Tips Mudah Bangun Qiamulail / Tahajud

Bismillahirrahmanirrahim :)


Dah alang2 cuti yang agak panjang ni kan espicially budak lepasan SPM mehh lee kita sama2 cuba memperbanyakkan Qiamullail. Ingatan untuk diri sendiri   juga hehe :) Kat sini ada beberapa tips untuk bangun Qiamullail sumber PakCik Gugel.

1- Ikhlas kepada ALLAH dalam setiap tindakan yang dilakukan bagi meraih keredhaanNYA, iaitu melakukan solat malam dengan merahsiakannya dari pengetahuan orang ramai. Ini bertujuan supaya tidak ada rasa riak dalam diri.
2- Hendaklah melakukan solat malam dengan perasaan dalaman bahawa ALLAH swt menjemputnya untuk bangun di tengah malam.

3- Mengetahui sedalam-dalamnya ilmu mengenai kelebihan bangun malam berdasarkan pengajian & perbincangan.

4- Memerhati kesungguhan individu-individu terdahulu daripada kita yang istiqamah & iltizam melakukan qiyamullail khususnya para soliheen di kalangan sahabat & ulama'.
5- Tidur di atas lambung sebelah kanan akan memudahkan seseorang itu bangun di tengah malam seperti yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah saw.

6- Tidur dalam keadaan berwudhu' seperti yang ditegaskan oleh Rasulullah saw: "Apabila kamu hendak masuk tidur, berwudhu'lah seperti untuk menunaikan solat."-Hadith riwayat Imam Bukhari & Muslim.

7- Bersegeralah masuk tidur (tidur di awal waktu) terutama selepas solat Isya' seperti amalan yang dilakukan oleh Rasulullah saw.
8- Berzikir dengan wirid-wirid yang ma'thur seperti Ma'thurat sebelum tidur, atau ayat-ayat pilihan dari al-Quran, dan baca doa tidur. Kerana ia menjadi benteng diri dari kejahatan syaitan dan membantu untuk mudah bangun.

9- Seboleh-bolehnya tidur sebentar di siang hari (Qailullah) iaitu sebelum masuk waktu Zuhur atau selepasnya, sekadar dalam setengah jam.
10- Elakkan dari banyak makan dan minum, kerana ia boleh membantutkan hasrat untuk bangun di tengah malam.

11- Bertekad sedaya upaya untuk bangun malam dalam apa jua keadaan.

12- Menjauhi dosa dan maksiat, kerana ia dikenal pasti sebagai penghalang pertama & utama dari mudah untuk bangun di tengah malam.

13- Muhasabah diri jika tidak mampu untuk bangun di tengah malam.

Untuk percubaan pertama Qiamullail, laksanakanlah dengan penuh khusyuk dan tawadhuk, pasti kita dapat merasai kemanisannya dan membimbing ke arah kebaikan. InsyaAllah :)


Diri ini pon bukannya bagus sangat punn. Tapi tak salah kan kita sama2 berubah kearah lebih baik dan ajak benda baik kan?



Dah Baca? Like dan Comment la =)

8 Kata-Kata Pujangga:

Yaya Mohd said...

ye betul..InsyaAllah..lau dlm ati tu bniat nk bgun malam,akn bgun jgk.. =)
same2 la kita amalkan..

αզιℓααα ғαωααααн said...

Aikk , takkan singgah je ? Join segmen sekali jom :D

Unknown said...

wahh tips yg berguna :D
nice sharing ^^
datang menyebok balik dkt sini :D

Sya said...

Terima kasih kasi tips ni. InsyaAllah kita sama2 cuba bgn tgh malam ;)

Hasmida Haswan said...

Wah..bgus tip2 ni..doakan sy agar dpt lakukanya..tkasih..

Hasmida Haswan said...

Wah..bgus tip2 ni..doakan sy agar dpt lakukanya..tkasih..

Hasmida Haswan said...

Wah..bgus tip2 ni..doakan sy agar dpt lakukanya..tkasih..

Anonymous said...

Terima kasih saya baru kahwin nak jadikan solat malam sebagai habit kami supaya senang dan menjdi contoh buat anak2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG ADA DI DALAM BLOG INI MILIK FARHANAH ADZLAN KECUALI DINYATAKAN @ 2010-2015