Tak Bertudung Tapi Solat 5 Waktu Dijaga

Bismillahirrahmanirrahim :)
Saya freehair saya jahat. kayy. 
Walaupun saya freehair solat 5 waktu saya jaga tau.

First sekali pasal ayat pertama. Tiada sape yang mengatakan freehair itu jahat kecuali manusia2 yang suka judge by it cover. My prinsip is Hate the sins, Not the sinners
Sama juga dengan perempuan bertudung tapi cara pemakaiannya ada silapnya. Hate the sins, Not the hijab or sinners.


Ayat kedua tu pulak, kadang nak je cakap 'lepasni solat takyah pakai telekung pakai je apa yang dipakai sekarang'. Itu hati jahat yang cakap hahaha.
Alhamdulillah cukup solatnya :) Ibadahnya berpahala tapi perbuatannya membuka aurat itu tetap berdosa. 

Guru saya pernah berkata 'Solat, puasa itu sah. Tapi cuba bayangkan hari2 dan hampir setiap saat aurat kita dilihat oleh bukan mahram. Adakah kita yakin pahala kita cukup?Adakah kita 24 jam buat pahala? Jadi pahalanya tak dapat nak cover dosa yang kita buat. maksudnya dosa lebih banyak dari pahala.' Maklumat lanjut DISINI!
Tapi harapnya Ibadah kita diterima oleh Allah. Walaupun kita beribadah solat tahajud tiap malam tapi still tak mau tutup aurat tu, for me dalamnya iaitu hatinya telah rosak. Dalam hadis nabi dalam badan kita ada seketul daging jika baik daging itu maka baiklah seluruhnya dan sebaliknya.

OR maybe ada kekurangan time solat kita. Sebab solat kan mencegah kita dari perbuatan mungkar(Al-ankabut:54). Maybe tak khusyuk ke or solat di akhir waktu?

Kekalkan dan istiqamah dalam ibadah yang lain. Dalam masa yang sama perbaiki diri sendiri untuk menjadi lebih baik dan berusaha untuk menutup aurat dengan sempurna. Yang penting ada usaha kearah lebih baik tu :)


Saya doakan kita semua termasuk saya sendiri dapat menjadi hamba Allah yang Dia Redhai dan berkati. Saya doakan saya dan korang semua diberi kekuatan dan hati yang tetap untuk melaksanakan perintah Allah dengan Istiqamah. 


NOTA KAT BAWAH: Hate the sins Not the sinners/hijab. Kurangkan Dosa Tingkatkan pahala. Belajar menerima teguran orang lain. Belajar untuk tidak mencari alasan alasan dan alasan untuk menutup kesalahan yang terbukti salah disisi Allah.


Dah Baca? Like dan Comment la =)

24 Kata-Kata Pujangga:

Hanida Moss said...

betul. islam tak ajar kita benci pendosa, kite diajar utk benci pada dosa. org tak sempurna bercakap -_-

NinaAz said...

Jgn lihat manusia pada luaran jea. Mana tahu. Dia lg bagus dr kita kan. Ingat memperingatilah kita antara satu sama lain ;)

cik lemon said...

:D . kawan saya dulu pernah cakap la. memang lah orang pakai tudung belum tentu sempurna tapi dia dah buang satu jalan ke neraka . :D . sama sama memperingati . :D

Hanim Irsyad said...

Setuju..org skrg suke ckp cenggitu..sabar je laa bile dgr..

roslita thalib said...

kawan saya ada yg freehair. tapi bila dia nak solat dkt satu surau shopping complex, semua makcik2 dok ngumpat dia cakap... freehair pun solat juga ke? kita tak boleh menilai orang tu luaran je. dia memang x menutup aurat. tapi alngkah bagusnya kalau kita doakan org tu supaya berubah ke arah kebaikan. bukannya mengumpat. kan lagi elok. semoga kita boleh berubah jadi insan lebih baik :)

Ieka Zalikha said...

entry yang menarik..orang bertudung pun kdg2 xbetul jugak..bukan kuasa kita tentukan dosa pahala..nway..done follow..do follw me back =D

Nurul Nadia said...

nice entry :)

FarhanahAdzlan said...

@Hanida Moss saya pon belum sempurna jugak huhu. xpe masing2 boleh perbaiki diri untuk jadi yg lebih baik :)

@NinaAz yup. mungkin pada masa depan dia jauh lebih baik dari orang yg mengata tu.

@cik lemon yup betul tu :) yg belum pakai tudung tu nasihat dan doakan mereka :)

@Hanim Irsyad saya lagilah menyabooo je bila dengar dan lihat huhu

@roslita thalib yup betul tu :) makcik2 yg dok ngumpat lagi besar dosanya huhu

@Ieka Zalikha yg tak betul dibetulkan saling nasihat menasihati dan saling mendoakan :)

@Nurul Nadia thankyou :)

Ain Dzaya said...

betul..tapi yang puasa tapi tak solat..apa pulak kes ni?

FarhanahAdzlan said...

@Ain Dzayaapa kes?takde kes pon?hehe just kidding. puasa tp tak solat tu ustazah saya ckap puasa tu cuma dapat lapardandahaga jelahh.pahala puasanya tercompang campinglahh maybe takde pahala langsung.Allah Maha Mengetahui :) Nauzubillahminzalik.

ELFarahin said...

Hate The Sins, No The Sinners :)
yeah! absolutely true :D

Aety Hassan said...

nobody's perfect.. baik jadi diri sendiri.. akui setiap kelemahan diri & perbaiki diri utk ke arah yg lebih baik.. itu lagi elok dr sibuk hal orang lain.. nice entry dik ^_^

najiah shaharain said...

betul..setuju.orang kadang2 beri bnyk alasan utk melakuakn perkara kabaikan...

Budak Kampung said...

betoi 2 BK setju UAI kata..pkailah walau terpkse.serupa kita ckp xpe xpkai tdg tapi wajib tutup aurat.ha chane 2??cnfrm kena ttup gak kan cz wajib ada disitu

^^eKaTiKaH^^ said...

betul. setuju ape yg ape awak cube sampaikan.. hee

suke statement nie dn bermakne "kurangkan dosa, tingkatkan pahala
:D"

tyra lee said...

betul tu . *entry kena dgn bckground music :D bestt

Nyamuk Terbang said...

nice sharing

miss fluffy said...

like the quote "hate the sin, not the sinners." semua atas kehendak kita..kalau kita mahu baik maka baik lah jadinya..kalau sebaliknya yang sebalinya lah kita dapat..kan? heee

puteri kasih said...

bila diminta melakukan sesuatu yang baik..seribu alasan diberi. Namun untuk melakukan sesuatu yang jahat tidak perlu dijemput pula..biasanya itulah sikap manusia kan :)

Nieyxzha Hassan said...

Betul tu..kita ingat kita dah cukup pahala..lengkap amal ibadah..tapi kita lupa akan dosa yang kadang kala menimbun tanpa kita sedar T.T

dyg raudzah said...

Nice shots and thanks. Jgn terlalu mudah menghakimi kerana pekerjaan menghakimi org lain tu bukan kerja kita. Serahkan pada Allah. Org yg tidak bertudung tetapi sgt rajin bersolat adalah lebih baik drpd org yg bertudung tetapi tidak bersolat. KataUlama Hamka, 'Jika kamu melihat wanita yg berkain pendek masuk ke surau, jgnlah kita menghakimi dulu. Lihat apa yg dilakukannya, kalau dia bersolat, maka biarkanlah. Sesungguhnya dia sedang melalui saat mendapat cahaya. Doakan saja dia. '

Adhha said...

Jelas dalam al quran,hukumnya wajib menutup aurat baik lelaki atau wanita. Jelas allah berfirman bahawa berdosa hukumnya jika tidak menutup aurat. Jadi memang confrim berdosa mereka yg tak menutup aurat

Adhha said...

Wajib seorang muslim menegur,menasihati mereka yang terkeluar dari landasan dan hukum agama. Ini Bukan soal menyibuk hal org lain.

Adhha said...

Kalau rasullulah yang yang kata mcm tu, boleh ikut la.
Now bercakap soal menutup aurat.
Menutup aurat itu wajib.
Solat itu wajib.
Jgn nak ckp solat je wajib.
Tutup aurat boleh lebih kurang cincai.
2-2 tu perkara WAJIB!!!
JGN UBAH UBAH DAH.
PERKARA WAJIB , HAL HAL HUKUM ALLAH JGN BUAT MAIN MAIN. JGN BUAT DAN BERKATA-KATA IKUT SANGKAAN SENDIRI.
MASYAALLAH..
pedulikan soal mereka yang bertudung tetapi tidak solat.
Balik semula ke hal 'wajib menutup aurat'..
Jelas dlm quran, allah kata wajib menutup aurat. Jelas hukumnya berdosa.

Mintak maaf.. saya terpaksa mengingatkan sebab awk seorang muslim.

Ramai yg mengaku beriman, tetapi sebenarnya tidak. Fasik dan munafik.

Mendedahkan gambar yg tidak menutup aurat di media sosial apa hukumnya?

Semoga anda berubah dan bertaubat.

Jaga aurat anda seperti yg dituntut oleh hukum allah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG ADA DI DALAM BLOG INI MILIK FARHANAH ADZLAN KECUALI DINYATAKAN @ 2010-2015