MISI KEMANUSIAAN PEMBIMBING RAKAN SISWA (PRS) MAHAL HAGNAYA D’ PHILIPPINES (MAHAP)

Bismillahirrahmanirrahim :)


MISI KEMANUSIAAN PRS UMT MAHAL HAGNAYA D'PHILIPPINES (MAHAP) 
TARIKH : 1 hingga 7 APRIL 2016
TEMPAT: BARANGAY PUNTA SAN REMIGIO, CEBU , PHILIPPINES

LATAR BELAKANG PROGRAM


Program ini merupakan program kali kedua diadakan oleh PRS UMT bersama masyarakat di Filipina dalam usaha membincangkan permasalahan atau pandangan mengenai isu-isu semasa di antara dua buah negara. Daripada aktiviti yang telah dijalankan oleh PRS UMT sebelum ini, Misi Kemanusiaan Dan Akademik, Seerat Intelek D’Vietnam telah berjaya mencapai objektifnya. Maka sekarang tibalah masanya bagi PRS UMT untuk mengadakan program bersama dengan masyarakat di Filipina, program ini wajar diadakan bagi mendedahkan mahasiswa/i kepada sikap kesukarelawan dengan melakukan kerja amal dan kemanusiaan. PRS UMT merupakan Kelab yang memberi bimbingan dari segi sosial dan emosi. Sehubungan itu, program ini juga akan memberi impak yang positif bagi negara, UMT dan PRS UMT.



a) Misi Kemanusiaan Mahal Hagnaya D’Philippines (MAHAP) ini, diadakan dengan tujuan untuk menerapkan sikap kesukarelawan kepada mahasiswa UMT dalam menyampaikan bantuan misi kemanusian, serta perkongsian ilmu dan pengalaman bagi membentuk jati diri dan sahsiah yang berteraskan intelek dan kerohanian. Selain itu, ia memberi peluang kepada mahasiswa untuk menjalankan kerja kemanusiaan kepada komuniti di Filipina, disamping dapat memupuk sikap yang prihatin dan kerjasama dalam diri peserta.



b) Barangay Punta, San Remigio, Hagnaya, Cebu Phlippines dipilih sebagai medium perlaksanaan Misi Kemanusiaan Mahal Hagnaya D’Philipines (MAHAP) ini bertujuan menggalakkan semangat kesukarelawan, pembangunan kemanusiaan dan akademik yang berasaskan pendidikan Islam.

c) Komuniti Islam di Filipina merupakan golongan mualaf yang dikumpulkan di Community Centre dan diberikan perlindungan. Golongan minoriti ini terpinggir daripada arus pembangunan dan pendedahan terhadap pengetahuan mengenai Islam khususnya.

d) Dengan ini, kami menyediakan kertas kerja ini sebagai usaha bagi mendapatkan sokongan dan dukungan dari semua pihak agar niat dan matlamat kami tercapai dan terlaksana, seterusnya dapat memberi manfaat kepada semua mahasiswa yang terlibat dan secara tidak langsung mencapai matlamat ke arah pengiktirafan sebagai universiti bertaraf dunia (World Class University).

Maklumat lanjut seperti di dalam gambar di bawah :)







Page rasmi Misi Kemanusiaan Mahal Hagnaya D'Philippines --> PAGE MAHAP
Sebarang pertanyaan atau sumbangan boleh PM FB saya atau email saya hanaadzlan@yahoo.com atau boleh comment di bawah.


"...dan apa sahaja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantikannya ; dan Dialah jua sebaik-baik Rezeki' -Saba':39


Bantu kami untuk bantu orang lain. Inilah masanya untuk menambahkan saham akhirat anda. InsyaAllah. Moga Allah permudahkan urusan kita dan urusan orang lain :)

Please help us to pread about our mission on any social media. Thank you :)


Sesiapa yang post mengenai MISI ini di blog anda, sila maklumkan di comment post ini. Saya kan masukkan blog anda di bloglist saya sehingga bulan Disember 2016 atau mungkin selama2nya jika blog anda aktif dan blog anda akan direview :)


p/s: Post baru di bawah :)

Dah Baca? Like dan Comment la =)

13 Kata-Kata Pujangga:

Jari Manis said...

Tahniah kerana dapat join misi tu, Cebu Filiphines tu tp lambat lagi kan

Farrah MF said...

Moga usaha murni ini akan dapat sambutan :)

dear anies said...

kalau sy nak join misi ni boleh ke?

FarhanahAdzlan said...

@Jari Manis taktau nak kata lambat lagi ke tak haha pejam celik pejam celik dah bulan 4 nak kumpul dana yang diperlukan tu yang rasa masa berlalu cepat sangat hahaha

@Farrah MF InsyaAllah aminn :)

@Khai♥Rin : anies syarat dia ketat sikit dan kena sumbang atleast 10k untuk pegi sana termasuk ticket flight makan tempat tinggal dll ^^

Farah said...

Semoga program ini berjaya, insya Allah :)

Raihan Idris said...

Tahniah...moga usaha sis diberkati Allah dan team yg lain...

Deanna Morni said...

Moga segala urusan diprmudahkan..kita bantu kpd mereka yg mmerlukan :)

Madam N said...

tahniah..aktiviti berfaedah macam ni semoga dapat menarik ramai mahasiswa berjasa pada agama dan bangsa.

Liyana Jasmi said...

jenjalan sini & done follow :)

Anonymous said...

tahniah kerana dapat sertai misi kemanusiaan :-)

kakaktiricinderella said...

Wah... Alhamdulillah... Bagus program macam nie kan. All da best :)

Sya said...

Semoga Allah permudahkan segala urusannya ya ;) All the best!

parkehadd said...

Slot machine dealer casino bonus - Jetblue New Jersey
Get 광양 출장마사지 up 성남 출장마사지 to 60 광명 출장마사지 free spins when you register a slot machine account. The $300 Bonus gives you the 속초 출장안마 opportunity 안양 출장샵 to take your rewards for the next spin up.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG ADA DI DALAM BLOG INI MILIK FARHANAH ADZLAN KECUALI DINYATAKAN @ 2010-2015