Tadi LAST terawih, pagi nanti LAST sahur, esok LAST puasa
dan maghrib esok LAST berbuka.. Harap Ramadhan bukan LAST untuk kita semua..
AMINN
Hrmmm. Sebenarnya masih mencari mood nak raya yang belum tiba lagi. Rasanya raya aku start jadi hambar dan bosanggg sejak Tingkatan 1 hingga sekarang Tingkatan 6.
Kenapa hambar?Bosangg?
Nenek belah mak dah tiada :'(
Dulu masa nenek ada malam raya mesti choose mana pinggan mangkuk nak pakai untuk raya tahun tu dan basuh dan bilas. Pinggan mangkuk arwah nenek I banyak gilaasss uolss. Belum masuk mak gue punya. hahaha
-gambar hiasan-
Rupernyer itu raya terakhir aku dengan nenek :'(
Arwah nenek jugak mesti kasi DUIT RAYA LEBIH kat aku sebab puasa penuh secara senyap2 hihi *masa kecik2 puasa penuh laa=p*
And2 arwah nenek mesti masak 2 kali rendang ayam dalam seminggu sebab nenek I tau I memang suka GILAAA makan rendangayam+nasi impit. Sebab tu dulu masa kecik2 gue tembam. hihi
And2 lepat pisang nenek sangat sedap! Sekarang ni PAYAHH BEBENO nak cari lepat pisang yang sedap. Nak buat sendiri hareemm laa. Dulu masa kecik2 tau kacau2 adunan tu je hihi.
Last but not least Rumah kat Kajang kampung kat Sungai Besi.
Teringin nak merasa kampung jauh2 kat Kelantan ke Kedah ke..Hrmmm..
Bila seseorang tu dah takde baru kita nak menghargai kan?
Rasulullah SAW dan para sahabat menangis kerana Ramadhan sudah ke penghujungnya. Betapa mereka menghargai Ramadhan yang datang :')
10 Kata-Kata Pujangga:
salam..
biasela tu..sbb bila org tu ada, kita biasa je rase,sbb ade selalu dgn kita,xpernh tfikir jika dia xde..bila btul2 da xde, bru terasa khlgn..
salam aidilfitri, semoga sentiasa tabah selalu...doakan nenek awak tergolong dalam hambaNya yang beriman..dan kita yang hidup sentiasa mendoakan kesejahteraanya disana :)
i pun. bila raya without people that we love. feel like there is somethg yang hilang. aghh. i miss my brotha so much =)
Tabahkan diri akak.. selamat hari raya! sya follow
selalunya macam tu lah kan...tak pe sekurang-kurangnya boleh ingat banyak kenangan manis dengan arwah...al fatihah utk arwah
al-fatihah untuk arwah..
selalunya bila kita seseorang yang rapat ngan kita dah tiada kita memang akan rasa kehilangan. Yang penting kenangan manis yang tercipta tak akan luput dari ingatan :)
alfatihah buat arwah nenek adik ya :)
Semoga rohnya dicucuri rahmat :)
semoga kita bertemu dgn ramadhan akan dtg.. insya Allah.. amin..
Post a Comment