Pelakon, Johan As’ari memberitahu GUA dia tidak akan
menghadiri malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH
2012) pada 7 April ini kerana menunaikan Umrah pada tarikh tersebut. Jelas
pelakon berusia 27 tahun ini, dia akan berangkat ke Tanah Suci Mekah pada 27
Mac hadapan dan hanya berangkat pulang ke tanah air pada 8 April.
“Saya buat keputusan untuk menunaikan Umrah apabila terbaca
Twitter Abang Hafiz Hamidun tentang perancangannya untuk pergi Umrah. Entah
macamana, hati saya terdetik untuk turut serta dan saya terus hubungi Abang
Hafiz untuk dapatkan maklumat lanjut. Selepas beberapa hari hubungi dia, Abang
Hafiz hubungi saya semula pada Isnin (18 Februari) dan berikan tarikh
keberangkatan ke sana .
Tanpa banyak berfikir, saya setuju untuk sama-sama kerjakan Umrah. Hati saya
memang kuat hendak ke sana selepas menjalani penggambaran ‘Kau Yang Terindah’
di sana tidak beberapa lama dahulu,” ujar Johan ketika ditemui baru-baru ini.
Tambah Johan lagi, dia sedikit pun tidak berasa rugi atau
jauh sekali berasa terkilan kerana tidak dapat menghadiri malam kemuncak ABPBH
2012. Baginya menunaikan Umrah adalah lebih penting.
“Untuk ABPBH kali ini saya tercalon dalam kategori Pelakon
TV Lelaki Popular bersama-sama Aaron Aziz, Adi Putra, Beto Khusairy dan Fahrin
Ahmad. Sejujurnya, saya tidak terlalu mengharapkan kemenangan kerana saya sedar
saingan saya bukan calang-calang orang. Bagaimanapun, seandainya saya menang,
sudah pasti saya gembira dan menghargai sokongan peminat yang memilih saya.
Saya tak rasa rugi pun tidak dapat naik ke pentas untuk mengambil trofi
kemenangan. Bagi saya, peluang mencium Hajar Aswad membawa pengertian lebih
besar berbanding mengambil trofi di pentas ABPBH,” ujar Johan lagi.
Dalam perkembangan lain, Johan akan muncul dengan drama
bersiri terbaru, ‘Karlos’ bermula 4 Mac ini. Drama mengisahkan perjalanan hidup
seorang remaja bernama Irwan Zaid atau Karlos ini akan bersiaran di TV3 pada
jam 9.00 malam.
__________________________________________________
Dalam hati kenapa laa tak pergi 15 Februari dulu dengan aku sekali LOL. Alhamdulillah la die nak pergi. Harap2 balik dah takdelah nak berlakon pegang2 pempuan lagi dahh. Itu baru balik dengan perubahan.
Ceyyy diri sendiri pon belum betul sangat ponnn hakpuihh kepada diri sendiri:P
NOTA KAT BAWAH: SANGAT2 RINDUKAN MEKAH DENGAN MADINAH. Kalau kawin dengan anak tan sri bolehlah tiap2 tahun pegi Ceyyy
*masalahnya anak tan sri tak nak kat aku lol*
__________________________________________________
Dalam hati kenapa laa tak pergi 15 Februari dulu dengan aku sekali LOL. Alhamdulillah la die nak pergi. Harap2 balik dah takdelah nak berlakon pegang2 pempuan lagi dahh. Itu baru balik dengan perubahan.
Ceyyy diri sendiri pon belum betul sangat ponnn hakpuihh kepada diri sendiri:P
NOTA KAT BAWAH: SANGAT2 RINDUKAN MEKAH DENGAN MADINAH. Kalau kawin dengan anak tan sri bolehlah tiap2 tahun pegi Ceyyy
*masalahnya anak tan sri tak nak kat aku lol*
5 Kata-Kata Pujangga:
Alhamdulillahhh. I like johan ♥
alhamdulillah, bagus la mcm tu kan? menunaikan umrah lebih penting dri menghadiri majlis anugerah tu :)
wah,, baru baca berita ni. Terbaiklah Johan.. :)
sememangnya menunaikan umrah lebih penting dari dunia hiburan :)
Memang betul tu Johan. Mencium Hajar Aswad lebih mulia. Moga Johan lebih tenteram & aman bila berada di Tanah Suci nanti :-)
Post a Comment