Cara Terbaik Untuk Dapatkan Kejayaan




Suatu masa dahulu ada seorang pemuda. Dia ingin hidup sebagai seorang yang berjaya. Dia terfikir-fikir bagaimana cara yang terbaik untuk meraih kejayaan dalam hidupnya. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk bertanya tentang itu kepada seorang guru yang bertapa di kaki gunung berhampiran dengan tempat tinggalnya.


"Wahai guru, bolehkah tuan terangkan kepada saya rahsia untuk mencapai kejayaan dalam hidup" tanya pemuda itu.


Guru itu diam seketika seolah-olah memikirkan jawapan kepada soalan tersebut. Akhirnya beliau mengajak pemuda itu berjalan menuju ke sebuah kolam yang berhampiran. Guru tersebut meminta pemuda itu masuk ke dalam kolam. Pemuda itu tanpa banyak soal, segera mengikut arahan guru tersebut. Paras air kolam itu sampai ke dada pemuda tersebut.


Tanpa diduga, guru tersebut menekan kepala pemuda itu masuk ke dalam air. Pemuda tersebut meronta untuk mengangkat kepalanya. Dia tidak boleh bernafas di dalam air. 


Beberapa minit kemudian, guru tersebut melepaskan pemuda itu. 


"Wahai guru yang bijaksana, apa maknanya perbuatan tuan? Adakah tuan ingin melemaskan saya hanya kerana saya bertanya tentang rahsia untuk berjaya dalam kehidupan?"


Guru tersebut tidak menjawab pertanyaan pemuda itu sebaliknya beliau bertanya satu soalan.


"Ketika kepala kamu di dalam air tadi, apakah yang paling kamu inginkan?" tanya guru tersebut.


"Sudah tentulah saya inginkan oksigen untuk bernafas. Saya tidak mahu mati kelemasan di dalam air tersebut" jawab pemuda itu.


"Anakku, sekiranya kamu inginkan kejayaan sebagaimana kamu ingin dan perlukan oksigen untuk bernafas, maka kamu akan mengerti rahsia sebenar untuk mencapai kejayaan dalam hidup kamu" jawab guru itu seraya berlalu pergi meninggalkan pemuda tersebut.


Sekiranya kita mempunyai sebab-sebab yang kuat, insyaAllah tidak ada satu pun yang tidak dapat kita buat. Di mana ada  keinginan, di situ ada jalan. Kita akan berusaha sedaya upaya mencari jalan tersebut. Kejayaan tidak datang bergolek atau tiba-tiba tercampak di hadapan kita . Ia tidak akan datang hanya dengan berharap tanpa usaha. Kita harus ada strong reasons yang mendorong untuk kita berusaha . Strong reasons itu menjadi tenaga yang menggerak urat saraf dan kekuatan kita untuk berusaha bagi mencapai kejayaan yang kita idamkan. Misalnya seorang ibu tunggal yang mempunyai beberapa orang anak kecil. Keinginannya untuk melihat anak-anaknya mendapat makanan yang baik dan mendapat pendidikan yang sempurna menjadi sebab dan dorongan yang kuat untuk dia berusaha. Sedaya upaya dia mencari jalan dan sudah tentu dia akan berhadapan dengan bermacam ujian dan dugaan. Namun anak-anak itu menjadi sebab yang kuat untuk dia tidak mengaku kalah. 


Justeru, untuk mencapai kejayaan, kita perlu ada strong reasons. Strong reasons ini yang memberi kita tenaga untuk bergerak dan berusaha.

InsyaAllah adanya USAHA+DOA+TAWAKAL=KEJAYAAN =)

Ramai2 TERJAH SINI ! JOM !



Dah Baca? Like dan Comment la =)

0 Kata-Kata Pujangga:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG ADA DI DALAM BLOG INI MILIK FARHANAH ADZLAN KECUALI DINYATAKAN @ 2010-2015