Belajar Menghargai Orang Lain!


SAMSMEL..Disitulah aku belajar pelbagai benda selama tiga tahun...
Perkara yang aku tidak ketahui itu juga diketahui di sekolah itu..
Termasuk rakan-rakan ku yang sring menasihati aku ketika aku melakukan kesilapan..

Kini semua dah Tingkatan 4...
Semua kawan2 aku dah berjaya lalu meninggalkan sekolah itu...
(termasuklah aku)

Semua sudah mempunyai haluan masing-masing...
KISAS, SAMBEST, SAMBBST, SBP, MRSM dan lain-lain...

hiasan..

Aku pun memilih haluan aku sendiri iaitu ke SMK memandangkan keputusan PMR ke tidak secemerlang mereka..

Tinggal mimpi sajalah..!!


Makin hari semua dah tinggalkan aku di sekolah tersebut bersendirian...
Aku tidak kisah sekolah dimana, kerana di mana sekolah yang aku pijak itu di situlah tempat aku belajar...

Disebabkan aku ke SMK..maka banyaklah dugaan disana..
Kadang-kadang aku terlupa perkara itu salah..
kerana terikut-ikut dengan budaya di sana...
kena sedar sendirilah diri sendiri tu bersalah...

Maka tika itulah aku akan teringatkan kawan2 aku..
Dulu pasti ada kawan2ku akan tegur..
Sekarang tiada orang yang menegur aku lagi...

Kalau aku nak beli megi...sebulan sebelum pmr pasti ada orang yang menghalang...


Terlipat lengan baju..pasti ada orang yang akan menarik lengan baju aku tu agar tidak terlipat...
Kadang-kadang terasa sangat sangat tertekan sebab tidak memahami sesuatu subjek terutamanya Mathematics...
pasti ada orang yang menenangkan dan ajarkan...


Dan lain-lain..


Semua perkara itu aku rindui di SAMSMEL dulu..
Aku berharap di sekolah baru ni adalahlah orang yang sering mengingatkan aku kepada kebenaran..
hiasan...

Kesimpulannya...Terdapat sesetengah orang tu tidak dapat menerima nasihat rakannya dan kadang-kadang ia menyebabkan pergaduhan
*kadang2 saya pun sama..hehe*

Jadi hargailah nasihat dan rakan anda sebelum dia sudah tiada disebelah
anda untuk menegur anda..
Ada dua jenis kawan disini..kawan kita yang mengajak kita ke syurga..
dan kawan yang menarik kita ke neraka..

Pandai-pandailah pilih kawan yang baik untuk diri sendiri agar
tidak terpesong..


Jalan lurus..!!
Post kali ini terlebih panjang la..plak...haha..
Ambil pengajaran...^_^




Dah Baca? Like dan Comment la =)

2 Kata-Kata Pujangga:

Nur Liyana said...

takpe la...kalau kat smk pu ok ape......buat elok2 je 4 spm....tu yg penting..kih3

Izzat Zainal said...

Hargailah sahabat yang sering mengajak kearah kebaikan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG ADA DI DALAM BLOG INI MILIK FARHANAH ADZLAN KECUALI DINYATAKAN @ 2010-2015