Doa Tanpa Usaha Tidak Bermakna

Sedang dalam kelas tutorial dalam kursus teknologi pendidikan,,,,

Pensyarah : “Okei,,, guru-guru yang saya kasehi...adakah cikgu semua yakin pada doa cikgu pada Allah...

Salah seorang guru bingkas bangun memberi jawapan...

Cikgu Edi : “saya yakin ustaz... sebab Allah itu akan mengabulkan setiap doa dan permintaan hambaNya”..

Pensyarah : “baik benar cikgu Edi...tak mengapa okei,,, sekarang ni saya mahu cikgu bentuk satu kumpulan berdua atau bertiga,,, dan saya memerlukan cikgu semua mengeluarkan sebatang pen yang ada penutupnya....setiap kumpulan satu pen sahaja...”


Semua guru mengikut arahan yang diberikan oleh pensyarah mereka... lalu membentuk kumpulan masing-masing... ada berdua dan ada juga bertiga...

Pensyarah : “baik... adakah setiap kumpulan sudah ada pen yang saya inginkan... kalau sudah... saya nak setiap ahli kumpulan pegang dengan erat pen tersebut... jangan pegang pada penutupnya,,, pegang pada batangnya sahaja... genggam dengan erat...”... “ baik sudah semuanya,,, sekarang ni saya mahu semua pejam mata... dan berdoa pada Allah dengan penuh yakin sebagaimana yang guru-guru bagitahu sebentar tadi...genggam erat sambil berdoa di dalam hati dengan penuh keyakinan agar Allah cabut penutup pen tersebut... saya bagi tempoh dalam satu minit... untuk membuktikan kenyataan guru-guru tadi,,,”

Selepas seminit berlalu...

Pensyarah : “ okei...semua buka mata dan tengok pen kumpulan masing-masing... adakah ianya terbuka... ada.. atau tiada”...

Semua guru menggelengkan kepala dan tunduk..serta menjawab pertanyaan pensyarah mereka...

Semua guru : “tidak tercabut penutupnya... ustaz”

Pensyarah : “adakah kamu tidak yakin pada Allah...”... “kamu semua dah berdoa dan menanamkan rasa keyakinan itu pada Allah”...

Cikgu Edi : “ benar ustaz.. kami sudah berdoa dan kami yakin... tapi....”

Pensyarah : “baik... saya faham,,, pada pandangan guru-guru semua,,, apa hikmah disebalik aktiviti kita tadi... kenapa biarpun kita sudah berdoa... minta pada Allah...tapi penutup pen tersebut masih juga tidak tercabut...”

Seorang guru menganggat tangan dan memberi jawapan...

Cikgu Firdaus : “ untuk sesuatu perkara... kita kena berusaha ustaz...”

Pensyarah : “ bagus cikgu,,, terima kasih... inilah perkara yang saya ingin tekankan pada pada guru-guru semua,,, doa itu penting dan ianya mesti disusuli dengan usaha...kemudian kita serahkan kesemuanya kepada Allah... kerana apa cikgu !... kerna Allah jualah tempat kita bergantung harap dan doa... ubah mindset kita,,, kita bukan para nabi dan rasul... kita bukan wali atau seseorang yang diangkat tinggi darjatnya oleh Allah...kita kena usaha cikgu... buleh sahaja kan... sambil pejam mata dan berdoa tadi... cikgu-cikgu boleh menggunakan salah satu tangan untuk mencabut penutup pen tersebut... jadi kita kena usaha cikgu... kerna doa tanpa usaha... ia pasti tidak bermakna... wallahualam”

-SUMBER CERITA-

Kadang manusia Tahu bahawa mereka inginkan kejayaan Tetapi mereka TIDAK BERUSAHA untuk mendapatkannya kan?

#PrayForMH370



p/s: Alhamdulillah dapat CPUV from Nuffnang. Sape2 yang ternampak Line Shopping terjah kayy :)


Dah Baca? Like dan Comment la =)

15 Kata-Kata Pujangga:

Unknown said...

menarik game yg ustaz tu buat...btul doa tanpa usaha adalah kosong...

Anonymous said...

kita sbg manusia selalu leka...doa panjang2 tapi usaha x sbyk doa..mcm mana nak dapat kan..gud sharing!!

p/s : jgn lupa follow sy ye..:)

puteri kasih said...

kak puteri suka perkongsian ni..setiap doa perlu disertakan dengan usaha kan

Mizz Aiza said...

sungguh menarik perkongsian ini.. betul itu, setiap doa perlu diiringi oleh usaha..

Unknown said...

best la pula cerita nih. hehe betul juga cerita nih. byk hikmahnya

Ain Nafisha said...

menariklah game ustaz tu, terima kasih ya berkongsi ilmu ^^

Ain Nafisha said...

menariklah game ustaz tu, terima kasih ya berkongsi ilmu ^^

Unknown said...

Hye, saya suka baca blog awak, baru-baru ni saya ada buat blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)

Sya said...

Yepp, sesuai entry ni untuk saya skrg ni. Esok mula exam, and yes takde usaha tak guna jugak >.^

me suya said...

yup. tak kira siapa kita.. jangan sesekali putus berdoa.

Mime MF said...

setuju...doa itu seharusnya diiringi dgn usaha...

Sheila Salim said...

Assalamualaikum awak.. betul. usaha seiring dengan doa. in shaa Allah. semoga Allah permudahkan urusan pencarian mh370...

Bunda_nora said...

Assalam,

perkongsian yang menarik...


Salam ziarah dari Bunda..

Nurul Lyana Kz said...

Salam. Menarik perkongsian ni. Sy rasa ustaz tu pun bgus sbb approach student mcm ni. Hee. Usaha, doa dan tawakal. :)

Yaya Mohd said...

salam =)

ye..brusha sehabis daya yg tmampu baru bdoa dan tawakal pada Allah SWT =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG ADA DI DALAM BLOG INI MILIK FARHANAH ADZLAN KECUALI DINYATAKAN @ 2010-2015