ASSALAMUALAIKUM & SELAMAT SEJAHTERA
“Siapalah si tudung labuh yang merasa dirinya mulia? Walau bertudung labuh
jangan kau anggap dirimu hebat, maksum atau mulia. Jangan kau riak dan
ujub. Jangan kau fikir org lain tidak setaraf. Jangan kau rasa dirimu sudah
mendapat tiket ke syurga.
Lupakah? Bahawa ibadat dan amalan yang kau kumpul tak bererti apa-apa jika
niatmu bukan kerana Allah. Niatmu untuk menunjuk-nunjuk, maka kau akan
malu tertunduk di depan Allah kelak. Sia-sia sahaja!
DAN siapalah kau si perempuan pendedah aurat yang merasa dirimu akan
selamat? Yang mahu bergantung harap pada syafaat Nabi. Yang merasa diri
cukup baik walaupun aurat terdedah. Yang berangan-angan akan syurga
tetapi enggan patuh.
Jangan kau fikir Allah mahu memandang sifat baikmu jika arahan dan hakNya kau
ketepikan, usah kau mimpi dan angkuh! Siapakah kau si tudung labuh dan si
pendedah aurat?
Tepuk dada tanya Iman^_^
CONCLUSION> Sentiasa membetulkan niat dan memperbaiki diri sendiri untuk menjadi yang lebih baik dari semalam..
Ganjaran dan balasan Allah itu pasti=)
p/s>Aku selalu merasa aku paling susah didunia ni..Tapi baru kini aku sedar bahawa ada yg lebih susah dr aku..Betapa tak reti bersyukurnye aku selama ni=(
4 Kata-Kata Pujangga:
apa saja yang kita lakukan didunia ni..semuanya bergantung pada niat.kalau niat baik maka baik jadinya,kalau niat jahat jahatlah jadinya dan kalau semuanya niat demi Allah maka selamatlah.
setujuuu!!!
:)..إنما الأعمال بالنيات
Balang Kuih & Sarung Kusyen Buatan Tangan
McD for FREE
Post a Comment