1) "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam." (riwayat Bukhari & Muslim)
2) "Barang siapa diam maka dia terlepas dari bahaya." (riwayat At-Tarmizi)
3) Banyak diam tidak semestinya bodoh.Banyak cakap tidak semestinya cerdik, kerana kecerdikan itu buah fikiran. Orang cerdik yang pendiam itu lebih baik daripada orang yang bodoh yang banyak bercakap.
4) Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap kearah perkara2 yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia~
Macamana orang mukmin itu diamnya menjadi ibadah?
Kadang-kadang memikirkan dosanya, Kadang-kadang memikirkan apa kebaikan yang nak dibuat, Kadang-kadang memikirkan nak menolong kawan, Kadang-kadang dia terasa kebesaran Tuhan, Atau dia meniatkan, dia diam itu tidak mahu bercakap yang bukan-bukan,
Kadang-kadang dia diam itu, kalau dia bercakap takut dia melakukan kesalahan, Seperti dia mengumpat atau, kalau dia bercakap takut-takut menyakiti hati orang, Atau dia diam itu, menghormati percakapan orang,
Mungkin orang itu bercakap baik dapat pengajaran, Atau dia hendak mengenal orang yang bercakap itu baik atau jahat, dia biarkan saja orang itu bercakap, dan mendengar sahaja kerana nak mengenal orang itu,
Kadang-kadang dia diam itu memikirkan dosa-dosa yang lalu, Ataupun kecuaian dan kelalaian, Yang telah dibuat, supaya dia bertaubat, Ataupun mengingatkan ilmu pengetahuan, Ataupun pengetahuan yang dilupakan datang semula ingatan,
Itulah yang dikatakan oleh pepatah Melayu, “Diam-diam ubi berisi” atau “Diam-diam tong kosong” atau “diam-diam tong berisi sampah penuh kotoran ?”
Hrmm..Jom kita diam ramai2 ye=)
Hahaha..Gurau2 je..Amik pengajaran ye..Ingatkan diri sendiri juga=)
Terkadang mulut ni nak jugak bercakap benda merapek kan3?
12 Kata-Kata Pujangga:
nice... lepas ni diam lebih baik..:)
nelly suka !!
InsyaAllah , diam yang menjadi ibadah akan mendapat pahala .
:)
emphh..mmmmm..mmm..(tak boleh cakap)..hehe
suke2...
owh bru ta0..
thanx 4 the info ^^
bercakap byk benda2 baik tape, jangan merapu meraban benda yg tak guna/bercakap buruk psl orang. tak bagos kan? ;)
sama2 kite istiqamah diri. nice entry sweety ;)
berdiam itu lebih baik :)
insya-allah .. walaupun ira ni kepohci sikit ..ngeh3~ :D
entri menarik nih! like3! lgpun sy dah terlebih kan follower awk.
http://eabufairytale.blogspot.com/2011/12/segmen-najwa-jom-menjala-follower.html
singgah promote segmen sy. hehek.
nice entry...
kurangkan bercakap,,asahkan pengetahuan...
nice entry...
kurangkan bercakap,,asahkan pengetahuan...
Diam tapi nak tulis juga kat blog... masuk kategori apa yea? Siap tulisan jd bahan bukti jika ianya 'fitnah' sampai ada yg kata pata pena lebih tajam...
Post a Comment