Gunakan Psikologi Untuk Sentiasa Menjaga Solat

Bismillahirrahmanirrahim :)


Dibaca dan dicopy dari SINI. Moga kita mendapat manfaatnya bersama :)


Ini tips menarik dari blog Redskyim, bagaimana ayahnya menggunakan psikologi untuk dia sentiasa menjaga solat.

Al - kisah. Ceritanya bermula begini.

Ibarat Batang Mancis


Ilmu ini saya belajar semasa saya berumur 6 tahun. Ayah saya menyuruh saya solat sekiranya ingin jadi manusia. Asuhannya ialah dengan mengunakan batang mancis. 17 batang mancis bersamaan 17 rakaat.

Caranya seperti gambar dibawah :



1.Jika tidak solat subuh buang 2 batang mancis dikepala. Ayah saya cakap kalau subuh saya tidak solat, saya jalan tiada kepala.

2.Jika tidak solat zohor, buang 4 batang mancis di bahagian lengan. Seolah saya berjalan tiada tangan.

3.Jika tidak solat asar, buang 4 batang mancis di bahagian dada. Ayah saya cakap saya kalau tidak solat asar jalan tiada dada. 

4.Jika tidak solat magrib, buang 3 batang mancis di bahagian perut. Jadi jalan tiada perut serupa hantu dah.

5.Jika tidak solat isyak, buang 4 batang pada kaki. Jalan tiada kaki ibarat cacat anggota.


Kesimpulannya :

Ayah saya cakap kalau saya tidak solat terus menerus maka saya ni bukan lagi manusia. Diri saya tidak sempurna jika tidak mendirikan solat. Contoh maghrib dan subuh. Jadi saya seolah berjalan tiada kepala dan tiada perut. Orang tengok pun akan lari. Jadi, renung-renungkanlah jika solat kita tidak sempurna, maka cacatlah kita ini. 

Dan jikalau tidak solat kumpul la batang2 mancis tersebut dan nyalakan api dan letak la tangan anda di mancis yang dinyalakan api tadi,rasa kepanasannya....baru api dunia kita tak tertahan ini kan lagi api neraka 

Rasulullah s.a.w bersabda, “Apabila telah mati anak Adam itu maka terputuslah semua amal ibadatnya kecuali 3 perkara iaitu:1.Sedekah jariah.2.Ilmu yang berguna dan dimanfaatkan oleh pengamalnya.3.Anak yang soleh yang tidak melupakan mendoakan ibu bapanya.


Renung2kan dan selamat beramal :) Ingatan untuk diri ini juga yang sering lalai.

p/s: LIKE PAGE saya DISINI.


Dah Baca? Like dan Comment la =)

6 Kata-Kata Pujangga:

Syarafi[skyforce331] said...

info yang menarik :)

Lieya Von Jay said...

nice sharing dear

Murni Amir said...

serious sangat menarik . simple ja kan . senang ingat kalao mcm ni . . nice sharing ;) thanks yeah ~

Farah said...

sangat suka entry ni..cara yang simple untuk mendidik diri dan orang lain untuk jaga solat..thanks for sharing :)

Cik Kay Jue said...

wow.. nice entry.. >__< like it!

Nisha said...

New Segmen di blog HBJ! Jom join! :D hanya 5 step untuk join ! Senang! Cepat dan Mudah! Dapat mengeratkan silaturrahim, trafik blog juga akan menaik! Apa lagi yang ditunggu ? Marilah join! :D Jom hebohkan blog HBJ! ^_^ http://hadiahbintangjatuh.blogspot.com/2013/09/my-twinkle-segmen.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG ADA DI DALAM BLOG INI MILIK FARHANAH ADZLAN KECUALI DINYATAKAN @ 2010-2015