Ketika Berada Di Raudhah: Taman Syurga

Bismillahirrahmanirrahim :)


Nak share citer time dapat masuk Raudhah kat Masjid Nabawi. Alhamdulillah dengan izin Allah dapat masuk kesana.

Raudhah adalah satu tempat yang sangat mulia di dalam Masjid Nabawi. Selain menjadi lokasi Rasulullah SAW dan para sahabatnya beribadah dan tempat turunnya wahyu kepada baginda, ia juga merupakan taman syurga.“Ruang antara rumahku dan mimbarku adalah satu taman daripada taman-taman syurga. Dan mimbarku terletak di atas kolamku”Kedudukan Raudhah adalah di antara rumah Rasulullah SAW dan Sayyidatina Aisyah RA dengan mimbarnya. Panjangnya ialah 26 meter jika diukur dari timur bermula dari rumah tersebut hingga ke mimbar di sebelah baratnya.Tetapi sekarang hanya tinggal 22 meter kerana telah disekat dengan pagar makam. Lebarnya pula 15 meter bermula dari Mihrab Rasulullah SAW di sebelah selatan hingga ke akhir rumah tersebut di sebelah utara mengikut pendapat yang masyhur di kalangan ulama’.Sebagai tanda, tempat ini dihampari dengan karpet berwarna putih hijau



First time dapat masuk Raudhah malam pertama di Madinah. Pukul 10 dah ada kat Masjid Nabawi. Ketika itu yang ada hanyalah orang2 Asia Tenggara seperti Malaysia dan Indonesia. Agak lama menunggu. Pukul 12.40 malam camtu baru dapat masuk Raudhah.

Disebabkan kami group terakhir kat situ Alhamdulillah dapat berlama2an disitu. Lagipun ustazah ada kata 'Kalau polis tu suruh keluar tapi kat sekitar kita masih ada ruang endahkan je' 'Kalau ada orang kat belakang kita utamakan dia setelah kita selesai solat'

Sempadan Karpet Merah dan Karpet Biru. Sempadan Raudhah.

Keluar dari Raudhah tu kul 1.00 pagi jugaklah. Puas dapat berlama2an kat situ tapi silap dia aku tak tau secara confirm dimana maqam Rasulullah, Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar serta Mimbar Rasulullah.huhu.

Kali kedua pada malam kedua di Madinah. Kalini kejap je menunggunya. Pukul 11 malam dah dapat masuk. Time ni lahh ada pengalaman takleh lupa. 

Ketika itu sujud agak lama. Polis dah suruh bangun tapi aku taknak bangun. Aku sedar kat belakang aku ada lagi yang nak masuk. Tapi paling membuatkan aku sedar ialah bila ada perempuan Iran berlari masuk ke Raudhah macam nak perang pulak.

Masa tu dah cuak nak bangun. Seriusly masa tu memang doa 'Ya Allah lindungi aku dari dipijak atau diapa2kan'. Lepastu ada polis tarik telekung aku baru aku bangun. Tengok2 ramai perempuan Arab iaitu perempuan Iran dalam tu. Semua duk pandang slack kat aku macam nak makan-,- Tapi alhamdulillah polis tu tolong aku keluar dari Raudhah tu dengan mudah.

Makcik Ina: Kakak(me) kenapa lama sangat sujudnya?Tak dengar ke orang Iran tu berlari2 masuk.Cik Ina dah takut kalau kakak kena pijak ke ape.
Me: kakak ok tak kena apa2 pon alhamdulillah.

Lepastu memang aku terfikir, Ya Allah aku dah pentingkan diri sendiri. Aku berlama2an disitu sedangkan banyak lagi orang lain yang nak masuk situ. Aku telah lupa pesan ustazah semalam. Masa tu Ya Allah takutnyaa.
Tapi alhamdulillah Allah tetap lindungi aku dari dipijak/ditendang ke. Tau2 lahh kan kalau perempuan Arab. hehe.


Pengajarannya disini ialah kepada bakal2 jemaah haji/umrah janganlah jadi seperti aku ni yang mementingkan diri semata2 dengan berlama2an di Raudhah. Kerana bukan kita saja yang mahu masuk dan solat disitu ramai lagi umat yang mahu merasai berada disitu. Jika dah solat dua rakaat disitu bersyukurlahh kerana tak semua orang dapat merasai seperti itu.





Dah Baca? Like dan Comment la =)

9 Kata-Kata Pujangga:

NinaAz said...

Pengalaman yang cukup indah kan berada di rumah Allah

doktor saida [ ^_^ ] said...

assalamualaikum . seronok kan dapat pegi sana . mesti rasa nak pegi lagi,kann ? saya tak berpeluang lagi nak pegi . sob3 ='(
InsyaAllah 1 hari nanti . aminn ^_^

^^eKaTiKaH^^ said...

indahnya bila berada Taman Syurga ^__^

Cik Syida said...

Alhamdulillah, seronoknya baca pengalaman Farah dekat sana :)

Hanida Moss said...

seronok baca experience awk kat sana. keep on sharing and thanks ;)

boleh jadi panduan :)

Nyamuk Terbang said...

nice sharing dear

Nieyxzha Hassan said...

pengajaran buat yang belum pergi..teringin betul nak pergi ke sana

puteri kasih said...

memang seronok membaca pengalaman Farhanah di sana :)

Tihara said...

alhamdulillah, baru blk umrah jugak yea..pesan sorang makcik kat raudhah takleh nk solat manja2...means lambat2..ramai betul org nk masuk sana.. :)

ice cream 2 riyal kat mekah tu mmg sedap...akak beli yg mix.. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG ADA DI DALAM BLOG INI MILIK FARHANAH ADZLAN KECUALI DINYATAKAN @ 2010-2015