Hari-Hari Terakhir Siti Hajar | Pelajar UTEM Meninggal Dunia

Bismillahirrahmanirrahim :)


Terbaca satu share post dari kawan aku kat Facebook tentang Siti Hajar ni. Serius walaupun panjang tapi ia tetap menarik perhatian aku untuk membacanya. Banyak pengajaran yang kita dapat dari membaca kisah Siti Hajar ni tentang kebesaran Allah dan kekuasaan Allah :)
Maybe ada yang dah tau kan-,-


Ceritanya dipendekkan. Siti Hajar yang kemalangan bersama 3 orang rakannya. Tapi hanya Siti Hajar yang parah. Bawah ni antara saat2 yang dilalui Siti Hajar ketika sakit.

Pesannya, dia tidak mahu apa-apa rawatan yang menggunakan perantaraan jin dan hanya mahukan perubatan Islam. Dia rela lumpuh seumur hidup atau sanggup mati, asalkan tidak mensyirikkan Allah.
Secara tiba2 dia sendawa berkali kali. Dan setiap kali angin sendawa itu keluar, terasa hidung yg tersumbat tidak tersumbat lagi dan dia boleh bernafas dgn selesa. Kemudian, dia terasa mukanya dipercikkan air 3 kali. Air yang sgt sejuk dan selesa. Dia yang sedang demam panas dan terasa muka berbahang, tetiba rasa sangat selesa dan demam mula menurun.SUBHANALLAH.
Bila dia sebut teringin makan pisang…tetiba ada saja tetamu yang bawakan. Dia duduk tapi kepalanya agak senget - masih tak boleh kawal gerakan kepala. Spontan dia kata, “Kalau ade bantal kecil, boleh letak kat leher”  lalu Allah perkenankan hajatnya. Bantal yang diidamkan dibawa oleh sahabat yang prihatin pada hari yang sama hajatnya diutarakan. (KUN FAYAKUN)
Tanpa gentar, dia menelan ubat pahit tu dan tinggalkan sedikit untuk saya. Nekad untuk menyampaikan dakwah, saya telan baki ubat itu. Memang pahit. Dan bila air zam zam diminum, rasa pahit itu hilang tak berbekas. Seperti lumpur di lantai yang tertanggal semuanya bila air disiram kepadanya.
Menjelang maghrib, dia suruh ayahnya solat. Kemudian saya pula disuruh solat. Saya katakan, “nanti siapa nak tolong bersihkan muntah? Mak solat lewat sikitlah…Dia jawab  “Allah ada, Allah boleh bantu akak.” Terkedu. Saya pun tinggalkn dia untuk solat. Ayahnya pula pergi menjemput adiknya di Malacca Central. Selesai solat, saya dapati nurse sedang membersihkan Hajar. Bajunya yg terkena muntah digantikan. Kemudian dia kata, “Haa..kan betul akak cakap, Allah ada bantu akak. Mak pergi je, akak muntah, tapi nurse yg sedang rawat makcik kat sebelah tu ternampak akak muntah dan dia datang bantu.
Kami tanya lagi. “ susah ke rasanya nak muntah tu tadi?” Jawabnya, “Taklah, senang je, Allah tolong.” “Tolong macamana?” tambahnya “Dah badan akak tak boleh keluarkan air2 kotor tu dgn cara biasa, Allah tolong keluarkan melalui muntah. Tak susah pun, rasa macam meludah je” MASYA ALLAH. Hajar sentiasa kaitkan apa saja yang dialaminya dengan Allah. Sentiasa berbaik sangka  Allah menolongnya.
Sempat juga Siti Hajar pesan ka adik2 die:

Untuk adik2nya, dipesankan agar ubah penampilan berpakaian. Untuk rakan2, dia minta maaf dan memberikan kemaafannya kepada mereka. Adik2 dipujuk agar pakai jubah2 dan tudung dia yang banyak.

Baca penuh DISINI.


Allah bertindak mengikut sangkaan hamba terhadapNYA. Jika kita yakin Allah menolong kita, maka Allah akan tolong :) Setiap apa yang kita lalui kat dunia ni perlulah kita bergantung hanya pada Allah
Bukan pada pakwe kita or sesiapa-,-Ingatan untuk diri sendiri juga.

AlFatihah. Moga2 Al-marhumah Siti Hajar ditempatkan bersama2 orang yang beriman :)



Dah Baca? Like dan Comment la =)

5 Kata-Kata Pujangga:

Miss A said...

wowww, SubhanaALLAH, kuasa ALLAH tak boleh kita nak menidakkan ia kan! saya tak tahu pasal Siti Hajar ni, moga dia ditempatkan dikalangan orang beriman, Amin :)

N.A.M said...

Nice story!! Moga arwah ditempatkan dalam golongan yang dirahmati-Nya..

HooToh TuDia said...

Al Fatihah untuk adik Siti Hajar, Semoga keluarga dan saudara beliau redha dah tabah melalui ujian ini.
Hootoh Tudia baru sahaja membaca Siti Hajar Ia Bukan Dakwah Terakhir

Cik Kay Jue said...

subhanallah... sungguh teguh dan kuar keyakinan dia pada Allah...

jujue lyana said...

sedih ... Al-fatihah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG ADA DI DALAM BLOG INI MILIK FARHANAH ADZLAN KECUALI DINYATAKAN @ 2010-2015