Kenapa Sudahi Majlis Dengan TASBIH KAFFARAH dan surah AL-ASR

Bismillahirrahmanirrahim :)

KIFARAH ke  KAFFARAH??

KIFARAH bermaksud DENDA, jadi lain maksudnya, jangan tersilap pulak lah ya.

    Daripada Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesiapa yang duduk dalam satu majlis, dan melakukan banyak salah dan silap, maka sebelum dia meninggalkan majlis itu dia menyebut:

SUB HAA NA KALLAH HUM MA WABI HAM DI  KA ASY HA DU AN LA ILA HA ILLA ANTA ASTAGH FI RU KA WA ATU BU ILAIK...

Daripada Abu Barzah Aslami RA berkata: Rasulullah SAW pernah menyebut pada hujung usia baginda apabila baginda hendak bangun meninggalkan sesuatu majlis:

SUB HAA NA KALLAH HUM MA WABI HAM DI  KA ASY HA DU AN LA ILA HA ILLA ANTA ASTAGH FI RU KA WA ATU BU ILAIK...

Maka berkata seorang lelaki: Wahai Rasulullah, sesungguhnya engkau telah menyebut suatu ucapan yang mana tidak pernah engkau ucapkan sebelum ini. Berkata (Rasulullah SAW): “Ia merupakan kaffarah (penebus dosa) terhadap apa yang berlaku dalam majlis”

Di riwayatkan daripada Aisyah RA bahawa apabila baginda bangun daripada majlis, baginda akan membaca:

SUB HAA NA KALLAH HUM MA WABI HAM DI  KA ASY HA DU AN LA ILA HA ILLA ANTA ASTAGH FI RU KA WA ATU BU ILAIK...

Saya bertanya: kenapa tuan sering membaca doa ini?

Baginda menjawab: Sesiapa yang membaca doa ini pada penutup majlis maka akan di ampunkan kesilapan-kesilapan yang berlaku dalam majlis tersebut.

Hadis dikeluarkan oleh Imam Tirmizi dari Abi Hurairah dan beliau mengatakan hadis ini hasan sohih. Imam Abu Daawuud juga ada mengeluarkan hadis yang sama makna dengan hadis ini dari beberapa orang sahabat.
 

BERKENAAN SURAH AL-ASR PULA

ia tidak di sebut kan dalam mana mana hadis nabi,tetapi mnjadi amalan para sahabat apabila berjumpa antara satu sama lain,sebelum mereka berpisah,mereka akan membaca surah ini sehingga habis bagi mengingati satu sama lain.


This article from HERE :)


Apa yang baik kita amalkan ;)



Dah Baca? Like dan Comment la =)

8 Kata-Kata Pujangga:

Unknown said...

teringat dulu kat smkay, setiap kali lepas perhimpunan mesti akhiri majlis dengan tasbih kafarah surah al-asr

Lenne Danielle said...

nice sharing! :)

PeRdU cINta said...

terima kasih kongsi ilmu ye..

Unknown said...

Nice sharing. Sangat bermanfaat ;)

Unknown said...

Alhamdulillah,...

Anonymous said...

Hi, saya sangat menyukai blog anda! ZALORA Malaysia kini sedang mencari blogger yang berbakat, dan saya tertanya adakah anda berminat untuk satu kolaborasi blog bersama kami. Anda boleh hubungi saya di izz.latif@zalora.com.my jika anda berminat dengan tawaran ini dan saya akan berikan segala butiran di sana. Harap dapat balasan emel anda secepat yang mungkin!

kakaktiricinderella said...

Alhamdulillah... Perkongsian yang bermanfaat :)

Unknown said...

Terima kasih atas perkongsian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG ADA DI DALAM BLOG INI MILIK FARHANAH ADZLAN KECUALI DINYATAKAN @ 2010-2015