Drama Cinta Kau Dan Aku TV1 | Fizz Fairuz & Sara Ali

Bismillahirrahmanirrahim :)


Bagi peminat novel pasti dah baca kan NOVEL CINTA KAU DAN AKU ni? Novel ni rasanya ku baca time form 3 kat hostel.3 years ago. hehe.


Novel ni seriusly tak rugi baca. Time part lawak memang gelak Time part sedih memang boleh menitiskan air mata jugaklah paling takpun memang sedihh laaa..
So seperti trend movie/drama zaman sekarang novel ni telahpun didramakan di TV1. 

SINOPSIS NOVEL CINTA KAU DAN AKU

Novel yang mengisahkan kehidupan seorang gadis muda seusia 20 tahun menerima jawatan sebagai Driver. Membawa kereta mewah adalah impian Nur Farisya Iman.Sifat sempoi Farisya yang mencuit hati dan mendamaikan membuatkan hati Farish Hakimi selalu berlagu riang. Bibit - bibit itulah membuat Farish Hakimi melamar Nur Farisya Iman sebagai suri dihatinya. Semua laluan tak berlaku dengan mudah. Farisya merasa rendah diri bila ibunya memaksa berkhawin dengan Farish yang dianggap anak angkatnya. Farisya pula membuat rancangan supaya tidak berkahwin dengan Farish. Dalam tak sedar Farish telah bersepakat untuk ibu Farisya untuk majlis perkhawinannya. Ia disedari selepas majlis akad nikah. Cinta dan sayang disemai dan tumbuh menjadi subur tetapi disangkakan panas hingga ke petang tapi hujan ditengah hari. Farisya dan Farish bercerai akibat fitnah yang ditabur oleh Suraya bekas tunang Farish dan Farah adik kandung Farish. Kerana terlalu kecewa Farish menetap di London dan Farisya terpaksa melalui hidup tanpa Farish dan kehilangan anak yang dikandung akibat keguguran. Farisya mendapat tawaran belajar di universiti dan disitu Farisya berjumpa kembali dengan cikgu Zul sebagai pensyarah. Mama Cikgu Zul ingin memenuhi hasrat hati dan impian anaknya untuk memperisterikan Farisya.  Disaat Farisya dan cik zul ingin mengecapi kedunia perkhawinan. cikgu zul pergi buat selamanya kerana sakit yang ditanggungnya "Lukemia". Untuk memastikan Farisya bahagia, cikgu Zul memaksa Farish menikahi Farisya semula diambang pemergiannya.



Gambaar atas ini diambil dari SINI.


Citer kat novel seriusly best meletup habis hahaha tapi bila tengok drama die lakonan Fizz Fairuz dengan Sara Ali macam ada something wrong somewhere. Tak tau ape?
Tak nampak chemistry?Tak sesuai?

Tapi bila tengok asyik Adi Putra takpun Aaron Aziz je yang berlakon bosan jugak hahaha. 

Sekarang ni bila tengok drama Melayu tengok mula2 tengah2 dengan akhir je hehe. TONTON DRAMA CINTA KAU DAN AKU  KAT SINI.
Tak pernah tengok kat tv lagi. Tengok online je heee.

Apa pendapat korang Fizz Fairuz dengan Sara Ali?Ke OK je chemisry dorang?


NOTA KAT BAWAH: Apa lagi novel terkini yang best?Lama tak baca novel.

Dah Baca? Like dan Comment la =)

12 Kata-Kata Pujangga:

^^eKaTiKaH^^ said...

kite baru lepas tengok cite nie 2 hari lepas kat tv.. best jugak la lakonan fizz fairuz dgn sara ali tu. hee.. :D

PILOT LOVER said...

pernah nampak buku ni, tapi tak beli pun... hurm best kew??? kene beli jugak ni... :)

FarhanahAdzlan said...

@^^eKaTiKaH^^ saya pon rasa best tapi mcam ada kekurangan tp xtau kat mana hehe

@PILOT LOVER heii belilahh kenapa tengok je?hahaha. beli tau :)

Nieyxzha Hassan said...

tak pernah baca novel ni...berbelit lidah nak baca nama hero and heroin.. dah la dekat same... confius kejap.. tengok heroin cam tak best jer..huhu

NinaAz said...

Alamak.. tak pernh bc novel ni. Xpernh tgk jugak citer ni.. huu

Siti Nur said...

tuhlaa.tgok cerita tu pun rasa macam takdek chemistry antara fizz ngan sara ali.haha.tp best jugak la

Syida Rasyidah said...

pernah tengok sekali jek, pastu tv rosak.. tak dapek nak tgk daa.. huhuhuhuhu

Mimi Azirah said...

lor akak lgsg tak tau de drama nih...nmpk sgt tak tau perkembangan smsa..hahaha

puteri kasih said...

ni novel paling favourite kak puteri..tapi entah kenapa bila tengok dramanya macam takde feel..macam citer lain je rasa

Anonymous said...

gambar Farah, Farish, Farisya dan Suraya tu aku yang buat. Waahh suka hati je guna.

FarhanahAdzlan said...

@Anonymous maaf maaf sangat2. saya gugel haritu terus save lupa nak creditkan skali. jap ehh nak cari balik. Maaf ya..

Mas said...

kite sukewwww sgt dorg berlakon...semua rase bercampur baur..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG ADA DI DALAM BLOG INI MILIK FARHANAH ADZLAN KECUALI DINYATAKAN @ 2010-2013