Pasti semua umat Islam Mengenali Utusan Allah iaitu Nabi Muhammad saw kan2?Jom kita tambahkan lagi pengetahuan tentang Nabi Muhammad SAW:)
Jom selawat dulu baru baca :)
1. Nabi SAW tidak melepaskan tangannya semasa bersalam sebelum yang bersalam dengannya melepaskan tangan terlebih dahulu.
2. Nabi SAW tidak pernah menghulurkan kaki di hadapan sahabat-sahabatnya.
3. Nabi SAW menoleh dengan seluruh badannya, menunjuk dengan seluruh jarinya.
4. Nabi SAW kalau berbicara sesekali menggigit bibir tanda berfikir, menepuk telapak kiri dengan jari telunjuk.
5.Baginda tidur dengan alas tidur dari pelepah sebanyak 4 lapis, dan kalau musim dingin dipakai 2 lapis dan 2 lapis lagi untuk selimut (hingga Umar bin Khattab sempat menangis jika membandingkan gaya hidup rasulullah dengan raja romawi)
6. Harta Nabi SAW yang paling mewah adalah sepasang alas kaki berwarna kuning, hadiah dari Negus, penguasa Abissinia.
7. Nabi SAW tinggal di pondok kecil beratap jerami yang kamar-kamarnya dipisahkan oleh batang-batang pohon yang diikat dengan lumpur bercampur kapur.
8. Nabi SAW sendiri yang menyalakan api, memerah susu dan menjahit alas kakinya yang koyak.
9. Santapan Nabi SAW yang paling mewah, meskipun jarang dinikmatinya, adalah madu, susu dan lengan kambing.
10. Nabi SAW gagah berani, namun memiliki senyum yang sangat memikat dan malu memalukan orang.
11. Nabi SAW merupakan contoh sempurna untuk manusia iaitu pekerja, pemikir, pengabdi Allah dan seniman.
12. Nabi SAW selalu memilih yang termudah, selama halal, bila berhadapan dengan pilihan.
13. Senyumnya menyejukkan, dilukiskan sebagai butir salji di Oase.
14. Baginda tidak pernah sakit gigi. Baginda bersiwak(gosok gigi) tak kurang 10 kali sehari.
15. Warna kulit beliau putih kemerah-merahan.
>sumber<
Jom selawat lagi! :D
Siapa ada lagi nak tambah,tambah je kat comment:)
1 Kata-Kata Pujangga:
Selawat ke atas Rasul.. terpujinya sifat dia
Post a Comment