Apabila Dibiarkan Keseorangan......

Bismillahirrahmanirrahim :)


Pada akhir bulan 4 ini iaitu 26-28 April 2013 aku terlibat dalam kem kepimpinan pengawas ps sekolah sendiri. Ex-sekolah ekceli hihi. 

Ini merupakan kali pertama cikgu aku tak pakai orang luar untuk mengendalikan kem tersebut. Kali ini mantan2 pengawas PS sekolah yang akan merancang,mengendalikan dan menguruskan kem tersebut untuk selama 3 hari 2 malam di UKM BANGI.

Ahli2 Majlis Tertinggi Pengawas PS akan menjadi Fasilitator time kem tu.


So pada mulanya terdapat 5 orang mantan termasuk aku untuk mengendalikan kem ini. Tapi last2 setiap sorang dari mereka ada masalah masing2 untuk menghandiri kem tu. Apa maksudnya itu?
Tinggal diri ini seorang yang menguruskan kem tu ='(


Do you feel what I feel rite now? huhu.

Seriusly bila kawan aku cakap kemungkinan besar tak dapat nak hadir kem tu sebab tak dapat cuti kerja, semangat,kekuatan aku dah takde.


Tapi ape yang membuatkan aku teruskan jugak datang sekolah untuk meneruskan kem tersebut?

Sebab aku fikir cikgu jee. Kalau aku pun tarik diri kem ni Sape yang akan menguruskan kem ni? Budak2 Form 5? Dorang nak jadi Fasi dorang nak jadi Urusetia memang tak jalan. Hire consultant luar? Tak mungkin dibuat last minute. 

Me: Cikgu, saya rasa saya tak mampu nak urus kem ni seorang diri. Rasa macam nakk...
Her: Janganlah camtu. Awak tulang belakang saya untuk kem ni.


Dengan berbekalkan harapan cikgu dan semangat Ahli2 Majlis Tertinggi pengawas aku kuatkan jugak hati untuk teruskan.

Semalam 12 April tengok tempat kem kat UKM Bangi untuk set aktiviti. Jalan kaki dari sekolah ke Hentian Kajang Naik bas ke Pintu utama UKM Jalan kaki dari Pintu utama UKM ke Kolej Zaaba Jalan kaki ke Hutan Simpan UKM Masuk Hutan Simpan UKM. Jalan kai ke tasik UKM dan Jalan kaki ke bus stop.

Balik rumah terus sengal2 badan-,-


Apa yang aku runsingkan sekarang ini ialah berjayakah aku seorang diri mengendalikan kem ni?Berjalan lancarkah kem itu nanti? Berjaya kah aku membuatkan mereka seronok sepanjang kem tu?

Ya Allahh berilah aku kekuatan dan permudahkan segalanya.


Kalau korang berada di tempat aku adakah korang terfikir untuk menarik diri?



NOTA KAT BAWAH: 2 dalam 1. Urusetia dan Fasilitator. Maybe akan jadi 3 dalam 1. Kem Com? Arghh!!


Sorry buat karangan SPM-,-


Dah Baca? Like dan Comment la =)

5 Kata-Kata Pujangga:

aiman mania said...

kalau eman jd farhanah mmg konfem tarik diri...dahlah sorg2 plak tuh...tak de berteman...

Pha Is said...

x cukup dgn bold, di-undeline pulak perkataan "jalan kaki" tuh.. hahaha

anyway.. selamat menjadi urusetia, fasi, dan kem commander... hehehe

puteri kasih said...

bukan mudah nak uruskan semuanya seorang..tapi anggap saje itu sebagai amanah atau tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.

You can do it ^_^

FarhanahAdzlan said...

@aiman mania kan?tapi saya tak boleh buat camtu banyak akibat buruknya huhu

@pha is huh! bukan senang tu tau! hahaha selamat laa sangat kann hahaha

@puteri kasih yup thank you sis :)

cydayf said...

kalau ktepun confirm tarik diri.. huhuhu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG ADA DI DALAM BLOG INI MILIK FARHANAH ADZLAN KECUALI DINYATAKAN @ 2010-2015