Ally Iskandar & Isteri Saling Merindu


Selepas bernikah pada 20 Januari lalu, Ally Iskandar, 36, terpaksa berpisah seketika dengan isterinya, Nurfarahin Romli, 22, lantaran Farah perlu meneruskan pengajiannya dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Incheon, Korea Selatan . Perkahwinan jarak jauh itu pasti ada cabaran dan dugaannya, lebih-lebih lagi Ally dan Farah baru mencuba mengenali hati budi masing-masing kerana tidak melalui zaman percintaan seperti pasangan-pasangan lain.

“Walaupun saya agak sedih kerana terpaksa berpisah sementara dengan isteri, tetapi saya sangat bahagian dengan kehidupan sekarang ini. Namun saya tidak nafikan perkahwinan jarak jauh sangat mencabar. Tapi ini hakikat yang kami sedia terima. Selepas hantar Farah kembali ke Korea tempoh hari saya rasa masa berjalan begitu perlahan. Sebab saling merindu kami selalu habiskan masa berbual-bual di Skype berjam-jam lamanya. Sampai tertidur pun ada,” ujar Ally berkongsi cerita.

Dalam masa yang sama, Ally juga mendedahkan yang dia dan Farah membuat perjanjian untuk berjumpa sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan. Sama ada Ally ke Korea, ataupun Farah pulang ke sini. Oleh kerana itu, dia dan Farah perlu berjimat-jimat dalam berbelanja.

“Saya memang berjimat-cermat untuk berulang-alik ke Korea. Walaupun beli tiket daripada Air Asia, tetapi kosnya agak tinggi juga. Sekarang ini perbelanjaan saya tidak sama seperti masih solo dahulu. Saya ada tanggungjawab sebagai seorang suami,” ujar Ally lagi.

Sama seperti suami-suami lain, Ally juga tidak ketinggalan meninggalkan pesan kepada isterinya supaya menjaga diri elok-elok dan tidak melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan nama baik suami dan keluarga.

“Walaupun Farah masih bergelar pelajar dan tinggal berasingan daripada saya, tetapi di harus ingat dengan statusnya sebagai seorang isteri. Kalau dulu dia bebas membuat keputusan sendiri mahupun ke mana sahaja. Tapi sekarang dia kena maklumkan saya terlebih dahulu. Ini kerana segala perbuatannya akan berkait dengan saya.

Dalam masa yang sama, saya juga perlu menunjukkan contoh yang baik. Saya tidak boleh mengharapkan Farah sahaja berbuat begitu. Saya juga selalu maklumkan kepada Farah tentang rutin harian saya. Kami saling berkongsi dan menghormati antara satu sama lain,” ulas Ally.

Menyentuh tentang cahayamata, Ally sekali lagi menegaskan yang dia dan Farah perlu bersabar untuk perkara itu.

“Masa dan keadaan tidak mengizinkan kami untuk menimang cahayamata dalam waktu terdekat ini. Farah masih lagi belajar. Tunggulah dia pulang ke Malaysia dahulu. Kalau ikutkan hati, memang saya hendak sangat anak, tapi kenalah bersabar dahulu,” ujar Ally sambil mengukir senyuman.

credit: GUA.COM.MY

Aku sangat suka cerita dorang berdua ni..Sangat Sweett..HAHAHA~
Inilahh "CINTA SELEPAS NIKAH"..

Yang pasti jika sesuatu perkahwinan dimulai dengan penuh kemurkaan Allah iaitu maksiat or "couple2" pasti perkahwinannya
tidak diberkati Allah melainkan bertaubat=)



Dah Baca? Like dan Comment la =)

3 Kata-Kata Pujangga:

Fuzzy said...

suka sangat dgn dorang nih..
sweet couple.. ^__^

Anonymous said...

Dah dekat 40 rupanya elly ni...

p/s: Bakal menggegarkan dunia blogger pada 30 April 2012: RahsiaSocialBookmarking.com
Rahsia Jana RM45,000 dari laman komuniti!

aindzaya said...

so sweet!
jelez eayh!
wuwuwuwu..untung elly dpt istri yg antara golongan solehah..kiranya byk hikmah la putus tunang byk kali..

"Ain Dzaya | Tips penting bodek godek pensyarah.hik.hik..".

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG ADA DI DALAM BLOG INI MILIK FARHANAH ADZLAN KECUALI DINYATAKAN @ 2010-2015