Puasa Orang Tak Solat Dan Perempuan Tidak Tutup Aurat Diterima?


Satu soalan yang menarik kawan aku telah ajukan kepada
ustazahku ketika dalam kelas..


"Sah ke perempuan yang tak menutup aurat itu berpuasa?"
Ustazahku menjawab: Ada ke syarat sah berpuasa tu menutup aurat?Tiada kan?Puasanya sah tetapi kompem2 pahala puasanya tiada..Sebab ape?Cuba bayangkan 24 jam tu perempuan tersebut free hair sudah pastinya berada
dalam keadaan sentiasa berdosa..
Adakah 24 jam perempuan tersebut buat pahala?Tidak bukan?
Jadi pahalanya tidak dapat nak cover dosanya yang lebih banyak dari pahala..
Konklusinya puasanya sah tetapi tiada pahalalah jadi puasa itu sekadar menahan dahaga dan lapar dan tiada function..

"Apa hukum orang puasa tak solat pula?"

Contohnya lebih kurang apabila seseorang itu hanya berpuasa tetapi tidak bersolat dan sebagainya. Demikian juga mereka yang beriman dengan separuh dan sebahagian ajaran al-Quran dan kufur dengan sesetengah ajaran yang lain. Firman-Nya bermaksud: "Maka tidak ada balasan kepada mereka yang berlaku demikian (beriman dengan setengah kitab dan kufur dengan setengah yang lain) selain kehinaan di dunia ini dan pada hari akhirat nanti dia akan ditolak ke dalam azab seksa yang sangat hebat dan Allah tidak pernah lupa tentang segala perbuatan kamu" (al-Baqarah ayat 85).

Kemungkinan besar ibadat puasa tersebut tidak diterima kerana dilakukan bukan ikhlas kepada-Nya tetapi hanya sebab lain. Ini kerana sekiranya seseorang beribadat semata-mata kerana Allah, pasti solat juga dilakukannya dengan ikhlas dan tidak dapat dipisah-pisah begitu, kerana semuanya adalah kewajipan dan perintah Tuhan yang menciptakannya. Nabi dalam hadis qudsi bersabda bermaksud:"Segala amalan manusia ini dia sendiri yang punya (boleh dilakukannya sesuka hati) melainkan puasa sahaja, yang aku punya, maka Akulah yang dapat membalas dan menilainya" HR Muslim.

Semoga di bulan Ramdhan kita termasuk saya sendiri bersama2 perbaiki diri untuk menjadi yang lebih baik dan lebih baik supaya pahala kita jadi baik itu bukan sahaja dapat kat kita je dapat juga kat ibubapa kita <3



p/s: Lagu baru Najwa Latif-AdaMu tu best kan2?


Dah Baca? Like dan Comment la =)

6 Kata-Kata Pujangga:

Aimacomel said...

terima kasih sbb saling ingat mengingati sesama kita.. ye, betullah tu

AM said...

Rugikan kalau berpuasa tapi tak tutup aurat & tak solat? Sama-sama kita muhasabah diri sendiri, pertingkatkan amal ibadat di bulan mulia ini dan kekalkannya walaupun bukan bulan Ramadan. Insyallah. :)

hani barjok said...

trima kasih krana mngingatkn. salam ramadhan, moga2 ramadhan thun ni beri 1001 kbaikn pda kta. :)

FarhanahAdzlan said...

@babycomelingatkan diri saya ni jugak =)

@Arol Mubinyeahh..agree :D

@hani barjoksama2 =)

Unknown said...

aurat perintah allah swt melalui alquran... tidak menutup aurat bermakna melanggar dan ingkar dgn perintah allah... langgar perintah allah maka batallah iman bi bata iman tidak sah islam bila tidak sah islam sah ke ibadah...??? fikir²kan... wallahua'lam...

Unknown said...

aurat perintah allah swt melalui alquran... tidak menutup aurat bermakna melanggar dan ingkar dgn perintah allah... langgar perintah allah maka batallah iman bi bata iman tidak sah islam bila tidak sah islam sah ke ibadah...??? fikir²kan... wallahua'lam...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG ADA DI DALAM BLOG INI MILIK FARHANAH ADZLAN KECUALI DINYATAKAN @ 2010-2015