Apa Nak Buat Lepas SPM atau STPM?

Bismillahirrahmanirrahim :)

Nak buat apa selama menanti keputusan SPM?
Nampak sekarang ramai lepasan SPM akan mengadu kebosanan, tak tahu nak isi masa yg teramat lapang.
Jadi saya kongsikan tips yg fokusnya ialah kemahiran insaniah atau "soft skills", supaya nanti tidaklah terlalu "blank" apabila menjejakkan kaki di IPT.

1. Meningkatkan bahasa Inggeris (sebab SEMUA IPT belajar dlm BI).
Daripada cara menulis, rata2 saya perhatikan mempunyai penguasaan BI di bawah tahap yg baik dan fasih. Maka laburlah sedikit masa dan duit dgn membeli & MEMBACA buku2 novel mudah seperti buku:
THE OLD MAN & THE SEA
TO KILL A MOCKINGBIRD
JOURNEY TO JO'BURG
Novel2 ini adalah novel klasik yg telah pun memenangi pelbagai anugerah. Anda akan jumpa satu khazanah yg menarik jika anda berjaya faham mesej2 yg penulisnya mahu sampaikan.
kemudian, rajinkan diri utk GOOGLE kuiz BI di alam maya. Buat sehari 1 kuiz dah mencukupi utk menambah baik penguasaan dari aspek penulisan.

2. Menyertai aktiviti kemasyarakatan/sukarelawan.
Ada byk aktiviti sukarelawan di Malaysia sekarang ini. Cari dan sertailah bagi membina jaringan (network) kenalan. Pengalaman sebegini akn banyak mematangkan diri adik2. Anda juga akan berasa lebih semangat utk berjaya bagi menyumbang kpd pembangunan ummah suatu hari nanti.

3. Tingkatkan kemahiran berfikir. 
Ada pelbagai jenis kemahiran insaniah yg majikan mahukan. Antaranya ialah kemahiran kreatif dan berfikir luar kotak. Carilah kem atau bengkel yg mampu menjana kreativiti anda. Atau boleh juga membaca buku berkaitan seperti "6 Thinking Hats" oleh De Bono yg sangat popular dlm teori pemikiran kritikal dan kreatif.

4. Memulakan "the challenge lists".
'The challenge lists'adalah satu cara utk anda mencabar diri anda. Tak kira apa jua cabaran, ia akan membantu anda mengenali diri dan meningkatkan kemahiran anda. Contoh yg saya sendiri buat ialah '100 books to read before the age of 25' (40 buah berjaya dibaca setakat ini), '50 places to visit before 40' dan lain2. Kenapa? Sbb cabaran ini akn menjadikan anda bersemangat dan secara tak langsung KREATIF MENCARI PELUANG bagi menjayakan misi anda.
contohnya, utk jayakan senarai kedua, saya perlu mempunyai duit utk melancong maka pelbagai cara saya lakukan bagi menjana duit.
Hasilnya, saya boleh aplikasikan penglaman tersebut di tmpt kerja kemudiannya.
Ok. Tu saja tipa setakat ini. Selamat mencuba.

Dicopy di Group Halatuju Pendidikan Selepas SPM yang ditulis oleh Sis Fatien Atiqa. Suka apa je yang ditulis  dan segala pendapat yang diutarakan oleh beliau. Penulisan orang yang matang dan beilmu ;)

Ada pape nak tambah? Dialu2kan ;)



Dah Baca? Like dan Comment la =)

1 Kata-Kata Pujangga:

Najib Ariyan said...

saya suka dengan semua idea2 tu.... yg terakhir tu paling saya suka... mencabar diri sendiri... malahan yg pertama dan keempat tu boleh saling berkait...

saya teringat kisah Oprah yg menyebabkan beliau bejaya setelah melalui pengalaman pahit dalam hidup... dia diambil bapanya dan dijaga tapi dengan cara yg keras... bapanya mengarahkan beliau menghabiskan satu buku setiap minggu dan menghantar sinopsisnya kepada bapanya untuk dibaca dan dibetulkan... sudahnya beliau menjadi manusia yg bijak dalam banyak ilmu... best kan kalau boleh buat macam tu...

Salam kenal dan salam singgah... jemput singgah ke blog saya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG ADA DI DALAM BLOG INI MILIK FARHANAH ADZLAN KECUALI DINYATAKAN @ 2010-2015