main..
Selagi aku tak berani nak angkat kaki selagi tu aku tak benti..

Siape nak ajar aku main ice skating?hahaha~


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG ADA DI DALAM BLOG INI MILIK FARHANAH ADZLAN KECUALI DINYATAKAN @ 2012