10 TIPS DAN NASIHAT KEPADA "FRESH GRADUATE

Bismillahirrahmanirrahim :)



1. Jangan beli kereta - Elakkan membeli kereta pada dua tahun pertama bekerja kecuali kalau kerja anda melibatkan banyak travelling dan anda boleh buat "untung" daripada travelling claim. Biasa-biasakan naik pengangkutan awam waktu mula-mula kerja ni.
2. Beli Rumah Kos Rendah - Sebab baru bekerja dan gaji kecil bukanlah alasan untuk tidak membeli rumah. Boleh je beli rumah. Advantage kat sini adalah fresh graduate yang gaji kurang daripada RM2,500 boleh beli rumah low cost.
3. Educate Diri Sendiri - Saban tahun ada saja berita berkenaan peratusan fresh graduate yang bankrap yang semakin meningkat. Biasanya yang masuk dalam golongan bankrap ni adalah yang tak berilmu dan melakukan kesilapan kewangan, bukan yang bergaji kecil. Gaji besar tapi kalau bulan-bulan kebocoran sana sini dan takde saving pun no point. So educate yourself.
4. Mengambil Insurans Kesihatan (Medical Card)
Untuk fresh graduate, memadai bajet antara RM100 – RM150 untuk medical card. Bila ada plan medical card sendiri ni, secara tak langsung kita dah tak bergantung pada parents kalau berlaku apa-apa kecemasan. Cukuplah 20 tahun lebih kita susahkan mereka, dah sampai masanya untuk berdikari. Kepada yang dapat benefit medical daripada company atau kerja kerajaan, ambil plan Takaful paling murah sebagai back up. Jangan bergantung 100% pada orang lain.
5. Cuba elakkan mengambil kad kredit
Kad kredit sangat bahaya jika anda jenis tak tahu manage perbelanjaan. Ini juga akan lead ke bankrupsi. Kalau nak ambil sekalipun, ambil selepas dua tahun bekerja dan hanya gunakan bila perlu sahaja. Ambil dengan kredit limit yang rendah i.e RM5000 sahaja. Make sure langsaikan hutang kad kredit sebelum tarikh akhir. Jangan amalkan bayar minimum payment saje, nanti bunga dia akan berganda
6. Sedekah dan Zakat
Percaya yang satu ni. Setiap sedekah, zakat dan pemberian yang ikhlas dari sumber rezeki yang halal, akan Allah gandakan dengan rezeki baru. Disiplinkan diri untuk mula amalkan sejak dapat gaji pertama lagi.

7. Buka akaun Tabung Haji 
Buka akaun Tabung Haji secepat mungkin. Cukupkan simpanan RM 1,300 dalam akaun dan terus buat pendaftaran haji, walaupun masih bujang dan belum berkahwin.
8. Mencari Pasangan Hidup 
Cari pasangan yang sudi naik kereta buruk sama-sama, asap hitam berkepul-kepul dan menyewa /duduk di rumah kecil-kecil sahaja dahulu. Sekufu dari sudut minda kekayaan.
9. Pekakkan Telinga
Pekakkan telinga dengan kawan-kawan yang asyik ajak melancong, minum kopi Starbucks / ngeteh malam-malam dan kutuk kita sebab tak pakai telefon berjenama mahal. Kalau kita tak cukup duit, ada dia nak bagi duit dekat kita?
10. Monitor, Revise dan Improve
Setiap perkara yang anda buat mesti ada kelebihan dan kekurangannya. Begitu juga jangka waktu ianya patut dilaksanakan. Tak boleh statik dan tiada penambahbaikan (improvement). Benda ni kena praktis, lama-lama jadi biasa. Set perancangan kewangan/bajet jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang. Lepas tu kena monitor perkembangan. Mana yang ada cacat cela, cepat-cepat perbaiki. Kenalpasti peluang dan ruang untuk tingkatkan lagi sampai korang jumpa bajet yang betul-betul mantap.
This article got from FB written by Md Azree. Benda alah ni amat berguna untuk diri sendiri untuk 4/5 tahun akan datang :) Sekarang ni perlu bijak untuk mengurus kewangan sendiri supaya tidak terjerat dengan keadaan dunia yang semakin mencengkam *ceyy ayat gelabah babeng gile*

p/s: selamat hari raya gaisss ;) Makan leklok drive leklok dan buat semuanya leklok :)


Dah Baca? Like dan Comment la =)

3 Kata-Kata Pujangga:

Jari Manis said...

sis JM sokong penuh tips ni...

Farrah MF said...

Fresh graduate sekarang kena pandai atur hidup :)

kakaktiricinderella said...

Nice tips... :) Thanks for sharing !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG ADA DI DALAM BLOG INI MILIK FARHANAH ADZLAN KECUALI DINYATAKAN @ 2010-2015