Geram Tengok Gelagat Kucing Sendiri

Bismillahirrahmanirrahim :)


Firstly nak cakap thank you very much to Kak Nora. Buku 'Siapa Allah Di Hatimu?' tu dah sampai kat rumah :) Thankz for the notes and doanya :) InsyaAllah buku ini akan digunakan sebaiknya :)


And2 now kan suka panggil kucing2 aku ni Cekedis dan Cekebum. Badan masing2 dah BAM BAM sebab asyik makan macam tuan die jugak-,-

Dorang suka tido sama2. Bila ajak tidur dengan aku sama2 atas katil taknak pulak die. Cis!


Gambar yang last kat karpet tu time tu aku tengah marahkan dorang sebab bawak burung yang takde kepala masuk rumah. Tapi tulahh reaksi dia. -,-



NOTA KAT BAWAH: Agak awkward nak menaip setelah lama tak update huhu.



Dah Baca? Like dan Comment la =)

Random Story

Bismillahirrahmanirrahim :)


First story (:
Me and adik dengar dan tengok azan maghrib kat TV. Kat situ ada tunjuk Masjid Nabawi kat Madinah and2 Kaabah.

Him: Kakak,nanti bawak pergi sana ek.Pakai duit kau.
Me: Ok nanti kita pergi sama2 ek.
Him: Eh takk nakk arr. Aku nak pergi dengan bini aku.
Me: Elehh ingat kau jee pegi ngan bini kau.Aku pergi dengan laki aku=P
Him: Saper laki malang nak kat kau?
Me: Ahh diam kau. PMR tak habis lg nak ckap nak pergi dengan bini konon.
Him: Baru habis SPM nak kecoh.
Me: Sekurang2nya aku bukan budak sekolah. Kau ada?Aku ada=P

#Rindu dengan suasana kat sana huhu



Second story (:
Tertanya-tanya tak result SPM saya camna kan?*perahsantan* hahaha. Apa yang boleh cakap pasal result ialah ALHAMDULILLAH. Apa yang saya usaha itu yang saya dapat. Bukan straight A's ok.
Sekarang ni tawakal mintak UiTM course Dip Food Tech. Ramai tanya why tak mintak medic ke farmasi ke hape ke? Pergi karnival U sume buat muka pelik-,-Muka tak puas hati-,-Ntah hapee2 ntah-,-
Jawapan guwa ialah sukati waa laa. Itu yang guwa suka. hahaha.

Kepada yang tidak berjaya time SPM seperti aku ni Tak payah nak sedih tahap tenuk sangat laa. Cuba flashback balik before this ada ke hangpa usaha nak dapat A+ or sewaktu dengannya.


Third story (:
Still belajar lagi nak drive kereta. Kereta manual. Time belajar tu paling geram apabila aku merasakan aku dah tekan clutch sampai habis Tapi bila tukar gear still menunjukkan clutch tu tak tekan habis. Rasa macam nak kerat 14 je clutch tu-,-
And2 paling tak boleh blah sekali bila asyik lupa turunkan handbrake-,-
Tengoklahh bila aku jadi PM nanti aku hapuskan segala kereta manual kat Malaysia ni. Haramkan terus! HAHAHA(evil laugh)
And2 sampai aku ada anak cucu cicit piut miut sekalipun KALAU LULUS Test JPJ nanti aku TAKKAN SENTUH kereta manual lagi-,-



NOTA KAT BAWAH: Bila kita dah berjaya, Janganlah terlalu happy didepann orang yang tak terlalu berjaya. Dan bersyukur apa yang kita dapat. Dah dapat 9A then menangis 'Why aku takdapat 10A?' Kalau hang taknak 9A tu sila tukar slip exam anda dengan saya.


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Result SPM Menghantui Diri

Bismillahirrahmanirrahim :)


Makin hampir result SPM nak keluar maka banyaklah sikap2 yang tidak diduga*lahh sangat* itu datang.

Malas nak on9 malas nak update blog malas juga nak usha blog orang.

Malas nak keluar rumah, malas nak tengok berita, malas nak tengok kartun.


Result SPM ni aku tidak menanti langsung seperti PMR.
Disebabkan masih sehingga kini menyesal tak sudahhh lambat sangat nak sedar diri ni nak SPM. Masih berfoya2 walaupun SPM lagi sebulan.


Dalam banyak2 subjek hanya Chemistry je target A+. Yang lain even BM punn.. tak tau nak cakap apa.

Bila mengenangkan perangai dan sikap aku masa FORM 5 tu rasa macam nak putar balik masa.


Bermula dari minggu lepas sehinggga kini aku sedang menyiapkan diri aku untuk redha dengan segala result yang diterimaa.

Asalkan lepas masuk UiTM pun sudahlaa-,-


Mandi tak basah Tidur tak lena makan jadi tak sedap...Ohhh apakah ini-,-


Last2 masuk bilik mengenang kebodohan diri sendiri lalu menyesal dan dengar lagu sedih-,-


Menyesal kemudian tidak berguna lagi kan?

Aku sendiri tak tau kenapa time PMR sungguh gilerrr belajar time SPM pulakk yang tidakknyee..


Pray for me for the Excellent/Good result for me and my friends :)


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Siapa Allah Di Hatimu?

Bismillahirrahmanirrahim :)


Alhamdulillah harini ada good news for me hehe. Saya menang Mini Giveaway#2 by Sis Nora :)


DIA...
Kita berbicara tentang DIA,
Kau berdiri di bumi, tuhanmu tetap DIA,
Kau terbang di awanan, tuhanmu tetap DIA,
Kau berlari ke utara, kau merenung ke selatan, tuhanmu tetap sama, DIA,
Kau mentadbir siang dan memenuhi malam, kedua-duanya bersama tuhan itu juga, DIA,
Nendamu pada zaman silam, warismu pada masa hadapan, semuanya hamba tuhan yang sama, DIA,
Dunia pun DIA lah tuhan, akhirat nanti DIA tetap tuhan,
Dikau bertakwa pun DIA tetap tuhan,
Dikau derhaka pun DIA masih tuhan,
DIA tidak bergantung kepadamu, namun dikaulah yang sangat memerlukan DIA,
Lantas, siapa DIA di hatimu?



Kalau kau tanyakan aku, "Adakah DIA di hatimu?"

Aku hanya mampu menjawab, "Aku seorang insan yang sedang bermujahadah agar ada DIA di hatiku. Aku belum sampai ke tahap mencintai-NYA tetapi aku yakin aku telah memulakan langkah untuk mencintai-NYA."

Justeru, kerana belum ada DIA di hatiku, hidupku belum bahagia, belum tenang, dan belum sejahtera. Aku akan terus mencari. Aku yakin ALLAH itu dekat, pintu keampunan-NYA lebih luas daripada pintu kemurkaan-NYA.

Selangkah aku mendekat, seribu langkah DIA merapat. Dan akhirnya... aku yakin... suatu saat nanti, akan ada DIA di hatiku dan di hatimu jua.

Dan kita akan terus mengemis kasih...


Ayat diatas dicurik di SINI dan SINI.

Terjah blog akak Nora KAT SINI.


NOTA KAT BAWAH: Dapatkanlah Cinta Allah dulu baru cinta Manusia. Orang yang dapat cinta manusia dulu belum tentu dapat Cinta Allah. Orang yang mendapatkan Cinta Allah dahulu pasti akan dapat cinta manusia :)

Dah Baca? Like dan Comment la =)

WW#18 Perempuan Nak Tunjuk Lawa... | Ustaz Azhar Idrus

Bismillahirrahmanirrahim :)




Dah Baca? Like dan Comment la =)

Hadiah Misteri Dari Ain Dzaya

Bismillahirrahmanirrahim :)


Sebenarnya nak buat entri ni lama dah tapi baru harini siap ditaipnya hehe.
Alkisahnya ialah kak Ain Dzaya nak bagi hadiah misteri kepada sesiapa yang dpat printscreen pageviews blognya.

Ini No2 pageviews yang dikehendaki :)

Jadi alkisahnya lagi pada suatu petangg aku singgah keblognya lalu aku mendapati pageview sudah tiba ke 75000.

Jadi alkisahnya lagi aku menantikan hadiah misteri itu dari kak Ain Dzaya. Ceyy hahaha.

Terjah blognya DISINI!


Dah Baca? Like dan Comment la =)

First Time Drive Kereta

Bismillahirrahmanirrahim :)


Pagi tadi kannnn first belajar bawak kereta. Kereta manual. Seriusly terketaq2 tangan ni pegang gear stereng bagai. Kaki pun nak tertanggal rasanya tekan nak tekan clutch hahaha.

First time nak drive ni nak tekan clutch.

Me: Dah tekan habis ke ni?
Him: *Geleng*
Me: Dah ke belum?
Him: *Tengok dan diam*
Me: Dahh ke belumm nii alaahhh.
Him: Tekan clutch tu sampai kena lantai tu hah!
Me: Lorhh kenapa tak cakap dari tahun lepas-,-



Then time drive tu aku yang asyik 'camner dengan tiang tu?' 'longkanggg tu' 'benda kat tengah tu camner?' Sedangkan benda kat tengah tu kain je hahaha.

So he said 'awaklah yang kena elak. Kalau saya elak sekalipun bukannya kereta ni boleh bergerak pon. Siapa yang drive sekarang?' hahaha

Kereta pertama nak yang ni hahaha.

And one more thing yang lambat sikit pickup nak luruskan kereta setelah belok. Payah yaa amat-,-For mee la..

Him: Bila saya cakap lekatkan dalam otakk masukkan sekali dalam cerebrum,celebellum,medulla oblongata sekali. Apa lagi yg ada dalam otak?
Me: Ini kelas Biology kahh ini?Salah datang kelas kah ini-,-


Balik rumah abang tanya 'Berapa kali mati?' 'Dua kali jee tapi tu pun tak sengaja okaayy.'  'Mana ada orang sengaja nak matikan enjin weyhh' 'Krik3'



Esok belajaq lagi hoho. Wish me luck :)
Budak first time bawak kereta memang excaitednye sbegini-,-


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Segmen Follow & Blogwalking #2 Oleh Mialiana.com

Bismillahirrahmanirrahim :)



NAK JOIN?KLIK BANNER :)


Segmen ini dibuat bagi memudahkan Mia Liana untuk follow dan blogwalking semua blog peserta segmen ini. Secara tidak langsung ianya memberi ruang dan peluang kepada blogger lain untuk turut follow, blogwalking dan berkenalan antara satu sama lain dengan lebih mesra.



Segmen ini bermula dari 7.00 pagi 9 Mac 2013 sehingga 11.59 malam 20 Mac 2013. Mia Liana berharap agar segmen ini mendapat sambutan dan semua blogger dijemput join.



Hanya 4 langkah mudah diperlukan :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen Follow & Blogwalking #2 Oleh Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri ini.
Pemilihan pemenang :
  1. 10 blog akan dipilih melalui random.org
  2. Pemenang dikehendaki memberikan satu URL entri terbaik dari blog mereka untuk di review di Mialiana.com
  3. URL entri terbaik hendaklah ditinggalkan di ruangan komen entri pengumuman pemenang nanti.
tunggu apa lagi... sila klik banner di atas untuk join....


Dah Baca? Like dan Comment la =)

WORD SEARCH

Bismillahirrahmanirrahim :)




Apa first word yang korang nampak?

Perkataan pertama yang aku lihat DAGU-,-


NOTA KAT BAWAH: Merapekk. Busyy kehmain Lulzz


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Drama Cinta Kau Dan Aku TV1 | Fizz Fairuz & Sara Ali

Bismillahirrahmanirrahim :)


Bagi peminat novel pasti dah baca kan NOVEL CINTA KAU DAN AKU ni? Novel ni rasanya ku baca time form 3 kat hostel.3 years ago. hehe.


Novel ni seriusly tak rugi baca. Time part lawak memang gelak Time part sedih memang boleh menitiskan air mata jugaklah paling takpun memang sedihh laaa..
So seperti trend movie/drama zaman sekarang novel ni telahpun didramakan di TV1. 

SINOPSIS NOVEL CINTA KAU DAN AKU

Novel yang mengisahkan kehidupan seorang gadis muda seusia 20 tahun menerima jawatan sebagai Driver. Membawa kereta mewah adalah impian Nur Farisya Iman.Sifat sempoi Farisya yang mencuit hati dan mendamaikan membuatkan hati Farish Hakimi selalu berlagu riang. Bibit - bibit itulah membuat Farish Hakimi melamar Nur Farisya Iman sebagai suri dihatinya. Semua laluan tak berlaku dengan mudah. Farisya merasa rendah diri bila ibunya memaksa berkhawin dengan Farish yang dianggap anak angkatnya. Farisya pula membuat rancangan supaya tidak berkahwin dengan Farish. Dalam tak sedar Farish telah bersepakat untuk ibu Farisya untuk majlis perkhawinannya. Ia disedari selepas majlis akad nikah. Cinta dan sayang disemai dan tumbuh menjadi subur tetapi disangkakan panas hingga ke petang tapi hujan ditengah hari. Farisya dan Farish bercerai akibat fitnah yang ditabur oleh Suraya bekas tunang Farish dan Farah adik kandung Farish. Kerana terlalu kecewa Farish menetap di London dan Farisya terpaksa melalui hidup tanpa Farish dan kehilangan anak yang dikandung akibat keguguran. Farisya mendapat tawaran belajar di universiti dan disitu Farisya berjumpa kembali dengan cikgu Zul sebagai pensyarah. Mama Cikgu Zul ingin memenuhi hasrat hati dan impian anaknya untuk memperisterikan Farisya.  Disaat Farisya dan cik zul ingin mengecapi kedunia perkhawinan. cikgu zul pergi buat selamanya kerana sakit yang ditanggungnya "Lukemia". Untuk memastikan Farisya bahagia, cikgu Zul memaksa Farish menikahi Farisya semula diambang pemergiannya.



Gambaar atas ini diambil dari SINI.


Citer kat novel seriusly best meletup habis hahaha tapi bila tengok drama die lakonan Fizz Fairuz dengan Sara Ali macam ada something wrong somewhere. Tak tau ape?
Tak nampak chemistry?Tak sesuai?

Tapi bila tengok asyik Adi Putra takpun Aaron Aziz je yang berlakon bosan jugak hahaha. 

Sekarang ni bila tengok drama Melayu tengok mula2 tengah2 dengan akhir je hehe. TONTON DRAMA CINTA KAU DAN AKU  KAT SINI.
Tak pernah tengok kat tv lagi. Tengok online je heee.

Apa pendapat korang Fizz Fairuz dengan Sara Ali?Ke OK je chemisry dorang?


NOTA KAT BAWAH: Apa lagi novel terkini yang best?Lama tak baca novel.

Dah Baca? Like dan Comment la =)

Di Jabal Rahmah | Tempat Pertemuan Adam & Hawa | Mintak Jodoh

Bismillahirrahmanirrahim :)


Alhamdulillah dapat jejak Di Jabal Rahmah. Dapat daki. Takdelah jauh/tinggi mana pun macam Gua Hira' hehe.

Seperti yang orang ramai tau Jabal Rahmah ni tempat biasa orang mintak Jodoh. Kenapa sesuai untuk mintak Jodoh?


Disitulah tempat pertemuan Adam dan Hawa setelah puluhan tahun terpisah setelah turun ke Bumi sebagai balasan atas dosanya ketika di syurga iaitu memakan Buah Khuldi,buah yang dilarang Allah untuk dimakan.
Ada cerita yang mengatakan Nabi Adam diturunkan di India manakala Hawa pula diturunkan di Jeddah.
Bila muttawif kata nak pergi Jabal Rahmah semangat hah kau nak panjat. hahaha. Dalam gambar kat atas tu me with my adik2 :)

Nampak tak kat belakang tu ada tugu warna hitam tu?Ada sesetengah orang tulis nama orang yang dia suka kat situ. Tapi aku tak buat camtulahh. Cukup sekadar berdoa. Last2 tugu tu pun dicat balik dengan warna hitam-,-


NOTA KAT BAWAH: Banyak gambar kat Jabal Rahmah dan lain2 hilang sebab phone pun hilang disana. Seketul gambar ni jee yg ada time kat Jabal Rahmah huhu




Dah Baca? Like dan Comment la =)

Tips Cari Pasangan Sehidup Semati

Bismillahirrahmanirrahim :)


Ceyy tajuk SEHIDUP SEMATI kunun.
Ini nasihat cikgu aku kepada diri aku ni :)
She said:

Nak cari pasangan biar dia sama taraf dengan kita or lebih tinggi. Maksudnya kalau awak degree kena cari laki yang degree. Kalau awak Master cari laki Master. Jangan awak Degree pilih SPM level or Diploma sekalipun.


Effectnya memang awak takkan nampak sekarang. Awal2 tu memang bahagia dan takde masalah. Kesannya akan datang beberapa tahun akan datang.
Apa yang saya cakap ni lahh yang terjadi pada diri saya.

Lagi satu kalau awak ada berkenan dengan sape2 bawak terus jumpa parents. Kalau parents tak berkenan tolong tinggalkann walau awak sayangg bagai separuh nyawa sekalipun. Effect die pon memang takkan nampak sekarang.



Apa2pun setiap perbuatan jangan lupa pada Allah :)


Short update. That's all. Thank you for reading :)



Dah Baca? Like dan Comment la =)

Ketika Berada Di Raudhah: Taman Syurga

Bismillahirrahmanirrahim :)


Nak share citer time dapat masuk Raudhah kat Masjid Nabawi. Alhamdulillah dengan izin Allah dapat masuk kesana.

Raudhah adalah satu tempat yang sangat mulia di dalam Masjid Nabawi. Selain menjadi lokasi Rasulullah SAW dan para sahabatnya beribadah dan tempat turunnya wahyu kepada baginda, ia juga merupakan taman syurga.“Ruang antara rumahku dan mimbarku adalah satu taman daripada taman-taman syurga. Dan mimbarku terletak di atas kolamku”Kedudukan Raudhah adalah di antara rumah Rasulullah SAW dan Sayyidatina Aisyah RA dengan mimbarnya. Panjangnya ialah 26 meter jika diukur dari timur bermula dari rumah tersebut hingga ke mimbar di sebelah baratnya.Tetapi sekarang hanya tinggal 22 meter kerana telah disekat dengan pagar makam. Lebarnya pula 15 meter bermula dari Mihrab Rasulullah SAW di sebelah selatan hingga ke akhir rumah tersebut di sebelah utara mengikut pendapat yang masyhur di kalangan ulama’.Sebagai tanda, tempat ini dihampari dengan karpet berwarna putih hijau



First time dapat masuk Raudhah malam pertama di Madinah. Pukul 10 dah ada kat Masjid Nabawi. Ketika itu yang ada hanyalah orang2 Asia Tenggara seperti Malaysia dan Indonesia. Agak lama menunggu. Pukul 12.40 malam camtu baru dapat masuk Raudhah.

Disebabkan kami group terakhir kat situ Alhamdulillah dapat berlama2an disitu. Lagipun ustazah ada kata 'Kalau polis tu suruh keluar tapi kat sekitar kita masih ada ruang endahkan je' 'Kalau ada orang kat belakang kita utamakan dia setelah kita selesai solat'

Sempadan Karpet Merah dan Karpet Biru. Sempadan Raudhah.

Keluar dari Raudhah tu kul 1.00 pagi jugaklah. Puas dapat berlama2an kat situ tapi silap dia aku tak tau secara confirm dimana maqam Rasulullah, Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar serta Mimbar Rasulullah.huhu.

Kali kedua pada malam kedua di Madinah. Kalini kejap je menunggunya. Pukul 11 malam dah dapat masuk. Time ni lahh ada pengalaman takleh lupa. 

Ketika itu sujud agak lama. Polis dah suruh bangun tapi aku taknak bangun. Aku sedar kat belakang aku ada lagi yang nak masuk. Tapi paling membuatkan aku sedar ialah bila ada perempuan Iran berlari masuk ke Raudhah macam nak perang pulak.

Masa tu dah cuak nak bangun. Seriusly masa tu memang doa 'Ya Allah lindungi aku dari dipijak atau diapa2kan'. Lepastu ada polis tarik telekung aku baru aku bangun. Tengok2 ramai perempuan Arab iaitu perempuan Iran dalam tu. Semua duk pandang slack kat aku macam nak makan-,- Tapi alhamdulillah polis tu tolong aku keluar dari Raudhah tu dengan mudah.

Makcik Ina: Kakak(me) kenapa lama sangat sujudnya?Tak dengar ke orang Iran tu berlari2 masuk.Cik Ina dah takut kalau kakak kena pijak ke ape.
Me: kakak ok tak kena apa2 pon alhamdulillah.

Lepastu memang aku terfikir, Ya Allah aku dah pentingkan diri sendiri. Aku berlama2an disitu sedangkan banyak lagi orang lain yang nak masuk situ. Aku telah lupa pesan ustazah semalam. Masa tu Ya Allah takutnyaa.
Tapi alhamdulillah Allah tetap lindungi aku dari dipijak/ditendang ke. Tau2 lahh kan kalau perempuan Arab. hehe.


Pengajarannya disini ialah kepada bakal2 jemaah haji/umrah janganlah jadi seperti aku ni yang mementingkan diri semata2 dengan berlama2an di Raudhah. Kerana bukan kita saja yang mahu masuk dan solat disitu ramai lagi umat yang mahu merasai berada disitu. Jika dah solat dua rakaat disitu bersyukurlahh kerana tak semua orang dapat merasai seperti itu.





Dah Baca? Like dan Comment la =)

Johan As’ari Lupakan ABPBH Demi Umrah

Bismillahirrahmanirrahim :)


Pelakon, Johan As’ari memberitahu GUA dia tidak akan menghadiri malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012) pada 7 April ini kerana menunaikan Umrah pada tarikh tersebut. Jelas pelakon berusia 27 tahun ini, dia akan berangkat ke Tanah Suci Mekah pada 27 Mac hadapan dan hanya berangkat pulang ke tanah air pada 8 April.

“Saya buat keputusan untuk menunaikan Umrah apabila terbaca Twitter Abang Hafiz Hamidun tentang perancangannya untuk pergi Umrah. Entah macamana, hati saya terdetik untuk turut serta dan saya terus hubungi Abang Hafiz untuk dapatkan maklumat lanjut. Selepas beberapa hari hubungi dia, Abang Hafiz hubungi saya semula pada Isnin (18 Februari) dan berikan tarikh keberangkatan ke sana. Tanpa banyak berfikir, saya setuju untuk sama-sama kerjakan Umrah. Hati saya memang kuat hendak ke sana selepas menjalani penggambaran ‘Kau Yang Terindah’ di sana tidak beberapa lama dahulu,” ujar Johan ketika ditemui baru-baru ini.

Tambah Johan lagi, dia sedikit pun tidak berasa rugi atau jauh sekali berasa terkilan kerana tidak dapat menghadiri malam kemuncak ABPBH 2012. Baginya menunaikan Umrah adalah lebih penting.


“Untuk ABPBH kali ini saya tercalon dalam kategori Pelakon TV Lelaki Popular bersama-sama Aaron Aziz, Adi Putra, Beto Khusairy dan Fahrin Ahmad. Sejujurnya, saya tidak terlalu mengharapkan kemenangan kerana saya sedar saingan saya bukan calang-calang orang. Bagaimanapun, seandainya saya menang, sudah pasti saya gembira dan menghargai sokongan peminat yang memilih saya. Saya tak rasa rugi pun tidak dapat naik ke pentas untuk mengambil trofi kemenangan. Bagi saya, peluang mencium Hajar Aswad membawa pengertian lebih besar berbanding mengambil trofi di pentas ABPBH,” ujar Johan lagi.

Dalam perkembangan lain, Johan akan muncul dengan drama bersiri terbaru, ‘Karlos’ bermula 4 Mac ini. Drama mengisahkan perjalanan hidup seorang remaja bernama Irwan Zaid atau Karlos ini akan bersiaran di TV3 pada jam 9.00 malam.
__________________________________________________


Dalam hati kenapa laa tak pergi 15 Februari dulu dengan aku sekali LOL. Alhamdulillah la die nak pergi. Harap2 balik dah takdelah nak berlakon pegang2 pempuan lagi dahh. Itu baru balik dengan perubahan. 
Ceyyy diri sendiri pon belum betul sangat ponnn hakpuihh kepada diri sendiri:P


NOTA KAT BAWAH: SANGAT2 RINDUKAN MEKAH DENGAN MADINAH. Kalau kawin dengan anak tan sri bolehlah tiap2 tahun pegi Ceyyy
*masalahnya anak tan sri tak nak kat aku lol*


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Pengalaman Ziarah dan Umrah di Madinah dan Mekkah

Bismillahirrahmanirrahim :)

Alhamdulillah dengan izin Allah aku dapat menjejakkan kaki di Mekah dan Madinah. Segala puji2an hanya untukNYA. Bertolak pada 15 Februari dan balik semula ke sini 28 Februari :)

First picture is Tag nama. Ini muka 4 hari selepas muka terseret kat jalan tar. Ketika ini dipaksa untuk buat gambar Visa.Nak nangis tengok muka ni huhu. Tapi alhamdulillah luka semua tu tak meninggalkan parut di muka.


Hari Terakhir di Madinah. Di Masjid Nabawi.

Ini first time selepas buat tawaf Wajib. First time lihat kaabah. Speechless.
Kat Jabal Rahmah. Semangat je daki bila sebut pasal JODOH.hahaha

Hari2 makan ice cream kat Mekah. Lagi2 time lepas solat zohor time panas terik. Kesedapannya luar biasa. hahaha. Time paling tak boleh lupa makan ice cream dengan muttawif(ustaz) pukul 3 pagi selepas buat umrah kat tepi jalan. Memang Ustaz Rifai tu sporting :)


Gigih separuh nyawa daki Jabal Nur untuk ke Gua hirak. Tapi bila dah dapat masuk Gua Hirak, seriusly lupa penat semasa daki. Kat gua tu tempat sujud Wangi dan sejuk dan sangat tenang :)

Hari2 isi air zam2 berbotol2 haha. Hari2 jugak minum air yang sejukk jee hehe

Hari Terakhir di Mekahh huhu.

Hari terakhir di Masjidil Haram. Time ni sangat sedih. huhu

Nak Tawaf Wida'. Tawaf kali terakhir disini.

Di Laut Merah. Lautnya sangat cantik Subhanallah. 
Ada tiga kaler air lautnya :)

Kat KLIA. Dah balik Malaysia. Mereka nilah banyak berjasa kat aku menjaga kitaorang adik beradik sepanjang kat Mekah dan Madinah. Pergi balik masjid besama2. 'Melontar' pon sama2 haha.
Dorang sangat cool dan sporting.
And2 u know wat, Pakcik Isa and Cik Mah dua kat tengah2 tu walaupun dah berusia gigih panjat Jabal Nur. Semangat yaa amat. Aku naik pun separuh nyawa haha.
Alhamdulillah aku dapat kenal mereka yg pernah pergi Haji. So senang kalau ada2 apa2 hal kat sana :)


Alhamdulillah sepanjang kat Mekah dan Madinah Allah mudahkan segalanya. Tiada sebarang kepayahann aku lalui. Cuma ada dua dugaan jee Kat Mekah salah satunya iaitu HANDPHONE CICIR dengan Lesen sekali. Redha jeelah.


NOTA KAT BAWAH: Sekali dah pergi nak pergi lagi. Dah siap2 tanam azam dengan niat nak pergi lagi 5tahun akan datang InsyaAllah :)


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Perkembangan Terkini Perang Di Lahad Datu Sabah

Bismillahirrahmanirrahim :)

Kematian akibat perang di Lahad Datu Sabah. Kami akan membawakan info mengenai jumlah kematian yang sahih berdasarkan laporan wartawan yang berada di sahabat 7 Lahad Datu. Semua sudah maklum bahawa peperangan bersenjata masih lagi berlangsung antara pihak polis Malaysia dan tentera sulu sejak dari pukul 10 pagi tadi. BERNAMA
Kematian Perang Di Lahad Datu Sabah
Dua komando polis terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina, di sini hari ini. Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.
AL-FATIHAH buat wira negara G/17984 skuad 2/2006, Insp. Zulkifli Mamat & Sarjan Sabarudin dari Unit 69 Komando yang telah terkorban di Lahad Datu hari ini setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo
Wartawan BERNAMA yang berada di kawasan Felda Sahabat 17 di perkampungan itu berkata mayat dua anggota keselamatan itu diusung oleh polis dan dimasukkan ke dalam sebuah trak polis untuk dibawa ke Hospital Lahad Datu.
Seorang jurucakap kesultanan Sulu mendakwa 10 orang terbunuh dan empat lagi cedera dalam pertempuran antara pasukan keselamatan Malaysia dan penceroboh kesultanan Sulu di Lahad Datu pagi ini.
Perkembangan Terkini Perang Di Lahad Datu Sabah 3.30 Petang
10 Anggota Penceroboh Terbunuh: ABS-CBNnews melaporkan jurucakap Abraham Idjirani sebagai berkata dia baru bercakap sendiri dengan adik Sultan Sulu Jamalul Kiram – Azzimudie Kiram – yang mengetuai kumpulan bersenjata di Lahad Datu itu. Azzimudie mengesahkan bahawa 10 lelaki terbunuh dan empat yang lain cedera dalam insiden tersebut.
“Dia melihat sendiri mayat-mayat tersebut,” “Yang terbunuh termasuk seorangwanita.” Beliau mendakwa bahawa komando polis Malaysia telah menggunakan penembak tepat ke atas pengikut Azzimudie.
INFO DARI kawasaN felda, 4 orang sulu mati, 2 askar kita cedera 2 mati dalam perjalanan ke hospital di tembak di dada. Al Fatihah buat askar kita. – sumberwarta tawau
Dua komando polis terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo
Berita terkini Perang Di Lahad Datu Sabah
SIDANG TERGEMPAR #LAHAD DATU
PAS desak Najib panggil sidang tergempar
KUALA LUMPUR: PAS mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memanggil sidang tergempar parlimen bagi membincangkan isu pencerobohan di Sabah yang didakwa kini telah menumpahkan darah.
Naib Presiden PAS Salahudin Ayub berkata, Najib perlu bertindak segera ekoran perkembangan terbaru menunjukkan keadaan keselamatan negara dalam bahaya.
“Saya mendesak perdana menteri memanggil sidang tergempar parlimen berhubung isu keselamatan negara yang kini sangat serius.
“Kita desak beliau menjelaskan kepada parlimen, apa yang sebenarnya berlaku dan bagaimana perairan negara boleh diceroboh,” katanya kepada Harakahdaily.
Berita terkini Perang Di Lahad Datu Sabah
TERKINI @LAHAD DATU
TERKINI @LAHAD DATU | Pendudul di Lahad Datu berkata, para peniaga menutup premis mereka di sekitar kawasan bandar dan ibu bapa mula mengambil anak-anak mereka dari sekolah.
Datuk Yong Teck Lee juga dalam tweetnya berkata syarikat penerbangan MAS turut menunda penerbangannya ke Lahad Datu.
Berita terkini Perang Di Lahad Datu Sabah
lokasi pertempuran lahad datu
Berita terkini Perang Di Lahad Datu Sabah
TERKINI @LAHAD DATU | Lahad Datu, yang berada dalam lingkungan 130km jaraknya dari lokasi pertempuran turut digambarkan sebagai “pekan berhantu”, dengan semua kedai di pusat bandar ditutup dan anggota tentera dilihat mengadakan kawalan di beberapa kawasan termasuk sekolah dan hospital.
Empat turut dilaporkan cedera, termasuk Puteri Jaycel Kiram, anak perempuan kepada Sulu Sultan Jamallul Kiram III, memetik laporan Philippine Daily Inquirer.
Berita terkini Perang Di Lahad Datu Sabah
TERKINI @ LAHAD DATU | Kematian ketiga. Setakat ni dimaklumkan sudah tiga anggota komando negara terbunuh di Lahad Datu. Selain Arwah Insp Zulkifli Mamat dan Arwah Sarjan Sabaruddin, Kpl Azman Ampong diberitakan turut terkorban..Nantikan update dari admin.
Berita terkini Perang Di Lahad Datu Sabah
Berita terkini Perang Di Lahad Datu Sabah
TERKINI @ LAHAD DATU | Rasmi: Tiga terbunuh, 10 serah diri
Sekitar jam 3.25 petang tadi, Jabatan Luar Filipina berkata tiga orang mati, termasuk seorang pemilik rumah, dan 10 telah ditangkap dalam kejadian itu, lapor AFP.

COPY SEPENUHNYA DARI SINI.

NOTA KAT BAWAH : Mari sama2 kita solat hajat untuk mereka.

Dah Baca? Like dan Comment la =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG ADA DI DALAM BLOG INI MILIK FARHANAH ADZLAN KECUALI DINYATAKAN @ 2010-2015