Pengalaman Ziarah dan Umrah di Madinah dan Mekkah

Bismillahirrahmanirrahim :)

Alhamdulillah dengan izin Allah aku dapat menjejakkan kaki di Mekah dan Madinah. Segala puji2an hanya untukNYA. Bertolak pada 15 Februari dan balik semula ke sini 28 Februari :)

First picture is Tag nama. Ini muka 4 hari selepas muka terseret kat jalan tar. Ketika ini dipaksa untuk buat gambar Visa.Nak nangis tengok muka ni huhu. Tapi alhamdulillah luka semua tu tak meninggalkan parut di muka.


Hari Terakhir di Madinah. Di Masjid Nabawi.

Ini first time selepas buat tawaf Wajib. First time lihat kaabah. Speechless.
Kat Jabal Rahmah. Semangat je daki bila sebut pasal JODOH.hahaha

Hari2 makan ice cream kat Mekah. Lagi2 time lepas solat zohor time panas terik. Kesedapannya luar biasa. hahaha. Time paling tak boleh lupa makan ice cream dengan muttawif(ustaz) pukul 3 pagi selepas buat umrah kat tepi jalan. Memang Ustaz Rifai tu sporting :)


Gigih separuh nyawa daki Jabal Nur untuk ke Gua hirak. Tapi bila dah dapat masuk Gua Hirak, seriusly lupa penat semasa daki. Kat gua tu tempat sujud Wangi dan sejuk dan sangat tenang :)

Hari2 isi air zam2 berbotol2 haha. Hari2 jugak minum air yang sejukk jee hehe

Hari Terakhir di Mekahh huhu.

Hari terakhir di Masjidil Haram. Time ni sangat sedih. huhu

Nak Tawaf Wida'. Tawaf kali terakhir disini.

Di Laut Merah. Lautnya sangat cantik Subhanallah. 
Ada tiga kaler air lautnya :)

Kat KLIA. Dah balik Malaysia. Mereka nilah banyak berjasa kat aku menjaga kitaorang adik beradik sepanjang kat Mekah dan Madinah. Pergi balik masjid besama2. 'Melontar' pon sama2 haha.
Dorang sangat cool dan sporting.
And2 u know wat, Pakcik Isa and Cik Mah dua kat tengah2 tu walaupun dah berusia gigih panjat Jabal Nur. Semangat yaa amat. Aku naik pun separuh nyawa haha.
Alhamdulillah aku dapat kenal mereka yg pernah pergi Haji. So senang kalau ada2 apa2 hal kat sana :)


Alhamdulillah sepanjang kat Mekah dan Madinah Allah mudahkan segalanya. Tiada sebarang kepayahann aku lalui. Cuma ada dua dugaan jee Kat Mekah salah satunya iaitu HANDPHONE CICIR dengan Lesen sekali. Redha jeelah.


NOTA KAT BAWAH: Sekali dah pergi nak pergi lagi. Dah siap2 tanam azam dengan niat nak pergi lagi 5tahun akan datang InsyaAllah :)


Dah Baca? Like dan Comment la =)

14 Kata-Kata Pujangga:

Husna Humairah said...

Bestkannnnn? Rindu nak pergi lagi :') Moga Allah jemput lagi, InsyaAllah..

Hanida Moss said...

Alhamdulillah.. seronoknye awak dh sampai sana.. :')

puteri kasih said...

mudah-mudahan Farhanah dijemput lagi ke sana nanti ^_^

SYAH'IZZAT said...

teringin nk gi sane.. insyaAllah satu hari nnti jika diizinkan Allah :)

Arham Md Ali said...

Alhamdulillah, harapan saya tahun depan pergi buat umrah.

2 tahun dulu pernahla duduk dekat kompleks tabung haji dekat Jeddah tu selama seminggu. Sebab waktu tu semua pelajar Mesir dipanggil balik oleh kerajaan Malaysia, tapi visa yang dibagi tak benarkan kitorang keluar dari kompleks tu so xleh nak pergi Mekkah or Madinah.

FarhanahAdzlan said...

@Husna Humairah InsyaAllah. harap dijemputlah lagi huhu

@Hanida Moss Alhamdulillah moga2 akak pon sampai kat sana jugak Aminnn :)

@puteri kasih insyaAllah aminn :)

@SYAH'IZZAT InsyaAllah dapat pergi jugak kesana nanti tunggu masa tu tiba je :)

@Arham Md Ali tahun depan?Moga2 dipermudahkan ya.
maybe sebab bahaya kot kan tu yg tak bg pergi mana2.

^^eKaTiKaH^^ said...

nak air zam zam. hihi.. sesungguhnya itu adalah pengalaman yg paling best dan bermakna kan? :)

Cik Syida said...

bestnyaa.. pengalaman tu sungguh tak ternilai, kan?

Tihara said...

alhamdulillah seronok sangat kan Allah jemput kita ke sana..nak pergi haji tak tahu lagi tahun bila..tapi rasa macam nak pergi umrah lagi.. :)

miLa saim said...

Alhamdulillah..Ya Allah..beruntung nya awk da sampai sane..huhu...

potia casadelarossa said...

Syukur dah dapat ke sana... saya ak tau lah bila lagi

FarhanahAdzlan said...

@potia casadelarossa masa untuk pergi kesana saya percaya telah ditetapkan olehNYA. cuma usaha dan tunggu untuk tiba kee saat itu :)

Jilbab Umroh said...

seronok membacanya
keinginan utk kesana menjadi kuat. semoga saya, suami dan anak anak akan dapat sampai ke sana suatu hari nanti.. aamiin….

hamdi deka putra said...

informasi yang sangat berguna, bisa menambah wawasan, terima kasih banyak.
Baju rajut kualitas ekspor
Produsen baju di cimahi
Produsen baju murah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG ADA DI DALAM BLOG INI MILIK FARHANAH ADZLAN KECUALI DINYATAKAN @ 2010-2015