Apa Akan Jadi Melambatkan Jika Solat Fardhu?


SOLAT SUBUH

Kaler alam masa ni dalam spektrum Biru Muda, yang mana sama dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna Biru Muda atau Waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar, rezeki dan komunikasi.

Orang yang selalu tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Sebab tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum, maksudnya masa jaga daripada tidur.

SOLAT ZOHOR

Lepas Biru Muda, warna alam berubah ke Warna Hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian Warna Kuning menandakan masuknya Waktu Zohor. Masa ni, kaler alam tu sama dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.

Warna Kuning ni ada kaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zohornya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.

SOLAT ASAR

Warna alam bertukar menjadi Warna Oren. Masa ni, spektrum warna alam sama dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.

Rahsia Warna Oren ni kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya. Lebih malang lagi kalau waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (TIDUR). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

SOLAT MAGHRIB

Untuk Waktu Maghrib, alam berubah ke Warna Merah. Pada waktu ni kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tak duduk luar rumah. Sebabnya, spektrum warna pada waktu ni menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red). Ini bermakna jin dan iblis pada waktu ni amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

SOLAT ISYAK

Gelap Isyak Warna alamnya Indigo. Waktu Isyak ni menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya sama dengan sistem kawalan otak. Orang yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan Warna Putih, Merah Jambu dan seterusnya Ungu di mana ianya sama dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Manusia sedar tentang hakikat tenaga alam ni, itu yang wujudnya meditasi, taichi, qi gong dan sebagainya. Semuanya atas tujuan nak serap tenaga alam ke dalam tubuh kita.

Bagi kita yamg Muslim ni, Allah dah syariatkan untuk solat tanpa perlu berfikir untuk menyerap kuasa alam ni =)

sumber:SINI dan SINI dan SINI


So lepas ni solat di awal waktu ye(pesan untuk diri sendiri) =)

Kerana ibadah yang 'tip top' melahirkan individu yang cemerlang:D




---LIHAT SINI---


Dah Baca? Like dan Comment la =)

2 Kata-Kata Pujangga:

Riswin Zahari said...

info yg menarik.. ^_^

Anonymous said...

assalamu'alaikum
info yang sangat menarik dan inshaAllah dpt menyedarkan diri ini. terima kasih dan teruskan post info2 islamik sebegini. inshaAllah diberkati hidup di dunia dan di akhirat kelak. inshaAllah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG ADA DI DALAM BLOG INI MILIK FARHANAH ADZLAN KECUALI DINYATAKAN @ 2010-2015