Riak Dan Takbur Ada Dalam Diri?

Aku wat post niyh setelah aq menyedari rupernyer aku ader kedua2 sifat tu...

itupun setelah ada orang cakap....haha...
tapi memang aku xsengaja lah nak riak..xde niat pun..kadang2 aku niyh tertaksedar diri plak..hehehe...

Mari kita lihat Apa Itu Riak..??

Perkataan RIAK maksudnya ialah seseorang yang berlagak atau angkuh dalam sesuatu perkara dan dalam sesuatu keadaan. Maka jelaslah disini sifat riak itu tadi ialah salah satu sifat yang memang tidak disukai dan ianya bukanlah menjadi ajaran dalam agama ISLAM. spertimana yang hamba paparkan di bawah ini melalui beberapa sumber yang boleh dipercayai termasuk kitab hadis::

Menurut Rasulullah SAW, ada tiga penyakit yang akan menghancurkan AMALAN seseorang iaitu antaranya ialahtakbur atau sombong(RIAK)

Imam al-Ghazali dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' berkata, takbur akan menjadi batas pemisah antara seseorang dengan kemuliaan akhlak. Orang takbur akan selalu mendustakan kebenaran, menganggap rendah orang lain dan meninggikan dirinya. Sedikit saja di hati ada sikap takbur, maka syurga akan menjauh, AMALAN tidak
mempunyai erti.



Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak akan masuk syurga seseorang yang dalam hatinya ada sikap takbur walaupun sebesar debu.” (Hadis riwayat Muslim)

Riak atau beramal kerana mengharap pujian orang lain. Riak adalah tingkatan terendah daripada AMALAN. Rasulullah SAW menyebutnya syirik kecil yang juga boleh menghapuskan kebaikan
.
Allah tidak akan menerima suatu AMALAN yang dalamnya ada seberat debu saja perasaan riak. Hadis qudsi mengungkapkan bagaimana murkanya Allah kepada orang yang riak dalam amalannya.

Pada hari kiamat Allah berfirman, ketika semua manusia melihat catatan amalannya, “Pergilah kamu semua kepada apa yang kamu jadikan harapan (riak) di dunia. Lihatlah apakah kamu semua memperoleh balasan daripada mereka.” (Hadis riwayat Ahmad dan Baihaqi)


Firman Allah yang bermaksud: “Maka kecelakaanlah bagi orang yang solat (iaitu) orang yang lalai dari solatnya dan orang berbuat riak.” (Surah al-Maa'um, ayat 4 - 6)


Bagaimana nak hilangkan sifat takbur..??
Menurut Iman Ghazali, terdapat beberapa panduan untuk mengelakkan sifat takbur:


1. Apabila berjumpa kanak- kanak, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana kanak- kanak belum dibebani dosa.
_____________________________

2. Apabila berhadapan dengan orang tua pula, anggaplah juga mereka lebih mulia kerana lebihberibadah daripada kita.
________________________________
3. Ketika berjumpa orang alim, anggaplah beliau lebih mulia kerana banyak ilmunya.
_______________________________
4. Apabila berjumpa dengan orang jahil, anggaplah juga mereka lebih mulia kerana berbuat dosa disebabkan kejahilan, sedangkan kita berbuat dosa dalam keadaan kita mengetahuinya.
___________________________
5. Ketika berjumpa orang jahat, jangan anggap kita mulia. Tetapi, katakanlah mungkin orang jahat itu akan bertaubat pada masa tuanya, sedangkan kita belum tahu akhirnya.
________________________________

6. Begitu juga ketika bertemu orang kafir. Katakan,belum tentu dia akan kafir selama- lamanya.
________________________________


Lawan sifat sombong adalah sifat tawadhuk ataurendah diri.
sama-sama muhasabah diri.
semoga mendapat manfaat.
Pesanan ini untuk diri ini juga yg sering terlupa..
apepun terima kasih kpada yg menegur tu...
okeyh..klau ader salah silap..sorry...










Dah Baca? Like dan Comment la =)

7 Kata-Kata Pujangga:

Elie Lily said...

riak dan takbur tu boleh buat diri sendiri merana.. baik lah bersederhana je.. :)

Wardatul Syauqah said...

salam ziarah n follow..=)

Shafiqah Rashid said...

klu kita TER riak mcmne ek,
bkn niat pon.
hehe..
btw,nice info :)

najwa's said...

thanks for sharing dear :)

fRaMe+LenSeS said...

hohooo.. kena bersih hati, ebrsih fikiran.. Nadh nak wat jugak.. ne la tau.. ada jugak terselit menda ni kkadang.. ;)

MiszCoMoT said...

semoga dijauhkan dari sifat2 camtuh...aminnn...^_^

Farhanah Adzlan said...

semoga kita2 sama2 dijauhkan dari perkara itu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG ADA DI DALAM BLOG INI MILIK FARHANAH ADZLAN KECUALI DINYATAKAN @ 2010-2015