Dah alang2 cuti yang agak panjang ni kan espicially budak lepasan SPM mehh lee kita sama2 cuba memperbanyakkan Qiamullail. Ingatan untuk diri sendiri juga hehe :) Kat sini ada beberapa tips untuk bangun Qiamullail sumber PakCik Gugel.
1- Ikhlas kepada ALLAH dalam setiap tindakan yang dilakukan
bagi meraih keredhaanNYA, iaitu melakukan solat malam dengan merahsiakannya
dari pengetahuan orang ramai. Ini bertujuan supaya tidak ada rasa riak dalam
diri.
2- Hendaklah melakukan solat malam dengan perasaan dalaman
bahawa ALLAH swt menjemputnya untuk bangun di tengah malam.
3- Mengetahui sedalam-dalamnya ilmu mengenai kelebihan
bangun malam berdasarkan pengajian & perbincangan.
4- Memerhati kesungguhan individu-individu terdahulu
daripada kita yang istiqamah & iltizam melakukan qiyamullail khususnya para
soliheen di kalangan sahabat & ulama'.
5- Tidur di atas lambung sebelah kanan akan memudahkan
seseorang itu bangun di tengah malam seperti yang ditunjukkan oleh baginda
Rasulullah saw.
6- Tidur dalam keadaan berwudhu' seperti yang ditegaskan
oleh Rasulullah saw: "Apabila kamu hendak masuk tidur, berwudhu'lah
seperti untuk menunaikan solat."-Hadith riwayat Imam Bukhari & Muslim.
7- Bersegeralah masuk tidur (tidur di awal waktu) terutama
selepas solat Isya' seperti amalan yang dilakukan oleh Rasulullah saw.
8- Berzikir dengan wirid-wirid yang ma'thur seperti
Ma'thurat sebelum tidur, atau ayat-ayat pilihan dari al-Quran, dan baca doa
tidur. Kerana ia menjadi benteng diri dari kejahatan syaitan dan membantu untuk
mudah bangun.
9- Seboleh-bolehnya tidur sebentar di siang hari (Qailullah)
iaitu sebelum masuk waktu Zuhur atau selepasnya, sekadar dalam setengah jam.
10- Elakkan dari banyak makan dan minum, kerana ia boleh
membantutkan hasrat untuk bangun di tengah malam.
11- Bertekad sedaya upaya untuk bangun malam dalam apa jua
keadaan.
12- Menjauhi dosa dan maksiat, kerana ia dikenal pasti
sebagai penghalang pertama & utama dari mudah untuk bangun di tengah malam.
13- Muhasabah diri jika tidak mampu
untuk bangun di tengah malam.
Diri ini pon bukannya bagus sangat punn. Tapi tak salah kan kita sama2 berubah kearah lebih baik dan ajak benda baik kan?
8 Kata-Kata Pujangga:
ye betul..InsyaAllah..lau dlm ati tu bniat nk bgun malam,akn bgun jgk.. =)
same2 la kita amalkan..
Aikk , takkan singgah je ? Join segmen sekali jom :D
wahh tips yg berguna :D
nice sharing ^^
datang menyebok balik dkt sini :D
Terima kasih kasi tips ni. InsyaAllah kita sama2 cuba bgn tgh malam ;)
Wah..bgus tip2 ni..doakan sy agar dpt lakukanya..tkasih..
Wah..bgus tip2 ni..doakan sy agar dpt lakukanya..tkasih..
Wah..bgus tip2 ni..doakan sy agar dpt lakukanya..tkasih..
Terima kasih saya baru kahwin nak jadikan solat malam sebagai habit kami supaya senang dan menjdi contoh buat anak2
Post a Comment