Apa Nak Buat Lepas SPM atau STPM?

Bismillahirrahmanirrahim :)

Nak buat apa selama menanti keputusan SPM?
Nampak sekarang ramai lepasan SPM akan mengadu kebosanan, tak tahu nak isi masa yg teramat lapang.
Jadi saya kongsikan tips yg fokusnya ialah kemahiran insaniah atau "soft skills", supaya nanti tidaklah terlalu "blank" apabila menjejakkan kaki di IPT.

1. Meningkatkan bahasa Inggeris (sebab SEMUA IPT belajar dlm BI).
Daripada cara menulis, rata2 saya perhatikan mempunyai penguasaan BI di bawah tahap yg baik dan fasih. Maka laburlah sedikit masa dan duit dgn membeli & MEMBACA buku2 novel mudah seperti buku:
THE OLD MAN & THE SEA
TO KILL A MOCKINGBIRD
JOURNEY TO JO'BURG
Novel2 ini adalah novel klasik yg telah pun memenangi pelbagai anugerah. Anda akan jumpa satu khazanah yg menarik jika anda berjaya faham mesej2 yg penulisnya mahu sampaikan.
kemudian, rajinkan diri utk GOOGLE kuiz BI di alam maya. Buat sehari 1 kuiz dah mencukupi utk menambah baik penguasaan dari aspek penulisan.

2. Menyertai aktiviti kemasyarakatan/sukarelawan.
Ada byk aktiviti sukarelawan di Malaysia sekarang ini. Cari dan sertailah bagi membina jaringan (network) kenalan. Pengalaman sebegini akn banyak mematangkan diri adik2. Anda juga akan berasa lebih semangat utk berjaya bagi menyumbang kpd pembangunan ummah suatu hari nanti.

3. Tingkatkan kemahiran berfikir. 
Ada pelbagai jenis kemahiran insaniah yg majikan mahukan. Antaranya ialah kemahiran kreatif dan berfikir luar kotak. Carilah kem atau bengkel yg mampu menjana kreativiti anda. Atau boleh juga membaca buku berkaitan seperti "6 Thinking Hats" oleh De Bono yg sangat popular dlm teori pemikiran kritikal dan kreatif.

4. Memulakan "the challenge lists".
'The challenge lists'adalah satu cara utk anda mencabar diri anda. Tak kira apa jua cabaran, ia akan membantu anda mengenali diri dan meningkatkan kemahiran anda. Contoh yg saya sendiri buat ialah '100 books to read before the age of 25' (40 buah berjaya dibaca setakat ini), '50 places to visit before 40' dan lain2. Kenapa? Sbb cabaran ini akn menjadikan anda bersemangat dan secara tak langsung KREATIF MENCARI PELUANG bagi menjayakan misi anda.
contohnya, utk jayakan senarai kedua, saya perlu mempunyai duit utk melancong maka pelbagai cara saya lakukan bagi menjana duit.
Hasilnya, saya boleh aplikasikan penglaman tersebut di tmpt kerja kemudiannya.
Ok. Tu saja tipa setakat ini. Selamat mencuba.

Dicopy di Group Halatuju Pendidikan Selepas SPM yang ditulis oleh Sis Fatien Atiqa. Suka apa je yang ditulis  dan segala pendapat yang diutarakan oleh beliau. Penulisan orang yang matang dan beilmu ;)

Ada pape nak tambah? Dialu2kan ;)



Dah Baca? Like dan Comment la =)

CPUV Nuffnang: Clinique Sonic System | INTI 2015 Cycle 1 Degree

Bismillahirrahmanirrahim :)



Love <3

Alhamdulillah semalam dan harini ada berita gembira. Firstnya opcoz laa dapat cpuv dari Nuffnang. Satu Clinique Sonic System dua INTI 2015 Cycle 1 Degree :)

Yang INTI 2015 Cycle 1 Degree rasanya since tahun 2012 mesti dapat. Maybe salah satu im still student. And2 tahun depan kalau ada rezeki sambung Degree tahun depan InsyaAllah :) Yang lebih kurang seangkatan dengan aku untuk sambung Degree boleh jugak usha pasal INTI International University & Colleges KAT SINI or terjah jika jumpa iklan ni dalam blog ni :)


Usha2 gak laa apa tu Clinique Sonic System?


Hahh rupernyaa gini rupanyaaa. Maklumat lanjut pasal benda alah ni KAT SINI atau jumpa iklan ni kat mana2 dalam blog ni terjah la yaa :)

Hahhh lagi satu berita gembira baru dapat topup 5 hinggit dari hakak Sara Liyana sebab menang First Segmen beliau haritu. Terjah blog beliau KAT SINI.

 
Nak jelas click gambar.



Alhamdulillah :)


Cau lu.
Jumpa lagi.
Ada satu lagi paper exam.


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Dari Mata Turun ke Hati - Sony Xperia z3

Bismillahirrahmanirrahim :)


CPUV yang paling berkenan sekali selain makanan ialah gadgets. All about gadgets I love it <3

Alhamdulillah dapat beberapa CPUV lagi kat Nuffnang dan antaranya ialah Sony Xperia z3 :)

Love :)


Disebabkan time ni tengah mempunyai keinginan nak tukar phone apa lagi usha laa apa yang best pasal phone ni :)


Xperia Z3 smartphone comes in 4 stunning colours

This Sony smartphone lets your play PS4 games away from your console – with a real controller.
This Sony smartphone lets your play PS4 games away from your console – with a real controller.

Ini yang rasanya lelaki paling suka. 
Teringat soalan MUET haritu 'beneficial playing games'.

The Xperia Z3 Dual has an innovative design that is both water and dustproof

Walaupun waterproof sangat takut nak campak dengan sengaja dalam air --'



Nak tau lebih pi terjah Google :)





p/s: Tinggal 2 paper STPM sahaja lagi. Keep Calm and Relax ;)


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Perbezaan RM 1 Dan Rm 100

Bismillahirrahmanirrahim :)

Korang semua pun tahu, wang RM 100 dan RM1 sama-sama dicetak & diedarkan oleh BNM. Selepas dicetak, kedua-duanya kelihatan amat cantik, keras dan berbau wangi. Akhirnya mereka di bawa keluar dan berpisah juga dari Bank untuk diedarkan kepada masyarakat. 

4 bulan kemudian mereka bertemu lagi secara tidak sengaja di dalam dompet seorang pemuda. Kemudian terjadilah perbualan di antara kedua-dua duit tersebut. 
RM100 bertanya kepada RM1,  "Kenapa badan kamu begitu lusuh, kotor dan bau busuk?"  RM1 menjawab, "Kerana Selepas aku keluar dari Bank aku terus ditangan orang-orang bawahan dari Pembawa beca, Penjual sayur, penjual ikan dan ditangan pengemis". 

 Lalu RM1 Bertanya balik kpd RM100,  "Kenapa kamu kelihatan begitu baru, rapi dan masih bersih?"  Dijawabnya, "Kerana selepas aku keluar dari Bank, aku terus disambut perempuan cantik, & aku singgah ke restoran mahal, di Pavillion & juga hotel-hotel berbintang serta keberadaanku selalu di jaga dan jarang keluar dari dompet. Heh!" 

Lalu RM1 bertanya lagi,  "Pernahkah engkau singgah di tempat ibadah?"  Dijawablah, "Hurm, tidak pernah. Kenapa?"  

RM1 pun berkata lagi,  "Ketahuilah walaupun aku hanya RM1, tetapi aku selalu singgah di rumah ALLAH dan ditangan anak-anak yatim, bahkan aku selalu bersyukur kepada ALLAH.  Aku tidak dipandang bukan sebuah nilai, tetapi adalah sebuah manfaat"  

Akhirnya, menangislah RM100 Kerana sombong dgn kehebatan, dan nilai yang tinggi tetapi tidak begitu bermanfaat selama ini.  Jadi janganlah kita pandang sebesar mana diri kita, tetapi lihatlah seberapa bermanfaat penghasilannya dipakai untuk memuliakan ALLAH.  

-Copy from HERE-

Tips dimurahkan rezeki --> Derma duit yang PALING BESAR dalam dompet anda dan niatlah kerana Allah. Yakinlah kita takkan jadi miskin disebabkan itu. Allah akan balas berganda dari apa yang kita beri. InsyaAllah :)



Dah Baca? Like dan Comment la =)

First Segmen Sara Liyana

Bismillahirrahmanirrahim :)

NAK JOIN? KLIK BANNER :)
Tarikh tutup pernyertaan 14.11.2014












#FinalExamJustAroundTheCorner
#KeepCalmAndStudySmart
#SempatLagiUpdateBlog
#GoodLuckUntukSemuaYangMenyertaiSegmenNi



Dah Baca? Like dan Comment la =)

ISU PROGRAM 'I WANT TO TOUCH A DOG'

Bismillahirrahmanirrahim :)

Pandangan Ustaz Dr Zaharuddin mengenai isu ini.

1. Sefaham saya, jika ingin menganjurkan program menjelaskan pendirian Islam tentang anjing, keringanan ketika menyelamatkan anjing, Islam rahmat kepada haiwan termasuk anjing, mengajar masyarakat agar tidak membenci anjing tanpa sebab syarie etc. Program sebegitu adalah BOLEH dibuat dan wajar diterima.
2. Namun jika program menggunakan tema 'i want touch a dog' dan seolah 'majlis menyentuh anjing beramai-ramai tanpa sebab dan keperluan yang jelas' diikuti dengan bergambar, memeluk dan menciumnya dari kalangan orang Islam, maka itu sudah pastinya mencipta PROVOKASI terhadap masyarakat setempat. Walaupun mazhab Maliki mengganggap anjing dan seluruh tubuhnya sebagai tidak najis & tidak haram disentuh, namun pandangan dan pegangan masyarakat setempat perlu diambil kira. Ditambah lagi dengan ijtihad ulama mazhab Syafie yang mengharamkan sentuhan tanpa sebab yang syar'ie. Mazhab Hanbali turut menganggap anjing sebagai najis yang tidak harus menyentuhnya tanpa sebab yang syarie.
3. Pada hemat saya, program itu mempunyai tujuan yang baik namun cara pelaksanaannya tidak tepat dan tidak berhati-hati serta terlalu terbuka tanpa kawalan dan panduan jelas diberikan kepada para pesertanya.
4. Justeru saya TIDAK bersetuju PENGANJURAN seumpama itu, namun saya juga tidak bersetuju kecaman melampau-lampau dan ugutan pelbagai pihak terhadap penganjur dan mereka yang hadir.
5. Bagi saya tidak wajar digelar mereka sebagai gerakan Islam liberal kerana sekiranya mereka meyakini ijtihad mazhab Maliki, maka itu tidak sama sekali boleh dianggap liberal, malah mazhab tersebut adalah salah satu dari ahli sunnah wal jamaah. Jika mereka mengatakan jilatan anjing tidak najis atau harus memakan daging babi dan anjing, ketika itu barulah mungkin mereka sudah menyimpang dan liberal, kerana terdapat dalil spesifik dan jelas kenajisan dan pengharaman.
6. Bagi saya juga, menuduh penganjur boleh terkeluar aqidah atau menghina Islam juga adalah tuduhan agak keterlaluan, tidak boleh kita sewenang-wenang menggunakan tuduhan berat sedemikian tanpa bukti jelas menunjukkan mereka membenci Islam & ingin menghinanya.


Sepenuhnya Rujuk DISINI :)
Berhujahlah dalam bentuk akademik dan ilmiah. Bukan berhujah dengan 'Otak Kosong' dan makian :)


p/s: Alhamdulillah dapat CPUV lagi dan lagi from Nuffnang ;)


Dah Baca? Like dan Comment la =)

CPUV Bulan Oktober #Nuffnang

Bismillahirrahmanirrahim :)



Jeng Jeng Jeng ;)


Alhamdulillah walaupun sekian lama tak bukak blog ni still lagi ada cpuv yang menyinggah blog ni. Alhamdulillah sangattt2 :)


Blog ni akan still krik krik krik until I finish all my exam. Last year STPM yeahhhhhh ;)
Sepatutnya last exam 6/11 tapi disebabkan ada repeat paper and paper yg repeat tu hari last exam iaitu 26/11 :'( Ini sangat sadis -,-



'If Allah can take away something u never imagined losing, then surely Allah can grant u something u never imagined gaining ;)'

#PrayForMe
#BerjuangHabis-HabisanFinalSem
#ParaSeniorBagiTipsExamPleasee:)


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Bila Waktu Sesuai Cashout Nuffnang?

Bismillahirrahmanirrahim :)




Setelah sekian lama akhirnya bukak jugak blog ni usha juga Nuffnang. Ohh ruper2nya ketika ketiadaan aku ada beberapa CPUV yang masuk. Tetapi maybe disebabkan blog ni dirasakan terabai CPUV tu singgah sekejap je :'(
Tapi takpe syukur alhamdulillah.

Satu2nya CPUV yang still On Going masih tidak meninggalkan Blog ni ialah Invest Smart Campaign iaitu KEMPEN MELABUR DENGAN BIJAK :) Usha laa website Invest Smart untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang melabur dengan bijak ;)

Then tetibe rasa nak cashout Nuffnang sebab tengah kesempitan duit sekarang ni haha Pastu google bila time sesuai nak cashout memandangkan this is my first time nak cashout setelah sekian lama menyimpan hihi

  1. Cashout di HUJUNG bulan, diulangi HUJUNG bulan
  2. Jangan cashout awal bulan, akan kena tunggu 2 bulan untuk cek sampai
  3. Cashout pada atau selepas hari Isnin hujung bulan sebab earnings CPC update setiap hari Isnin
  4. Pilih tarikh selamat untuk cashout, pilih 27 atau 28 haribulan
  5. Tapi kalau waktu tu tengah ada buffered earning yang masyuk, tunggu la lama sikit. Kot-kot buffered jadi metered. Hehehe. Tapi jangan sampai lewat sangat

Contoh:
Bulan ini (April) di hujung bulan, saya cashout Nuffnang. Sepanjang bulan Mei, pembayaran untuk pendapatan bulan April saya akan diproses. Jadinya, saya dijangka akan menerima cek pendapatan bulan April pada awal bulan Jun nanti
Saya cashout pendapatan bulan ini (April), contohnya pada 3 Mei. Cashout tersebut akan dikira sebagai cashout bulan Mei punya. Jadi, cashout tu tak diproses. Dia akan hold sampai hujung bulan Mei, bulan Jun dia akan proses pembayaran. Jadi, saya dijangka akan terima cek pada bulan Julai nanti. Wahh sempat berjanggut dulu la. Jadi, jangan cashout awal bulan ye? Hohoho
-Copy from HERE-

p/s: Terjah2 laa yaa Iklan Nuffnang saya ;) Thank you
p/s2: Exam around the corner :'(


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Segmen Blogwalking MERDEKA Bersama Ayuinsyirah

Bismillahirrahmanirrahim :)

http://www.ayuinsyirah.my/2014/08/segmen-blogwalking-merdeka-bersama.html
NAK JOIN? KLIK SINI :)

Segmen ini berlangsung sehingga hari Ahad 31/8/2014.

Dah Baca? Like dan Comment la =)

Kenapa Kena Boikot?

Bismillahirrahmanirrahim :)





Update terkini keadaan di Palestin di page Aqsa Syarif.
Feel free to share your opinion :)


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Cell Phones Before and Now

Bismillahirrahmanirrahim :)


Nak Jelas?KlikGambar :)



Short Update. Sem akhir. Wish me luck :)
Happy Fasting :)



Dah Baca? Like dan Comment la =)

Kesilapan yang Dilakukan Dalam Bulan Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim :)



1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam).
2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam.
3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain.
4) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa.
5) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih.
6) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah.




7) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. 
8) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat.
9) Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah' bagi sahur.
10) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat.
11) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram.
12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka.

Lebih lanjut RUJUK SINI.

Moga kita tak melakukan kesilapan sebegini. Moga2 juga Ramadha tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya dan mendapat redhaNYA ^^

TERJAHH SINI<--click



Dah Baca? Like dan Comment la =)

Strategi Melunaskan Hutang

Bismillahirrahmanirrahim :)


Terjumpa satu artikel yang menarik kat FB. Walaupun baru 19 tahun, ilmu ni amat berguna untuk masa depan InsyaAllah :) Copy from HERE.

Sejak tahun 2003 lagi saya azam nak bebas daripada segala hutang. Masa tu, kami terbeban dengan 5 hutang iaitu PTPTN saya, PTPTN isteri saya, Study Loan Yayasan Johor saya, Computer Loan, dan Car Loan. Lepas berhempas pulas selama 4 tahun, alhamdulillah, 4 Januari 2007 kami bebas dari segala hutang! Sejak hari tu, tak ada lagi hutang berbaki walaupun satu sen. Dan kami suami isteri kekal sebagai orang yang bebas hutang hingga ke saat saya menulis artikel ni.
Ada juga kawan yang mintak saya kongsikan cara untuk bebas hutang, tapi saya bukanlah orang layak untuk ajar cara bebas hutang. Cuma sekadar berkongsi tu, insyaAllah. Langkah pertama, saya boleh cadangkan sahabat semua baca buku Petunjuk Jalan Kekayaan, tulisan Chef Li. Buku tu banyak bagi motivasi dan membuatkan saya insaf untuk jauhkan diri dari hutang. Lepas menyelami betapa susah hatinya Chef Li masa dikelilingi hutang, saya sendiri pun rasa fobia dengan hutang.
gambar ni ada kaitan ke?haha

4 Prinsip Asas Kewangan Peribadi
Bila dah betul-betul ada kesedaran dan semangat bebas dari segala hutang, mungkin sahabat semua boleh pakai PRINSIP KEWANGAN yang saya amalkan ni.
Prinsip #1: Beli secara tunai.
Henti dan jauhkan segala urusniaga yang dinamakan ansuran, installment, beli dulu bayar kemudian, skim bayaran mudah dsb. Kalau terpaksa berhutang, itu maksudnya kita belum mampu beli barang tu lagi. So, simpan dulu duit sampai cukup, baru beli.
Prinsip #2: Hidup di bawah kemampuan, bukan ikut kemampuan.

Beli ikut keperluan, bukan ikut kemampuan, apatah lagi ikut kemahuan. Kalau mampu pakai kereta Proton Inspira, pakai Proton Saga jer lah dulu. Lupakanlah dulu perkataan “bergaya” dalam hidup tu buat sementara waktu sampai kita benar-benar mampu untuk bergaya. Biar tak bergaya, asalkan poket kita kaya.
Kalau ada barang yang bukan keperluan di rumah, lebih baik jual. Downgrade life style buat sementara waktu. Kalau sekarang ni subcribe Astro full channel, apa kata kurangkan channel-channel tu atau terus hentikan langganan Astro! Kalau sekarang pakai kereta besar, down grade kepada kereta yang cukup untuk keperluan jer. Kalau sekarang suka beli makan di luar, apa kata masak di rumah jer atau bawa bekal jer ke pejabat. Pointnya, hidup di bawah kemampuan.
Prinsip #3: Mulakan tabiat menyimpan walaupun sedikit.
Sikit tak apa, asalkan simpan. Saya dulu pun mula menyimpan RM20 jer sebulan. Buat potongan gaji ke akaun Tabung Haji (bukan tunggu duit lebih hujung bulan). Setiap kali naik gaji, saya akan tambah potongan gaji ke Tabung Haji. Kalau tak mampu simpan RM20 sebulan, simpan la RM2 sehari, masuk dalam tabung khas. Nanti hujung bulan masukkan RM2 sehari (RM60 sebulan) tu ke akaun bank. Yang penting mesti menyimpan.
Prinsip #4: Bina pendapatan kedua.
Libatkan diri dalam bisnes, tapi bukan skim-skim ‘bisnes’. Anggap gaji tu sebagai duit untuk hidup bulan-bulan, dan bisnes sebagai sumber untuk tambahkan simpanan. Simpan hasil bisnes 100%. Kalau nak guna pun, jangan lebih 50%! Duit hasil bisnes memang terbukti mempercepatkan kami bebas dari hutang, alhamdulillah.
Second income penting sebagai ‘backup’ income utama, dan untuk tambahkan simpanan. Azizi Ali, Pakar Kewangan Peribadi sarankan setiap orang perlu ada second income.
Itu jer lah rahsianya. Cari sampai hujung dunia sekalipun, inilah rahsianya. Beza antara orang berjaya dengan orang biasa-biasa ialah mereka TAKE ACTION!
Orang Bujang, Suami Isteri Bekerja, Lagi La Mudah
Kalau orang macam saya boleh menyimpan dan bebas dari segala hutang, saya rasa orang bujang sepatutnya lagi senang nak bebas hutang. Betul tak? Susu pampers anak-anak tak kena beli, duit hantar anak sekolah pun tak ada, pakaian anak-anak yang mahal-mahal tu pun tak perlu risau. Cuma fikir diri sendiri dan kebajikan mak ayah jer…
Kalau orang macam saya yang isteri tak bekerja pun boleh, orang yang dua-dua suami isteri bekerja sepatutnya lagi lah mudah untuk bebas hutang! Betul tak? Hidup ni satu pilihan…
Ok, sampailah masanya untuk saya dedahkan strategi yang saya pakai untuk bebas hutang dalam masa 4 tahun.
7 Strategi Bebas Hutang Dalam Masa 4 Tahun
Ini prinsip-prinsip yang saya gunakan untuk langsaikan semua hutang dalam masa singkat:
Strategi #1: Jangan buat hutang lagi.
Selagi boleh hidup tanpa hutang tu, jangan sekali-kali berhutang. Beli apa sahaja secara tunai. Kalau terpaksa berhutang, itu bermaksud kita belum mampu. So, kumpul duit dulu. Bila dah cukup baru beli. Banyakkan bersabar, bersabar, bersabar.
Strategi #2: Langsaikan hutang yang interest ratenya paling tinggi dulu.
Contohnya, hutang kad kredit (18% setahun) kena settlekan dulu sebelum car loan (3% – 5% setahun). So, cuba list down semua hutang-hutang yang ada mengikut interest ratenya. Interest rate paling tinggi tu kena settlekan dulu.
Hutang ‘berkat’ seperti housing loan perlu disettlekan paling last sekali sebabnya ia dikategorikan sebagai “good debt” iaitu hutang yang membuatkan kita bertambah kaya! Baca artikel “Hutang Berkat, Hutang Mudarat” untuk fahami topik ni.
Strategi #3: Buka Dana “Full-settlement Hutang”.
Buka akaun khas di bank untuk simpan duit yang akan digunakan untuk full-settlement hutang-hutang yang ada. Bayar ansuran pinjaman macam biasa, dalam masa sama kumpul duit lain ke dalam dana tersebut. Bila duit tu dah cukup, buat full-settlement terus. Dengan full-settlement, kita jimat dari bayar interest berbanding dengan tambah nilai ansuran bulan-bulan. Full-settlement maksudnya kita bayar nilai “pokok” jer, ansuran bulan-bulan maksudnya kita bayar nilai “pokok” + “interest”!
Antara sebab saya suka settlekan semua hutang jauh lebih awal dari tempoh sepatutnya ialah nak kurangkan bayar interest. Tak bazirkan duit bayar interest!

Strategi #4: Gunakan duit ‘durian runtuh’ seperti bonus tahunan untuk langsaikan hutang dulu.
Dalam tempoh 4 tahun tu, saya gunakan sebahagian besar duit bonus untuk bayar hutang! Memang tak merasa sangat duit bonus masa tu. Kena mujahadah la sikit.
Strategi #5: Simpan duit kenaikan gaji tahunan 100% ke dalam Dana Full-settlement Hutang.
Jangan gatal tangan usik dana tu! Setiap kali kenaikan gaji, saya akan kira berapa kenaikan kos sara hidup untuk setahun akan datang. Contohnya, gaji naik RM200, kos sara hidup bertambah RM120 sebulan sebab seorang lagi anak masuk sekolah. So saya masukkan lebihan RM80 (RM200 – RM120) sebulan ke dalam Dana Full-settlement Hutang.
Strategi #6: Bila dah settle satu hutang, simpan duit installment bulan-bulan seterusnya ke dalam Dana Full-settlement Hutang.
Contohnya, bila dah buat full-settlement car loan yang installmentnya RM600 sebulan, simpanlah RM600 tu masuk ke Dana Full-settlement Hutang tadi. Jangan sekali-kali anggap duit tu sebagai ‘kenaikan gaji’, apatah lagi untuk tukar kereta baru!
Strategi #7: Bayar hutang secara automatik!
Buat potongan gaji atau standing instruction di bank supaya kita tak lupa bayar. Bila terlupa bayar, itu yang jadi tertunggak tu.
Nota Jutawan Nota Kewangan Irfan Khairi
Tip terakhir, baca banyak buku-buku kewangan. Buku seperti “Jutawan Dari Planet Jupiter” (Azizi Ali), “Nota Jutawan, Nota Kewangan” (Irfan Khairi) tu wajib baca. Mana-mana buku yang saya baca, mereka akan cakap benda dan tip yang sama dengan apa yang saya kongsikan ni. Bezanya cuma samada kita AMAL ataupun tidak. Itu jer.
Sharing is caring ;) Selamat membaca dan selamat beramal. Jauhi Hutang Hati Senang ^^ 
Post yang panjang tapi ilmu yang sangat berharga kan?


Dah Baca? Like dan Comment la =)

'Dari tengok World Cup Baik Tahajud'

Bismillahirrahmanirrahim :)


Bila tiba World Cup pasti akan ada status/tweet lebih kurang begini.

'Dari tengok World Cup Baik Tahajud'
'Tengok World Cup sanggup berjaga Tahajud liat nak bangun'


Saya setuju dengan kenyataan tersebut. Tetapi kita tak tau ibadah orang lain. Kot2 orang yang dok tengok World Cup tiap hari tu laa Tahajud dia lebih bagus dari orang yang kononnya Tahajud tiap malam.


Takkan nak buat status/tweet sebegini 'Nak Tahajud dulu baru tengok World Cup' . Kang ada pulak lagi status/tweet.
'Orang cina nak cucuk colok*kalau silap betulkan* takde pon nak tweet2 bagai. Orang Melayu solat Isyak pon nak Done Isyak. Riak.'


Nak ingatkan orang tak salah serius tak salah tapi ayat tu betullah sikit. 
Betul tak?


Btw Esok dah bermula Sem 3. Siapa yang bersekolah ada class or watever Gud Luck. May Allah ease ^^


Dah Baca? Like dan Comment la =)

CPUV Nuffnang #Huawei Ascend P7 #Tune Money - Big Travel Wish

Bismillahirrahmanirrahim :)


Alhamdulillah. 2 CPUV from Nuffnang melekat kat blog. Dan ada cpuv yang masih On Going. Melekat punya lama. Alhamdulillah.



First sekali Huawei Ascend P7. Perghh leleh air liur tengok handphone ni =P Iklan dia berupa seperti gambar dibawah. Kalau jumpa terjah ye ;)


Tengok features dia ponn gerammm jee tengok. Nasib baik poket tengah kering =p Nak tengok lebih lanjut boleh click pada iklan tersebut ;)


Kedua, Tune Money - Big Travel Wish

Anda pernah dengar tentang Tune Money?  Tune Money ni adalah dari Air Asia. Bagi yang selalu travel memang patut la grab it. Nak tahu kenapa? Ada 10 juta AirAsia BIG Point untuk anda menangi. Di samping itu segala points terkumpul tu boleh anda redeem dalam bentuk ticket penerbangan, wang tunai, hadiah-hadiah, penginapan diTune Hotel dan banyak lagi tau. Tak rugi la kalau anda dapatkannya. Memang berbaloi.
-Copy from HERE-



p/s: Lagi berapa hari cuti nak habis. Semakin lama cuti semakin lemau otak manusia. Hyphotesis Accepted.


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG ADA DI DALAM BLOG INI MILIK FARHANAH ADZLAN KECUALI DINYATAKAN @ 2010-2015