MISI KEMANUSIAAN KEMBOJA-VIETNAM

Bismillahirrahmanirrahim :)


Alhamdulillah masih bernafas lagi blog ni :)

Tanggal 14/07/2016-20/07/2016 yang lepas selesai untuk Misi Kemanusiaan Amal Bakti D'Aceh. Sebelum tu pada bulan 4 2016 juga telah selesai Misi Kemanusiaan Mahal Hagnaya D'Philippines <-- (LINK ENTRY LEPAS)


Airport Banda Aceh. Hari Terakhir.


Fokus ke Aceh adalah berbeza ketika di Filipina. Kaliini lebih memfokuskan pada anak yatim dan pembangunan sebuah kampung.
Bawah antara video kenangan ketika berada di Aceh :)



Alhamdulillah. Kali ini diberi peluang lagi untuk menyertai misi sebegini lagi. Kaliini di KEMBOJA-VIETNAM. Moga apa yang kami lakukan ini dipermudahkan urusan dan diredhai Allah :)

Pada 21 Mac 2017- 27 Mac 2017, saya merupakan sukarelawan daripada Event Management Club (EMAC) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) akan menyertai Misi Kemanusiaan Kemboja-Vietnam (Misi K) yang bertujuan membantu komuniti islam di negara tersebut. Bentuk bantuan adalah seperti :

1) Membina Madrasah (Kemboja) 

2) Membaiki Masjid/ Surau (Vietnam)
3) Sumbangan keperluan makanan pada fakir miskin dan gelandangan
4) Medical care

Sehubungan dengan itu, kami memohon jasa baik Tuan/Puan untuk memberikan sumbangan seikhlas hati bagi menjayakan misi ini.
Sumbangan boleh dihulurkan melalui no akaun :
Bank Rakyat - 221161197696 
( Muhammad Syazly bin Rosdy - Bendahari Misi K)

Sebarang transaksi perlulah dimaklumkan untuk direkodkan dan bagi bagi mengelakkan sebarang kesulitan yang berlaku. Setiap bukti transaksi boleh email pada hanaadzlan@yahoo.com . Sebarang pertanyaan juga boleh melalui FB saya Farhanah Adzlan.
keprihatinan Tuan/Puan amat saya hargai.
Sekian, Terima Kasih.


p/s: Saya juga memohon jasa baik kalian untuk mewar2kan mengenai misi ini :)



Farhanah bt Saifor Adzlan
Sukarelawan
Misi Kemanusiaan Kemboja-Vietnam 2016
Event Management Club (EMAC)
Universiti Malaysia Terengganu
0132448734
hanaadzlan@yahoo.com



Dah Baca? Like dan Comment la =)

Misi Kemanusiaan Mahal Hagnaya D'Philippines

Bismillahirrahmanirrahim :)


Blog berhabuk. *FUHHFUHH*BERSIHHABUK*


Pada 1 April 2016-7April 2016 alhamdulillah dengan izin Allah aku menjejakkan kaki di Filipina dengan membawa satu misi. Sebelum ini pernah ditulis di blog ini mengenai misi ini DISINI :) So now nak coretkan dalam blog ni supaya aku takkan lupa segala pengalaman yang Allah telah beri :)


Sebelum bertolak KLIA 2.

Sebelum berlepas ke Filipina.

Inilah masjid tempat kami tidur dan menjalankan aktiviti.

Alhamdulillah kami disambut sangat baik oleh adik2 Cebu Madinah
 (nama kampung).


Terdapat segelintir kanak-kanak disitu yang tidur di masjid beralaskan lantai/sejadah berselimutkan kain batik/kain pelikat. Allahu :'(
Kami disana merasai sendiri masak meenggunakkan dapur kayu untuk dimakan oleh lebih 100 orang. Disini juga kami bermandikan air payau belum lagi mandi dengan 'air embun'. Perkara ni semua mengajar diri untuk sentiasa bersyukur :)
Pada waktu petang akab bermain random games. Volleyball,basket ball, anak2 ayam dan macam2 ;) Mereka sangat handal bermain volleyball dan basketball.
Menyampaikan sumbangan di Caritas Village.
Dua budak yang sangat rapat :)
Kami juga menyaksikan pengislaman dan pernikahan mereka berdua depan mata.  Alhamdulillah.
Hari last di Cebu Madinah. Time ni juga buat rakaman ucapan selamat hari raya untuk ditayangkan di TV3 kau jahh. haha

Menyampaikan sumbangan keperluan asas mangsa perkampungan yang terbakar. Allahuakbar. Rasa nak menangis bila tengok keadaan mereka disana. Moga Allah sentiasa mudahkan urusan mereka.

'Volunteer gigih' members ;)
Volunteer  MAHAP :)

Next Mission di Acheh, Indonesia. May Allah ease everything.



Terima kasih Allah untuk peluang dan pengalaman ini. 


p/s: InsyaAllah misi ini akan ditayangkan di TV3 hari kedua raya*maybe* Majalah 3 rasanya *takingat* Kalau uolss terperasan tentang misi ni di tv tengok sampai habisss tauuuuu hihi



Dah Baca? Like dan Comment la =)

Candies for Kids | Misi Kemanusiaan Mahal Hagnaya D'Philippines (MAHAP)

Bismillahirrahmanirrahim :)


Kurang 60 hari lagi akan pergi ke Philippines iaitu pada 1-7 April 2016 untuk menjayakan Misi Kemanusiaan Mahal Hagnaya D'Philippines (MAHAP). Bagi yang mahu mengetahui maklumat lanjut mengenai misi kemanusiaan ini boleh RUJUK SINI.


Candies for Kids.

Sepanjang program kami di Hagnaya, Filipina, di dalam vest kami akan sentiasa ada gula² untuk diberikan kepada kanak² yang kami jumpa. Oleh itu, kami memerlukan sumbangan gula² dalam kuantiti yang banyak memandangkan ramai kanak² yang akan datang ke program kami nanti. Hanya Rm2/pek anda akan memberikan senyuman kepada mereka.

Maklumat lanjut hubungi saya seperti yang dinyatakan di bawah.

Moga Allah permudahkan urusan anda dan urusan kami.

Farhanah bt Saifor Adzlan
Sukarelawan
Mahal Hagnaya D'Philippines 2016
Kelab Pembimbing Rakan Siswa
Universiti Malaysia Terengganu
0132448734
hanaadzlan@yahoo.com



Dah Baca? Like dan Comment la =)

Tips Jadi Pelajar Hebat

Bismillahirrahmanirrahim :)
Disebabkan saya masih mood baru masuk universiti so haruslah nak update pasal study2 ni hahaha

JANGAN ASYIK STUDY
Kalau hidup habis dekat library, asyik menyendiri baca buku sorang-sorang, tak berkawan dan tak tegur sapa, itu satu hidup yang sedih dan bosan.
Waktu habiskan kedoktoran dekat Hong Kong dulu, supervisor saya selalu pesan jangan study banyak sangat.
Kena bersukan. Main badminton, main bola, jogging dan sebagainya. Hidup kena ada balance. Satu pembaziran usia sekiranya zaman universiti dihabiskan dengan menghafal buku teks semata-mata.

FAHAMI SKEMA PEMARKAHAN
Kena faham. Lain subjek lain gaya dan stail pemarkahan. Fahami juga perangai dan style guru yang tanda paper tu.

MARKAH HANYA ANGKA
Belajar rajin dan beri yang terbaik. Abaikan markah. Apa yang anda dapat selepas berusaha bersungguh-sungguh, tuhan yang bagi. Kena redha. Asalkan dah usaha, guru sentiasa bangga dengan anda.
SEDAR DIRI
Kenali diri anda. Lain orang lain waktu dan cara fokusnya. Check balik waktu yang anda dapat konsentrasi lebih.

BAGI PERHATIAN
Kalau nak tidur, tidur kat hostel jelah. Dah datang kelas tu bagilah sepenuh perhatian. Pupuk minat suka ilmu. Supaya tak bosan, participate. Angkat tangan dan tanya soalan. Berborak dengan guru waktu tutorial. 2 ways communication baru tak bosan.

BE PREPARED
Kena datang bersedia. Baru seronok belajar. Jangan buat kerja rumah lekeh-lekeh.
STUDY SMART & HARD
Jangan study cara orang malas. Dua jam belek buku teks sambil baring atas katil ialah cara orang malas. Dan bosan. Bukan masuk pun.
Lebih baik study sekitar 20 minit ke setengah jam tapi secara aktif dan bijak. Buat nota ringkas, belek soalan exams tahun dulu dan sebagainya.
Jangan belajar dalam kelas. Sebelum masuk kelas, belajar dan baca topik tu siap-siap. Belajar dan kerja rajin tak cukup.
Orang paling rajin, gajinya paling sikit. Orang paling rajin ialah buruh dan maid. Gaji mereka paling sikit sedangkan kerja letih dan banyak. Kena study smart and hard.

NETWORK
Pelajar yang nak pergi jauh patut ada kemahiran bersosial. Belajar cara komunikasi yang betul dan cara berurusan dengan orang.
Belajar speaking sikit. Jangan segan bila orang gelak.

PLANNER
Pejam celik dah tua pastu mati. Sayangnya. Jangan gitu. Rancang hari anda. Gunakan masa secara bijak. Jangan asyik main game saja. Dan jangan asyik menonton saja. Kena ada keseimbangan.
If you fail to plan, you plan to fail.
BELAJAR HORMAT ORANG
Jangan kurang ajar. Jangan maki hamun guru dan kutuk-kutuk dan gelakkan orang lain. Cermin diri sendiri dulu sebelum suruh orang lain dan guru cermin diri. CGPA tinggi pun kalau biadap dan takde akhlak, tiada gunanya.
Jangan sombong pasal rasa kita anak orang kaya. Some students are so poor that they have nothing except money.
Jangan jadi begitu.
Pelajar yang layan guru macam sampah, pelajar tu sendiri jadi sampah. Usah begitu.


Sifu2 Otai2 Senior2 ada nak tambah lagi tips jadi pelajar ohsem?
Saya budak baru belajar hihi

p/s: Walaupun blog dah lama tak update, Alhamdulillah still dapat cpuv Nuffnang <3

Dah Baca? Like dan Comment la =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG ADA DI DALAM BLOG INI MILIK FARHANAH ADZLAN KECUALI DINYATAKAN @ 2010-2015