Persiapan Masuk Universiti

Bismillahirrahmanirrahim :)



Alhamdulillah setelah berbulan2 menunggu pinangan u melalui online akhirnya terjawab pada 11/8/2015.

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT)
SARJANA MUDA KAUNSELING :)

Persiapan masuk Universiti (From Sis Syira Lokman)

1. Keluarga/Guru/Kawan-kawan.

Harus diingati bahawa ahli keluarga/guru dan kawan-kawan banyak memberi sokongan dan doa sepanjang kita mengejar cita-cita kita.
Ucapkan terima kasih atas segala sokongan yang pernah mereka beri.
Jangan sombong bila dah berjaya :)

2. Lokasi pengajian

Buat sedikit kajian terhadap lokasi pengajian sekiranya anda akan belajar jauh dari rumah anda. Kalau keluarga anda akan menghantar anda bersama, dah cari hotel ke belum? Cuaca di sana macam mana? Kos sara hidup tinggi atau rendah?

3. Wang

 Awal semester ini banyak memerlukan penggunaan duit.
Nak bayar itu ini. Walaupun under tajaan atau pinjaman, awal-awal tu kena dahulukan wang sendiri terlebih dahulu. 

4. Dokumen

Pastikan semua dokumen telah pun diselesaikan urusannya. Baca maklumat dan cetak surat tawaran serta semua borang yang diperlukan oleh pihak universiti.
Jangan lagi tiga hari nak pergi baru perasan ada yang tak siap lagi. Sebab apa? Sebab ada yang memerlukan urusan rasmi.
Contohnya mungkin sijil memerlukan pengesahan. Kalau last minute baru perasan ada sijil yang tak disahkan lagi macam mana?
sijil yang memerlukan pengesahan ini ialah salinan sijil..bawa ke sekolah dan minta cop serta tandatangan pihak sekolah.
Ada juga yang nak kena cop setem hasil ke, (setem hasil ini utk urusan ptptn) nanti pihak ptptn akan datang u selalunya :)
segera buat medical check up , tu semua kena siapkan awal-awal tu.
sediakan setem dan sampul jika perlu. Sediakan gambar lebih 8 keping.


Dokumen yang perlu dibawa masa pendaftaran: 
(bergantung pada U masing2-tengok syarat U anda ye)

-Salinan ic ibu bapa yang telah disahkan (dalam 3 copy)
-salinan ic sendiri yang telah disahkan (dalam 3 copy)
-salinan surat tawaran yang telah disahkan (dalam 3 copy)
-salinan medikal check up yang telah disahkan (dalam 2 copy)
-gambar saiz passport (sebanyak yang mungkin)
-salinan surat beranak yang telah disahkan (dalam 2 copy)
-borang pendaftaran tawaran kemasukan IPTA (dalam 3 copy)
-salinan sijil keputusan STPM yang telah disahkan (dalam 3 copy)
-salinan sijil MUET yang telah disahkan (dalam 3 copy)
-salinan sijil SPM yang telah disahkan (dalam 3 copy)

Dokumen dan barang yang perlu untuk kegunaan permohonan PTPTN:

-penyata pendapatan ibu bapa (jika tiada slip gaji) dalam 2 copy yang telah disahkan
-salinan slip pembukaan akaun bank islam yang telah disahkan
-salinan SSPN yang telah disahkan
-setem hasil 2 keping (beli di pejabat pos)
-salinan ic ibu bapa yang telah disahkan (dalam 2 copy)
-salinan ic sendiri yang telah disahkan (dalam 2 copy)
-borang perjanjian (boleh print kemudian, lepas mohon PTPTN)
-gambar siaz passport (beberapa keping)

INGATAN: SETIAP salinan hendaklah berserta dengan yang ORIGINAL..

5. Buka akaun bank

Sebelum nak masuk universiti memang pelajar dinasihatkan untuk buka akaun bank seperti bank Islam, Cimb atau sebagainya.
so sila buat persiapan awal je..hari Isnin dan Jumaat biasanya bank sesak..pilihlah hari lain yang sesuai supaya semua urusan berjalan lancar.


6. Barang-barang

Jangan fikir nak pinjam kawan ye. Ni semua kena prepare sendirian berhad ya awal-awal sem ni. 
Kita tak tahu macam mana keadaan di tempat baru.


Jom check senarai barang yang perlu dibawa


Tidur: Bantal, sarung bantal, sarung tilam, comforter, dll

-Keperluan solat/ agama : telekung ,sejadah, Al Quran,  surah Yassin, songkok.

Komputer: Laptop, charger laptop, charger phone, pendrive, mouse, printer, dll

Meja: Alat tulis, buku nota, kalendar, lampu belajar, fail, dll

Bilik tidur: Jam penggera, handphone, dll 

Makanan: Snek seperti biskut, minuman 3 in 1,minuman, dll

Barang dapur: Jika hostel anda membenarkan pelajar memasak, rice cooker, kuali, pinggan, cawan, sudu garfu, pencuci pinggan mangkuk, dll

Kelas: Kamus, Testpad, notebook, kalkulator, beg sandang

Tandas: Barang mandi, berus gigi, ubat gigi, syampo, dll

Ubat-ubatan: Jika anda memerlukan, panadol, painkiller, supplemen, vitamin, dll

Barang keperluan : Make up, pin tudung, stoking, pengetip kuku, sikat, cermin, bedak, tuala wanita, dll

Pakaian: Pastikan anda bawa bersama pakaian yang sesuai untuk ke kelas..baju kurung kemeja..blouse seluar slack...sediakan baju kurung putih,kain hitam ...seluar slack hitam, kemeja putih.

Barang laundry: Pencuci baju, berus, baldi, softener, nila, dll

Dokumen penting; IC, lesen, dokumen pendaftaran, medical checkup, dll

- Dan barang-barang lain yang dianggap perlu


Medical check up (From Bro Anwar Ismail)

Pertamanya buat appointment dengan hospital atau klinik berkaitan .
Dapatkan temu janji anda untuk membuat medical check up.

Seterusnya hadir pada hari temu janji jangan tak datang pulak.
Tak pasal pasal membazir masa nanti kan haha.

Okay bila dah sampai ke hospital anda perlu bertanya dikaunter adakah nama anda terdapat dalam senarai temu janji,kalau ada ,anda akan diberikan nombor giliran.

So ambil nombor giliran dan tunggu nombor dipanggil 
Apabila nombor dipanggil anda diminta mengemukakan borang kesihatan dari ipt masing
dan di suruh membayar RM 20 untuk caj xray dan yang terlibat.
Selepas membayar anda akan diberi borang xray untuk diisi dan selepas mengisi borang perlu di semak oleh kaunter dan akan diberikan penerangan ringkas berkaitan medical check up.

Sila ikut arahan yang telah diberikan .
(sila refer no bilik untuk setiap ujian)
1. Periksa berat anda dan ketinggian dan tulis dalam borang yang disediakan.
2.Ujian penglihatan (tinggalkan kad anda di kaunter dan nama anda kan dipanggil).
Ujiannya mudah sahaja hanya menguji penglihatan.
3.Check blood pressure dan pulse.
4.Check urine (anda akan diminta mengambil sebekas botol dan pergi ke tandas,then pandai pandailah hehe)
5.Selepas selesai anda boleh ke anda perlu mendaftar di kaunter pendaftaran untuk xray.
6. Seterusnya ke bilik Xray untuk melakukan ujian xray 
dan tunggu keputusannya .
Dah siap bergerak ke tempat seterusnya.
7. Pergi ke Pakar Bedah Mulut untuk check gigi.
Kat sini doktor or pegawai akan check gigi sekiranya terdapat sebarang masalah.
8.Kembali ke kaunter mula mula kita datang dan ambil no giliran untuk berjumpa doktor.
9. Jumpa doktor untuk check kesemua laporan dan doktor akan mengesahkan semuanya normal dan tidak punya apa apa masalah . 
10. Done.anda boleh pulang ke rumah atau 
makan makan haha.

Nota :1. Medical check up ambo ini dilakukan di Klinik Pesakit Luar ,Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu.


2.Diharap bersedia dengan kekuatan mental kerana dihospital kerajaan biasanya akan mengambil masa 2,3 jam untuk menyiapkan medical check up ini.

Moga2 dipermudahkan urusan sebelum ketika dan sesudah masuk u :)
WISH ME LUCK ;) hihi



Dah Baca? Like dan Comment la =)

16 Kata-Kata Pujangga:

Ana said...

Semoga bjya

Unknown said...

Wah good luckk. Imma you senior. Same faculty but different course. Taking economics and will be Second year student for this upcoming september. Belajar rajin2 naa.

Nurul Atikah Hashim said...

Haha..All the best in your study.. :)

Nurul Atikah Hashim said...

Haha..All the best in your study.. :)

Nurul Atikah Hashim said...

Haha..All the best in your study.. :)

kakaktiricinderella said...

Tahniah .. And all da best... ^^

Nuffclick #GemFive #MaggiRoyale :)

Wak Lat said...

tahniahnyerr ;p

nona sani said...

wah, alhamdulillah dapat masuk U, hehee, rindu jugaklah nk msuk U balik, sobsss !


Hmm, kalau pape trtinggal, bile sampai U, dorang kasik mse jap untuk beli pape, asalkan dtg awal, sbelum start induksi sesama pelajar, hehhee... ade brief bagai tuu.huhu...

All the best dri awal sampai akhir ok ! Tetap bersemangat even susah pun taw, jgn mengalahhhhh !!!!!

Unknown said...

Gd luck.thniah..da follow #3216 ;)

Ziana Eunos said...

gud luck ^_^

*jemput singgah blog ya zianaeunos.blogspot.com

dariilhamkehati said...

tahniah yer, papepun, kehidupan kat u ni kena survival dan jangan terlalu berharap dengan orang, dan kena sentiasa alert, jangan dull jer, join banyak aktiviti jugak, sambil tu pointer jaga, sebab kalau join banyak aktiviti, pengalaman tu sangat berguna bila kau dah keluar u nanti, btw, tahniah again, hehehe~

**sori bebel panjang :P

Unknown said...

jumpe di umt.. hehe.. kos matematik kewangan and final year.. jumpa naty :)

dariilhamkehati said...

singgah sini sebab tak jumpa CBOX laaa

Farrah MF said...

Selamat menempuh alam kampus :)

Anonymous said...

Tahniah kini peluang melakar sejarah kejayaan bermula.

Unknown said...

wah sama course sama uni. thanks for ths !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG ADA DI DALAM BLOG INI MILIK FARHANAH ADZLAN KECUALI DINYATAKAN @ 2010-2015