Apa Beza Bakar Lemak Dengan Bakar Kalori ?

Bismillahirrahmanirrahim :)

Jika bakar kalori, semua aktiviti bahkan tidur sekalipun badan kita akan bakar kalori. Bernafas pun akan bakar kalori.


Namun bakar lemak berbeza. Anda wajib melakukan aktiviti fizikal seperti senaman kardio ataupun senaman bebanan supaya berlakunya peningkatkan kadar denyutan jantung.

Kajian mengatakan peningkatan denyut nadi sehingga 65% dari paras maksimum, badan kita akan mula membakar lemak secara efektif.

Oleh itu, sekurang-kurangnya 3 kali seminggu anda lakukan aktiviti yang melibatkan peningkatan kadar denyut nadi supaya pembakaran lemak dapat berlaku...


Tingkatkan aktiviti harian, berjalan pantas, naik turun tangga, cuci kereta, bersukan. Kurangkan menonton TV atau bermain permainan computer *akulatu* kerana badan hanya membakar 1 kalori seminit jika kita beraktiviti seperti ini dan ia sama nilai dengan kalori yang dibakar semasa tidur!

Berapa kalori dibakar dengan aktiviti yang kita lakukan?
--> Kalori yang dibakar bergantung pada berat badan dan ketumpatan tubuh seseorang
--> Berikut adalah kiraan kalori yang dibakar seorang yang seberat 68kg beraktiviti selama sejam.

 1) Menonton TV = 40 kalori
 2) Berjalan pantas = 300 kalori
 3) Bermain bola keranjang (agresif) = 450 kalori
 4) Mengemas rumah = 240 kalori
 5) Berkebun = 320 kalori
 6) Bermain golf (bawa sendiri Club) = 385 kalori
 7) Berbasikal statik = 380 kalori
 8) Ping Pong = 280 kalori



Alhamdullilah info ni sedikit sebanyak dapat menambahkan pengetahuanku:) Moga dapat bantu korang juga walaupun sikit:) So ape lagi?
Jom kita bakar kalori sama2 dan kurangkan lemak sama2 ^^

Sumber SINI dan SINI.


Dah Baca? Like dan Comment la =)

9 Kata-Kata Pujangga:

khairunnisa anis said...

good

Zahrenn said...

nice sharing hehe

Mia Liana said...

banyak lemak ni... uhuhuh lepas ni nak kena exercise la..

Dea Rahma Dewi said...

nice :)

Miss Ena said...

salamm , wahh baguslah entri yg ni , nti bolehlh jadikan rujukan . keep up :D

teratai said...

tambah kalori mudah,tp nak bakar lemak tu yg susah!

Arjuna Silvera said...

useful infor

SYAH'IZZAT said...

x penah pikir psl lemak.. haha

SYAH'IZZAT said...

x penah pikir psl lemak.. haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG ADA DI DALAM BLOG INI MILIK FARHANAH ADZLAN KECUALI DINYATAKAN @ 2010-2015