Adab-Adab Menumpang Kereta

Bismillahirrahmanirrahim :)


Bagi aku ada 4 adab ketika menumpang kereta orang lain.

1- Huluq duit minyak
2- Tak tido memanjang
3- Tak duk hadap phone memanjang
4- Tutup pintu elok2
5- Punctual
6- 1,2,3,4,5,6
7- ........ (Ada lagi? Sila tambah.)


Paling utama bagi aku ialah huluq duit minyak. Kalau tolak tu belakang kira.Kira selamat laa duit hang hahaha

Tapi sebenaqnya bukan nak citer pasai ni haha Nak cite pasal orang yang terlalu berkira dengan kawan sendiri dan meminta-minta. Kalau ajak dia keluaq naik kereta dia memang dia akan minta awal2 'duit minyak 10 hinggit' 'Wayang+popcorn aku kau bayar'

Eventhough memang nak pegi tempat yang sama dan tujuan yang sama '5 hinggit sorang' 

Aku bukanlah orang yang kedekut bebeno or berkira or tak sedaq diri dah tumpang kereta orang tapi aku memang tak berapa gemoo dengan orang yang begini terang2ngan meminta padahal dia pun nak pegi tempat yang sama. Bawak gi mamak pon suruh orang payungg last2 gi bantai makanan&minuman mahai kat mamak. Last2 tukang kena payung tu minum air kosong.

Tapi yang pasti lahh honestly i habaq kat uolss walaupun nanyoo apa yang aku bagi pada seseorang kalau seseorang tu perangai jenis gini tak pernah ikhlas apa yang aku bagi dan aku akan rasa menyesal hahahaha Aku lebih suka memberi apabila orang tak minta2 gini haha Who's agree with me?


How to handle people like this? haha 

Orang sebegini selalunya jadi last choice tapi selalunya akan jadi the only choice i have --'



Moral of the story aku galakkan carpool ni kurangkan asap kat malaysia ni 
#takdeKaitan



Dah Baca? Like dan Comment la =)

8 Kata-Kata Pujangga:

EkaTikah said...

dah tumpang or pinjam kereta org tu, bende utama "pandai2 lah isi minyak". hehe. masa belajar dulu selalu tumpang kereta kawan tak pun pinjam. alhamdulillah sekarang naik kereta sendiri ^^

Unknown said...

sy nak tambah 1. kalau tumpang kereta orang sila buat perangai elok elok. pengalaman sy sendiri, sy naik kereta bf sy, pastu ada kawan2 dia (couple). diorang duduk belakang, kadang2 sy toleh sy tengok diorang tengah berpegangan tangan, urut2 kat tengkuk. apakah???

itu first time sy jumpa kawan2 bf sy tu. bayangkan 1st impression sy terhadap diorang. kalau itu kereta sy, dah lama sy halau keluar.

FarhanahAdzlan said...

@Eka Tikah senang kann bila dah tak perlu menumpang bagai nii kan? haha

@Athirah Diyana saya lalui situasi ni time menumpang kereta orang disebabkan saya ni menumpang diam jee lahh walaupun dah berbulu hahaha
tauu takpee dan saya takkan menumpang orang yang sama dan kasi tumpang orang yg sebegitu haha

Abam Kie said...

as salam. setakat ini kwn2 yg tumpang kereta sy berbudi bahasa belaka. Alhamdulillah. comel blog farhanah. keep it up.. abe kie follows here. tq

Fatin Liyana said...

Assalamualaikum. zaman Fatin kat U, memang Fatin drive kereta kalau nak ke kolej. kawan-kawan serumah (kawan sekelas) la yang tumpang. mula-mula tu diorang tumpang, pergh, tak reti nak hulur duit minyak weyh. diorang ingat kita buat charity ke apa free-free bagai? haha. dah la tumpang kereta orang, diorang punya barang macam high heels la, buku-buku la, kalau diorang malas nak bawak naik ke bilik, diorang tinggal dalam bonet kereta camtu je. ingat kereta Fatin ni stor barang agaknya? sakit hati betul. pastu kalau makan, tak reti nak jaga kebersihan. plastik sampah ada je selit sana-sini. seriously geram. macam nak kasi penampar je sorang-sorang. hahaha

orang macam ni, last-last sekali kita kena tegur je. tegur lembut-lembut dengan elok :)

Farrah MF said...

Bab menghulur duit tu memang penting. Tunjuk yg kita ada courtesy. Akak memang pantang sikit dengan orang yang terlalu berkira.
Oh lagi satu, dah dasar menumpang orang,..ikut time orang. Biar kita yg menunggu, jangan buat orang tertunggu-tunggu :)

fifie feyca said...

hahahah... btol la tu n both side jgn duk berkira sgt n y penting bila org berbudi kita berbahasa la kan... paham2 la kan smua dh besaq.. duk ni biar win win situation bru xdak y nk masam muka... huihui :P

Anonymous said...

Mostly lelaki mmg takde masalah kalau bab tumpang atau pinjam kete. Tak payah mintak awal2 dah siap hulur duit mnyak takpun tank dah isi balik sblum pulangkan. Tapi perempuan mostly mmg hmmm.. Aku yg perempuan pun malu dgn sikap dorang ni. Tak reti2 nk hulur. Kalau xmintak mmg dia diam jela smpai sudah. Aku pulak jenis segan nk mintak2 ni. Paham2 sndri la en. Dah la tau nk naik free je. Kalau skali dua tu xpe la. Tak berkira sgt. Ni kalau dah tiap2 mggu ade 2 3 kali jugak la nk tumpang lemak ah. Baik aku naik sndri xde la sakit hati kalau kne bayar minyak sorang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG ADA DI DALAM BLOG INI MILIK FARHANAH ADZLAN KECUALI DINYATAKAN @ 2010-2015