F.R.I.E.N.D.S.H.I.P.

Bismillahirrahmanirrahim :)


Serius. Rasa macam lama gila tak update blog suam2 kuku ni hihi
Zaman persekolahan pon dah tamat.
Bila keluar rumah mesti senyum sorang2 tengok budak2 yang pakai baju sekolah. Macam tak betul pon ada haha.

Tapi ada satu benda yang aku akui zaman persekolahan paling tak boleh dilupakan. Dalam banyak2 tahun sekolah dari tadika sampai tingkatan enam..Tingkatan Enam yang paling meninggalkan 'kesan' dan kenangan.
Sape tingkatan enam? Gimme five ;)

Tingkatan enam aku rasakan tahun yang paling aku seirius tahap tenuk nak study haha Study stayback kat sekolah sampai petang study group ramai2 dengan skype sampai memalam bute study kat library TTC sampai ke perpustakaan negara tapi aku TAK PERNAH STUDY KAT LIBRARY SEKOLAH haha


Ada satu lagi yang paling berharga yang aku dapat kat tingkatan enam ni. FRIENDS. Yaa kawan memang boleh dapat kat mana2 tapi susah nak dapat yang betul2 kamcing ngam gila babeng lagi2 aku ni seorang yang hambar gila babeng penternak cengkerik yang tegar pelik sengal mengong sikit tapi baik dan sopan santun #Ehh


Mereka nilahh yang ceqq habaq dari tadi. Aku sorang jee yang berbaju sekolah disebabkan aku antara orang yang paling last habis exam. 


Friendship is not about who u spend the most time with, 
its about who u have the best time with.




Setiap kali aku senyum pandang phone mesti ada mulut2 yang cakap 'Wasep ngan boyfriend lettew'. Dorang ni taktau aku tengah melayan kawan yang perangai camm _____________(isi tempat kosong sendiri) yang buat aku senyum dan gelak guling2 haha

Malas nak cakap panjang sebab agak geli cakap sweet2 bagai ni haha :p

Selamat Tahun Baru ;) Moga tahun ni kita menjadi yang lebih baik menjadi orang yang bermanfaat untuk orang lain dan yang paling penting mendapat RedhaNya :)



Dah Baca? Like dan Comment la =)

2 Kata-Kata Pujangga:

Puan Wawa said...

salam farhanah..")

kawan 1 kepala lg best kan..

FarhanahAdzlan said...

@Puan Wawa a'ah memang best tapi susah nak jumpa haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG ADA DI DALAM BLOG INI MILIK FARHANAH ADZLAN KECUALI DINYATAKAN @ 2010-2015