Menangis Adalah Baik ??



Firman Allah SWT melalui ayat 82 surah at-Taubah bermaksud: "Maka bolehlah mereka (golongan munafik) ketawa sedikit (di dunia ini) dan mereka akan menangis banyak (di akhirat kelak), sebagai balasan bagi apa yang mereka telah usahakan (semasa hidup di dunia)." Dan dalam ayat 60 surah an-Najm yang bermaksud: "Maka mengapa kamu ketawa dan tidak menangis?"

Daripada Abu Hurairah r.a Nabi Muhammad S.A.W bersabda : “Sekiranya kamu mengetahui apa yang aku ketahui nescaya kamu kurang ketawa dan banyak menangis”
Riwayat al-Bukhari Sumber: 300 Hadis Bimbingan

Apabila anda banyak ketawa ianya mematikan hati, lantas kurang-kurangkanlah ketawa kerana kita tidak tahu nasib, takdir dan ketentuan serta kesudahan kita. Maka sematkanlah dalam ingatan kita hadith di atas semoga kita sentiasa dapat bermuhasabah diri..InsyaAllah.

Kurangkan ketawa banyakan senyum kerna senyum itu sedekah :) Dari Abu Dzar ra., Rasulullah SAW bersabda : "Engkau tersenyum di depan saudaramu adalah sedekah" (Riwayat Bukhari dari Kitabul Adab)



p/s:Berdebar2 bila tengok result senior yg hebakkk2 belaka~


Dah Baca? Like dan Comment la =)

1 Kata-Kata Pujangga:

Mohamad Rivai said...

saya juga kadang nangis..
gara gara wanita.

hahahah. :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG ADA DI DALAM BLOG INI MILIK FARHANAH ADZLAN KECUALI DINYATAKAN @ 2010-2015