Hukum Makan Makanan Syubhah / Ragu Status Halalnya

Bismillahirrahmanirrahim :)


Harinikan kita nak cakap topik makanan*sengih* Ceyh. Ok start. Makanan syubhah tu ialah makanan yang diragui status Halalnya. Dalam hati terdetik Eh makanan tu halal ke tidak.


Sekarang ni kan banyak produk2 kat Malaysia ada yang mengatakan itu Halal suci dan bersih lagi segar untuk dimakan. Ada jugak yang kata Ehh makanan tu HARAM laa ada unsur2 haram dalam tu.

So for me laa kalau terjadi hal itu maka aku tidak akan makan lagi makanan tu selagi tak tahu status Halalnya dari Pihak yang Sebenarnya. Bukan dari mulut2 orang or dari status2 kat FB ke Twitter ke hape.

“ Daripada Abdullah bin An-Nukman bin Basyir r.a katanya "Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya yang halal itu telah nyata (jelas hukumnya) dan yang haram itu juga telah nyata (jelas hukumnya) dan di antara kedua-duanya (halal dan haram itu) terdapat perkara perkara syubhah (yang tidak jelas akan kehalalan dan keharamannya) yang tidak diketahui oleh ramai manusia, maka barangsiapa yang memelihara dirinya dari perkara-perkara yang syubhah itu samalah seperti orang yang telah melindungi agamanya dan kehormatannya, barangsiapa yang terjatuh ke dalam perkara-perkara yang syubhah maka sesungguhnya ia telah terjatuh ke dalam perkara-perkara yang haram....
(HR BUKHARI MUSLIM)

Sama jugak bila pergi restoran mana2 ke If kita ragu2 tukang masak dia Islam ke tak Ayam die sembelih ke tak Just Leave It. Takpayah nak duk argue dengan kawan sendiri pasal restoran tu.

Ustazah saya pernah cakap Kalau orang tu tak tutup auratnya Then dia masak Then kita makan Itu boleh menyebabkan hati kita gelap. Kalau hati kita gelap itulah yang terjadinya payahnya nak solat Quran jarang dibaca dll. Then apatah lagi makanan yang diragukan status Halalnya.

So konklusinya Elakkan makan syubhah untuk mengelakkan hati kita jadi gelap and makanan yang menjadi darah daging kita tu akan mempengaruhi setiap tindak tanduk kita.

Kisah pasal Restoran DISINI!

Ok DONE! Nak bagi makan kucing dah sibuk Mengiaww macam tak makan setahun. Haishh!


Dah Baca? Like dan Comment la =)

5 Kata-Kata Pujangga:

puteri kasih said...

entri yang menarik..salam perkenalan dari puteri :)

zila manaf said...

bagusnye lahai budak i... anak saa tatau ;p

CikZaniff said...

info menarik ni..tq share sini..:)

Siti Aisyah said...

trima kasih untuk infonya~
slama ni Aisyah pun ragu2 gak boleh ke x mkn cadbury yg x tahu status halal ke haram ni! nice sharing~

FarhanahAdzlan said...

@Siti Aisyah kalau saya ragu2 je xyah makan. banyak lagi coklat lain yg sedap :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG ADA DI DALAM BLOG INI MILIK FARHANAH ADZLAN KECUALI DINYATAKAN @ 2010-2015