Jangan Anggap Orang Tua Itu Ilmunya Banyak~


Cehh..Tajuk tak boleh blahh..Aku bukan orang tua ye..Baru 17 tahun~Hehehe~
Korang akan paham kenapa aku letak tajuk tu selepas baca cerita kat bawah ni=)

Cerita bermula=)

Aku malu terhadap seseorang..Kalau boleh tak mau pandang langsung dia..
Dia adalah berjantina lelaki..Dan aku banyak bercakap dengan dia time training syarahan sampai time pertandingan syarahan last week..
Cehh saspen je kan??Korang fikir sape hah?hahaha~

Takdelah dia tu adik kepada kawan aku=)
Ada 3 sebab aku SANGAT MALU pada dia
dan SANGAT MALU pada diri sendiri~

Sepanjang aku training syarahan dia yang tolong masukkan ayat2 alquran dengan hadis2 dalam teks aku..Itu pun nak malu kan?Kecoh je aku ni~hahaha~
Sebabnya~

1)Aku adalah pelajar sekolah agama selama 3tahun sebelum masuk SMK jalan reko..Tetapi aku tak mampu kasi fakta bersama dengan ayat quran dan hadis..
Sedangkan dia bukan aliran agama dan kelas b.arab..

2)Aku lebih tua setahun dari dia..Tapi aku miskin dengan ilmu..
Dia?Aku salute dia..

3)Selama 3tahun aku belajar tafsir dan hadis..Tapi aku tak aplikasikan dalam kehidupan..Ayat alquran dengan hadis yang dia bagi memang simple je dan aku tau tapi aku tak mampu fikir secara spontan untuk dapatkan semua tu~

Cukuplah 3point tu yang menunjukkan aku malu pada diri sendiri..Tak semestinya kita dah bersekolah agama dan kita lagi tua kita lagi banyak ilmu agama kan?

Aku memang camni..Ego aku kadang2 terlebih pulak...Aku tak boleh nak berhadapan dengan orang hebat yang lebih muda dari aku..hehe~


Aku tak mau sebut nama dan letak gambar dia..Sebab ramai budak sekolah aku SUKA SANGAT STALKER BLOG AKU*perasan*..Kalau yang tau tu senyap je..Malu aii tau~hahaha~

Cerita syarahan aku kat SINI dan SINI..


p/s:Telur dadar hangus jadi SANGAT SEDAP akibat terlalu lapar..huehehe~
Kesian suami masa depan aku..Mesti badan dia ramping sebab aku tak reti masak..huahahaha...




Dah Baca? Like dan Comment la =)

3 Kata-Kata Pujangga:

wanie_mn said...

kan kan kan?
kdg2 tahap matang some1 tu tak padan dgn umur dia :)

Cik Kay Jue said...

kalau saya pun malu... huhuhu.. mungkin dia banyak baca buku atau tengok tv yang ada rancangan ilmiah..

*p/s : yang fasal telur hangus, saya pun pernah masa telur hangus sebab leka cakap dengan telefon. hehe.. :P biasa la bila lapar semua bnda jd sedap.. hehe.. :P

Unknown said...

Kecik kadang bukan anak. Besar kadang bukan bapak. Seronok jumpa orang yang biasa-biasa saja tetapi sebenarnya bijak di dalam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG ADA DI DALAM BLOG INI MILIK FARHANAH ADZLAN KECUALI DINYATAKAN @ 2010-2015