Mengutuk Orang Di Twitter Akhirnya Terkena Jua



Beberapa hari lalu kecoh ditelingaku ini budak form 2 perempuan mengutuk pelajar senior budak kelas katering dan mpv di twitter..
Antara kata2 budak form2 yang mengutuk tu ialah
"budak mpv ngan katering ni baik tolong mak dia masak kat rumah je datang sekolah bukan belajar pon"
"kelas mpv ngan katering untuk budak low2 je kat situ la"

Ngeng gila budak form 2 tu..Aku selaku pelajar kelas sains pun terbakar dan hati pon terbakar bila budak tu kutuk macamtu..Aku sendiri pon tak pernah terfikir nak berkata gitu pada mereka. Apatah lagi bila budak mpv dan katering tau kan?
(gambar hiasan)

So apa lagi beberapa hari lepas tu apalagi kenalah hentam dengan senior.Kalau aku ada kat situ maybe aku pun turut sekali hentam budak perempuan tu..hahaha~Saper tak marah kodd kena hina macam tu kan?

Yes aku akui budak perempuan form 2 tu cantik dan die merupakan kelas atas but kelas first skali pun kalau mulut mcam longkang kira bodoh la tu kan?Siapekah die untuk mengutuk kelas orang lain?Tak selamanya dia kelas atas rite?
(gambar hiasan)
So pengajarannya disini ialah siapa pun kita espicially kita punya kelebihan dan berada diatas kita tak berhak sama sekali untuk menghina/mengutuk orang yang punya kelemahan or ada dibawah kita. Sebab setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing2 dan dunia ini bagai roda ada masanya kita diatas dan ada masanya kita dibawah=)


Aku percaya jika budak form 2 ni tak insaf dan masih nak belagak yang die ni "pandai sangat" tak mustahil last2 die yang jadi pelajar katering/mpv 2tahun akan datang kan?Sebab Allah itu Maha Adil=)


Pernah tak korang kena macam tu?
Kalau korang kena macamtu apa reaksi korang?



Dah Baca? Like dan Comment la =)

3 Kata-Kata Pujangga:

ref said...

budak2 kan, tahu cakap je. hehhee bila dia kena situasi macam tu, baru dia rasa :)

-meeSUPERGIRL- said...

tag http://msdotinfo.blogspot.com/2012/09/mkm-first-free-giveaway.html

Nurul Aini said...

baca entry nie..hehe..biasa budak2. Nanti bila diorang dah besar diorang akan faham sebenarnya ada banyak faedah juga ambil kemahiran nie. Ambil apa-apa pun sama je sebenarnya janji usaha. Dulu-dulu akak kelas akaun dengan kawan kelas katering, tu kamceng je. Akak follow awak juga. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG ADA DI DALAM BLOG INI MILIK FARHANAH ADZLAN KECUALI DINYATAKAN @ 2010-2015