Bismillahirrahmanirrahim :)
Kematian akibat perang di Lahad Datu Sabah. Kami akan membawakan info mengenai jumlah kematian yang sahih berdasarkan laporan wartawan yang berada di sahabat 7 Lahad Datu. Semua sudah maklum bahawa peperangan bersenjata masih lagi berlangsung antara pihak polis Malaysia dan tentera sulu sejak dari pukul 10 pagi tadi. BERNAMA
Kematian Perang Di Lahad Datu Sabah
Dua komando polis terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina, di sini hari ini. Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.
AL-FATIHAH buat wira negara G/17984 skuad 2/2006, Insp. Zulkifli Mamat & Sarjan Sabarudin dari Unit 69 Komando yang telah terkorban di Lahad Datu hari ini setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo
Wartawan BERNAMA yang berada di kawasan Felda Sahabat 17 di perkampungan itu berkata mayat dua anggota keselamatan itu diusung oleh polis dan dimasukkan ke dalam sebuah trak polis untuk dibawa ke Hospital Lahad Datu.
Seorang jurucakap kesultanan Sulu mendakwa 10 orang terbunuh dan empat lagi cedera dalam pertempuran antara pasukan keselamatan Malaysia dan penceroboh kesultanan Sulu di Lahad Datu pagi ini.
Perkembangan Terkini Perang Di Lahad Datu Sabah 3.30 Petang
10 Anggota Penceroboh Terbunuh: ABS-CBNnews melaporkan jurucakap Abraham Idjirani sebagai berkata dia baru bercakap sendiri dengan adik Sultan Sulu Jamalul Kiram – Azzimudie Kiram – yang mengetuai kumpulan bersenjata di Lahad Datu itu. Azzimudie mengesahkan bahawa 10 lelaki terbunuh dan empat yang lain cedera dalam insiden tersebut.
“Dia melihat sendiri mayat-mayat tersebut,” “Yang terbunuh termasuk seorangwanita.” Beliau mendakwa bahawa komando polis Malaysia telah menggunakan penembak tepat ke atas pengikut Azzimudie.
INFO DARI kawasaN felda, 4 orang sulu mati, 2 askar kita cedera 2 mati dalam perjalanan ke hospital di tembak di dada. Al Fatihah buat askar kita. – sumberwarta tawau
Berita terkini Perang Di Lahad Datu Sabah
SIDANG TERGEMPAR #LAHAD DATU
PAS desak Najib panggil sidang tergempar
PAS desak Najib panggil sidang tergempar
KUALA LUMPUR: PAS mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memanggil sidang tergempar parlimen bagi membincangkan isu pencerobohan di Sabah yang didakwa kini telah menumpahkan darah.
Naib Presiden PAS Salahudin Ayub berkata, Najib perlu bertindak segera ekoran perkembangan terbaru menunjukkan keadaan keselamatan negara dalam bahaya.
“Saya mendesak perdana menteri memanggil sidang tergempar parlimen berhubung isu keselamatan negara yang kini sangat serius.
“Kita desak beliau menjelaskan kepada parlimen, apa yang sebenarnya berlaku dan bagaimana perairan negara boleh diceroboh,” katanya kepada Harakahdaily.
Berita terkini Perang Di Lahad Datu Sabah
TERKINI @LAHAD DATU | Pendudul di Lahad Datu berkata, para peniaga menutup premis mereka di sekitar kawasan bandar dan ibu bapa mula mengambil anak-anak mereka dari sekolah.
Datuk Yong Teck Lee juga dalam tweetnya berkata syarikat penerbangan MAS turut menunda penerbangannya ke Lahad Datu.
Berita terkini Perang Di Lahad Datu Sabah
Berita terkini Perang Di Lahad Datu Sabah
TERKINI @LAHAD DATU | Lahad Datu, yang berada dalam lingkungan 130km jaraknya dari lokasi pertempuran turut digambarkan sebagai “pekan berhantu”, dengan semua kedai di pusat bandar ditutup dan anggota tentera dilihat mengadakan kawalan di beberapa kawasan termasuk sekolah dan hospital.
Empat turut dilaporkan cedera, termasuk Puteri Jaycel Kiram, anak perempuan kepada Sulu Sultan Jamallul Kiram III, memetik laporan Philippine Daily Inquirer.
Berita terkini Perang Di Lahad Datu Sabah
TERKINI @ LAHAD DATU | Kematian ketiga. Setakat ni dimaklumkan sudah tiga anggota komando negara terbunuh di Lahad Datu. Selain Arwah Insp Zulkifli Mamat dan Arwah Sarjan Sabaruddin, Kpl Azman Ampong diberitakan turut terkorban..Nantikan update dari admin.
Berita terkini Perang Di Lahad Datu Sabah
TERKINI @ LAHAD DATU | Rasmi: Tiga terbunuh, 10 serah diri
Sekitar jam 3.25 petang tadi, Jabatan Luar Filipina berkata tiga orang mati, termasuk seorang pemilik rumah, dan 10 telah ditangkap dalam kejadian itu, lapor AFP.
COPY SEPENUHNYA DARI SINI.
NOTA KAT BAWAH : Mari sama2 kita solat hajat untuk mereka.
0 Kata-Kata Pujangga:
Post a Comment