Jika Kita Dibuang OlehNYA Di Dalam Tong Sampah...

Bismillahirrahmanirrahim :)


Alhamdulillah dah selesai baca buku 'SIAPA ALLAH DI HATIMU?' pemberian Kak Nora. Ada few ayat dalam buku ni boleh membuatkan menitiskan air mata huhu. Meh saya ceritakan sedikit story2 dalam buku ni. Sharing is caring :)

PERNAH DIKAU DIBUANG?

Diberikan contoh kita mempunyai sebuah radio. Apa fungsi radio tu? Pastilah untuk mengalunkan lagu2 yang kita mahu dengar kan?Bila radio tu rosak Apa yang kita akan buat dengan radio tu?Pasti buang dalam tong sampah dan beli yang baru kan? Kenapa kita buang radio tu? Sebab dah tak berfungsi rite?
Sama juga seperti kita.Apa sebab kita diciptakan didunia ni?

“Tidak Aku ciptakan jin dan Manusia melainkan hanya untuk beribadah kepada-Ku.”
 (QS. Adz –Dzariyat: 56 )
Tapi apa yang kita lakukan (termasuk diri saya ni)? Adakah kita betul2 beribadah kepada Allah?Apabila sampai waktu solat adakah kita betul2 melaksanakan dengan sebaiknya?Apabila disuruh menutup aurat adakah kita menutup aurat dengan sempurna? dan macam2 lagi.

Ibarat radio tadi tu laa. Bila dia tak menjalankan fungsinya radio tu akan dibuang.  Sedangkan kita ni manusia..Adakah kita berfungsi mengikut kehendakNYA

Adakah Allah buang kita walaupun kita melaksanakan ibadahnya dengan penuh kelalaian atau tidak buat langsung? Adakah Allah terus membuang kita bila kita tak menutup aurat dengan sempurna?

Cuba bayangkan jika kita dibuang di Tong sampah. Di tong sampah manakah kita akan berada? Adakah itu akan berlaku?Tidak bukan?

Wahai anak-anak Adam, engkau jika datang kepada-Ku dengan dosa yang hampir memenuhi bumi, namun engkau menemui-Ku tanpa mensyirikkan Daku dengan sesuatu, nescaya aku datang kepadamu dengan penuh keampunan. (Riwayat al-Tirmizi)

Apakah maksudnya itu?

Ya Allah...sungguh sayangnya Dia kepada kita. Adakah kita sudah balas cinta dan sayangNYA? Biar kita tidak berfungsi seperti kehendakNYA adakah kita dibuang?Disisihkan? 

Pada saat Allah sentiasa bersama kita setiap saat Adakah kita ingat kepadaNYA? Sebenarnya kita ni kejam kan? Siapa Allah di hati kita?

Sama2 kita muhasabah diri. Siapa Allah dihati kita? 
*menaip dengan air mata yang ditahan*


Dah Baca? Like dan Comment la =)

9 Kata-Kata Pujangga:

aein safinah said...

Teringin nak baca buku ni. =D

Husna Izzati said...

nice entry..awk jom join GA
http://akusukaketawa.blogspot.com/2013/04/giveaway-by-di-2.html
hadiah sgt menarik =)

ima said...

Nice entry ..
jom join GA .. http://fahimahdin.blogspot.com/2013/04/first-giveaway-by-nuranis-amar.html

_mauhaha_corner said...

Nak cari this book. Btw thanks for sharing.(:

DrNurhuda said...

Eee macam best je! cover pun best .. :) thx for sharing dear! :D
http://e-datsyati.blogspot.com/2013/04/kalut-sangat.html

Ain Dzaya said...

semoga sentiasa di bawah lindungan Allah..

Ain Dzaya said...

semoga sentiasa di bawah lindungan Allah..

Cik Kay Jue said...

thnks for sharing...

ckj pun sedang berusaha nak berubah kerarah kebaikkan.. :)

Syida Rasyidah said...

nanti nak carilaa buku nie, nice sharing.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG ADA DI DALAM BLOG INI MILIK FARHANAH ADZLAN KECUALI DINYATAKAN @ 2010-2015