Peluang Kerjaya Selepas Tamat Belajar

Bismillahirrahmanirrahim :)

Ramai yang bertanya tentang apakah peluang kerjaya bila tamat belajar nanti dengan bidang pengajian yang diikuti.
untuk makluman, bolehlah dikatakan hampir semua bidang kerjaya masih memerlukan tenaga pekerja. jika dilihat melalui laman carian pekerjaan seperti jobstreet.com.my setiap hari akan dapat dilihat ada lebih 20,000 kekosongan jawatan. Persoalannya kenapa masih ada kekosongan dan dalam masa yang sama kita juga dengar terdapat ramai graduan menganggur.
(lihat http://job-search.jobstreet.com.my/malaysia/job-opening.php…)
Jawapannya agak mudah - kerana kebanyakkan graduan tidak memenuhi kriteria yang diperlukan oleh majikan.
Saya pernah postkan beberapa iklan jawatan kosong sebagai rujukan. Contohnya Nestle (sebuah syarikat multinasional) mengiklankan jawatan "Management Trainee" yang memerlukan pemohonnya mempunyai ijazah sarjana muda(tidak kira bidang apa) dengan CGPA 3.50 ataupun ijazah sarjana (masters).. ini baru trainee (yang mana belum tentu lagi pemohon yang berjaya mendapat kerja - yang akan dinilai dalam tempoh tertentu). Mengambil kesempatan melihat lebih dalam tentang syarikat Nestle ini, saya terjumpa maklumat untuk pelajar yang berminat untuk menjalani praktikum (internship) di Nestle yang memerlukan syarat CGPA 3.00.. (lihat di https://www.facebook.com/photo.php?fbid=608727209206128&set=gm.725684724139199&type=1&theater)
Saya juga pernah post satu iklan jawatan kosong sebagai eksekutif dan kerani di Bank Rakyat. Untuk jawatan eksekutif memerlukan ijazah dengan CGPA 3.00 (untuk bidang berkaitan) dan CGPA 3.25 untuk bidang lain; Dan untuk jawatan sebagai kerani memerlukan diploma dengan CGPA 2.75 (Nak jadi kerani bank pun nak kena ada diploma dengan CGPA 2.75)
(lihat https://www.facebook.com/photo.php?fbid=584929268252589&set=pcb.699936646714007&type=1&theater)

Jadi kalau ada seniors, rakan atau saudara mara yang dah graduat kata "jangan ambil bidang ini kerana dia pun dah lama mengganggur", cuba tanya dia balik (dengan sopan) dia bergraduat dengan CGPA berapa ? Kalau setakat graduat dengan CGPA 2.00 ~ 2.99 khasnya untuk program bukan teknikal, memang susah untuk mendapat kerja. Untuk bidang teknikal seperti kejuruteraan, senibina dan lain seumpamanya dengan CGPA 2.80 ke atas masih lagi ada peluang walaupun mungkin agak sukar. Dan untuk selesa pelajar kena dapatkan CGPA 3.00 ke atas untuk mudah dapat kerja dan 3.30 ke atas mudah dapat sambung belajar(bagi graduan diploma).
Untuk cemerlang, tiada jalan lain kecuali belajar bersungguh-sungguh. Carilah seberapa banyak ilmu yang boleh, langkaui batasan pembelajaran daripada hanya merangkumi skop silibus pengajian sahaja.... sepetrti pelajar sains komputer, jangan hanya belajar tentang perisian yang ada dalam silibus sahaja, ada beratus-ratus lagi perisian, sistem lain yang harus dipelajari - yang mungkin bolleh digunakan dalam projek pengajian selain daripada menambah ilmu yang turut akan jadi berguna bila akan menyertai dunia pekerjaan nanti.

Sebagai rumusan mudah - ianya bergantung kepada pelajar sendiri untuk mencipta pencapaian cemerlang dan seterusnya untuk mudah mendapat kerja apabila bergraduat nanti dengan CGPA yang cemerlang dan jangan sekali-kali lihat untuk hanya sekadar bergraduat cukup-cukup makan sahaja.

Article from THIS GROUP :)

Yakin dengan apa yang kita pilih setelah kita meminta petunjuk dari Allah. Rezeki ada dimana2 yang penting usaha untuk mendapatkannya dan bijak mencari peluang kan?




Dah Baca? Like dan Comment la =)

3 Kata-Kata Pujangga:

Unknown said...

Blogwalk;)

aswadz said...

jawatan kosong tu insyaAllah sentiasa ada. cuma competitive la sket sbb byk fresh graduate yg keluar setiap tahun. so bila dpt interview, make sure kena excel, baru employer impress.

kakaktiricinderella said...

Thanks atas perkongsian... Keja ada.. Dapat keja tuu yang sukar.. Best of luck.. In shaa Allah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG ADA DI DALAM BLOG INI MILIK FARHANAH ADZLAN KECUALI DINYATAKAN @ 2010-2015