Beryukur Atas PertolonganMu Ya Allah!!


Hari selasa,rabu dan khamis lepas aku dan 3 orang kawan gi kem peringkat daerah kat taman agrotek hulu langat..Pada 7/03/2012 ialah tarikh yang paling tidak akan aku lupakan..

Pada malam tu lepas maghrib kira2 jam 7.50 hujan makin lebat sangat..
Aku dapat tengok bagaimana air sungai tu mengalir dengan sangat deras macam tsunami dan air tu naik dengan sangat cepat..

Masa air dah paras betis semua perempuan diarahkan naik atas pentas dulu dewan dah penuh dengan air..Bila air dah makin naik baru semua diarahkan masuk khemah masing2..

Masa tu cuak gilee habis..Kitaorang terfikir nasib baik kem komanden tu suruh kitaorang alihkan khemah ke tapak perkhemahan dan ada ruang kosong untuk kitaorang sebab sebelum tu tapak penuh dan kitaorang kena dirikan khemah kat tempat rendah..
Kalau kitaorang ada kat situ lagi dah lama dah hanyut..Ya Allah memang masa mula2 nak kena pindahkan khemah memang kitaorang merungut
tapi rupernyer ada hikmah..


Then hujan memang makin lebat..Air semakin naik dengan cepat..Masa tu lepas masuk je dalam khemah terus ada sorang budak histeria..Nasib baik sorang je=)Beza tempat banjir tu dengan tapak perkhemahan kitaorang cuma lebih kurang sejengkal sahaja beza tingginya..

Kitaorang masa tu pikir apa?Kitaorang fikir nak MATI..Apa yang aku fikir masa tu adlah "kalau aku mati masa ini Ya Allah..Kau kurangkan azab kubur aku..Ampunkan dosa aku selalu lengah2kan solat..Salah aku dengan parent and adik bradik dengan kawan2..Baju kawan aku tak pulangkan lagi..Kau ampunkan dosa aku"

Memang masa tu kitaorang dah fikir nak mati dan tunggu je bila air nak naik ke tapak perkhemahan kitaorang sebab memang tmpat air banjir tu SANGAT DEKAT dengan tapak perkhemahan kitaorang..

Tapi kuasa Allah..Air tu tak mengalir terus ke tapak perkhemahan..Sedikit pun tak naik..Air tu mengalir ketepi..Masa tu memang aku tunggu bila air nak naik sebab hujan memang lebat sangat..dan memang jarak banjir dengan tapak perkhemahan kitaorang sangat dekat..Memang ini kuasa Allah~
Tengok gambar ni..Memang dekat kan?Anak panah tu menunjukkan tempat air tu mengalir..Aku pun pelik kenapa air tu tak masuk langsung tempat kitaorang..Ya Allah hanya tuhan je yang tau perasaan aku bila esok paginye aku masih membuka mata dan dapat tengok kawan2 aku..Aku masih dapat tunaikan solat subuh..

Kami ceritakan benda ni kat ustazah..Ustzah kitaorang ckap ini MAUNAH..Pertolongan Allah pada orang yang beriman..Aku rasa malu sangat masa tu..Adakah aku ni betul2 boleh dikatakan beriman kepada Allah?


Lagi satu keajaiban,kehebatan Allah..Jambatan batu,Pondok batu hancur..runtuh..ranap..Kereta pajero tersadai atas bukit..macam dah gempa bumi aku tengok dek banjir..Tapi apa yang terpelihara?Yang tak terjejas langsung?Sikit pon tak rosak?
SURAU YANG DIPERBUAT DARIPADA KAYU..Surau tu betul2 BERSEBELAHAN DENGAN SUNGAI..

Aku tak tau nak cakap ape..Benda ni semua berlaku depan mata aku..Pertolongan Allah jelas2 depan mata..Kehebatan Allah sudah jelas..
Ya Allah Alhamdullilah~Aku rasa ini peluang kedua yang Allah kasi
untuk aku hidup kat dunia ni~





Dah Baca? Like dan Comment la =)

2 Kata-Kata Pujangga:

Cik Kay Jue said...

betul tu setiap apa yang jadi ada hikmatnya.. kadang2 kita sedar, kadang2 tak sedar kan? :)

hah..! ada pulangkan ke ke belum baju kawan awak tu? hehe..

subhanallah.... syukur alhamdulillah...:)

steffany daph said...

Bersyukur kan dah selamat (: everything happen for reasons.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG ADA DI DALAM BLOG INI MILIK FARHANAH ADZLAN KECUALI DINYATAKAN @ 2010-2015