BIODATA RASULULLAH SAW
- Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
- Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun
- gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka’abah)
- Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
- Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
- Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
- Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
- Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
- Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)
HAYAT HIDUP RASULULLAH
USIA 5 TAHUN
- Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.
USIA 6 TAHUN
- Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
- Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.
USIA 8 TAHUN
- Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
- Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun)
- Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
- Dikota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.
USIA 20 TAHUN
- Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’ ,jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah14 atau 15 tahun.
- Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
- Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah..
USIA 25 TAHUN
- Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
- Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
- Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
- Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
USIA 35 TAHUN
- Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah.
- Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
- Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.
USIA 40 TAHUN
- Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.
USIA 53 TAHUN
- Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemanioleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
- Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.
USIA 63 TAHUN
- Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.
- ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW.
- Khadijah Binti Khuwailid
- Saudah Binti Zam’ah
- ‘Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
- Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab)
- Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
- Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
- Zainab Binti Jahsy
- Maimunah Binti Harith
- Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
- Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin
- ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
-Qasim--Abdullah--Ibrahim--Zainab--Ruqaiyah--Ummi Kalthum--Fatimah Al-Zahra’-
SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW
-Thuwaibah--Hamzah--Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad--Halimah Al-Saidiyyah--Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib--Abdullah bin Harith bin Abdul ‘Uzza--Syaima’ binti Harith bin Abdul ‘Uzza--‘Aisyah binti Harith bin abdul ‘Uzza-
Sabda Rasulullah SAW:
“Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas)
Terkadang manusia hanya reti menyemut "SAYA UMAT NABI MUHAMMAD" " SAYA CINTAKAN RASULULLAH"..Tetapi bila ditanya tarikh lahir Rasulullah pun tak tau..Selawat keatasnya pun amatlah jarang sekali..
*Ingatan untuk diri sendiri juga*
6 Kata-Kata Pujangga:
nice.. tak kenal maka tak cinta.. Nak cintakan Rasulullah kenalah kenal Rasulullah.. kn?
@ain soofiyah yup..of course..semua umat Islam wajib kenal beliau=)
Kan dapat pahala kalau kita mengenali Rasul kita sedikit demi sedikit..Dapat pahala betul tak? =D
* Hahahaha mana orang yang nak lawan boling tuh?
salam maulud =)
@Hilmi Razali yeah of course dapat pahala..
jangan main2 tau..tunggu je la..tahun depan ke..dah kompem terer baru boleh lawan..hahaha~
Selawat dan Salam ke Atas Rasulullah SAW..
Seerah | Wanita Ini | Tazkirah
Post a Comment